Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

TEKNOLOGI TEKSTIL

 

1 - Sijil Jahitan Pakaian Wanita (STW 03) :

sinopsis kursus

Pelatih akan menjalani kursus secara teori dan amali selama 2880 jam di dalam bidang jahitan meliputi penguasaan dalam kemahiran mengukur, penghasilan pola, memotong fabrik dan menjahit pelbagai jenis pakaian wanita. Pelatih juga akan didedahkan dengan pentas peragaan fesyen.

 

Persijilan

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

 

Tempoh Kursus: 2 Tahun + 3 Bulan Latihan Industri (2880 Jam)

PROGRAM SEMESTER TEMPOH
Sijil 1 6 bulan
2 6 bulan
3 6 bulan
4 6 bulan
Latihan industri 3 bulan

Prospek kerja

1. Pembuat pakaian wanita

2. Usahawan dalam bidang berkaitan

3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran

4. Pemilik Butik

5. Garment Industry Worker

6. Fabric Cutter

 

2 - Diploma Teknologi Tekstil (DTF 34):

 

Sinopsis kursus

Pelatih akan menjalani kursus secara teori dan amali selama 2110 jam di dalam bidang rekaan fesyen meliputi penguasaan dalam lakaranfesyen, pembangunan rekaan, laporan projek dan penghasilan penjenamaan termasuk pemasaran secara 'offline' dan 'online' (e-dagang).

Persijilan

Pelajar akan dianugerahkan :

  • Diploma Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

Tempoh Kursus: 1 Tahun 3 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

PROGRAM SEMESTER TEMPOH

     Diploma - syarat minima: SKM 3, jahitan pakaian wanita/lelaki

5 6 bulan
6 6 bulan
7-Latihan industri 3 bulan

Prospek kerja

1. Pereka Fesyen

2. Usahawan dalam bidang berkaitan

3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran

4. Pattern MAker

5. Entrepreneur

6. Tutor

7. Window Display Artist

8. Graphic Artist