IKBN



JITRA

 

BERITA

TERKINI

  • Program “ Citra Ibadah – Cintai Solat ”

    Unit agama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Jitra telah menganjurkan program “ Citra Ibadah – Cintai Solat ” yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 26 hingga 28 Ogos 2018.

    Program tersebut telah dibuat di Surau Mawaddah, IKBN Jitra. Peserta program adalah seramai 150 orang pelajar islam dari jurusan kimpalan, operasi pemesinan, motosikal, kereta, jahitan pakaian wanita dan elektrik.

    Program sebegini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan solat yang sempurna dalam diri dari masa ke semasa melalui pendidikan dan latihan yang berterusan. Selain itu, melahirkan para pelajar yang memahami dan mengetahui tatacara yang betul solat mengikut Rasulullah. Adalah dicadangkan program seperti ini berterusan supaya tiada alasan pelajar tidak solat sebab tidak mengetahui tatacara solat yang betul dan minat para pelajar untuk solat tidak terhenti sekadar disuruh dan dipaksa. Apabila solat dijaga dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya bukan sekadar di dunia tetapi berjaya di akhirat. InshaAllah.

    Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program adalah teori bersuci, wudhuk dan solat, amali wudhuk, tayammum, solat dan solat berjemaah serta aktiviti riadah.

     

    Written on Khamis, 30 August 2018 15:26
  • PROGRAM BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN ANJURAN JABATAN TEKNOLOGI TEKSTIL

    Sempena Bulan Kemerdekaan dan sambutan Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke – 61, Jabatan Teknologi Tekstil mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Sayangi Malaysiaku dengan menyusun beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan staf, pelajar dan anak – anak staf. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 hb dan 30 hb Ogos 2018 bertempat di sekitar ruang legar Galeri Batik. Antara program atau pertandingan yang dianjurkan ialah:

    1. Pertandingan Mewarna Batik Kategori Kanak – kanak

    2. Pertandingan Mewarna Batik Kategori Terbuka

    3. Pertandingan Mewarna Poster

    4. Pertandingan 'Selfie' Merdeka

    5. Pertandingan Pakaian Beragam Kanak - kanak

    6. Pertandingan Mewarna Tile Kategori Terbuka

    Sambutan yang diterima dari pelbagai pihak amat menggalakkan. Penyampaian hadiah bagi pemenang disempurnakan oleh Pengarah IKBN Jitra pada 30hb Ogos 2018. Diharap program sebegini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

    Written on Khamis, 30 August 2018 11:45
  • PROGRAM GERBANG KERJAYA ZON UTARA 2018

    JITRA, 31 Julai 2018 - IKBN Jitra selaku tuan rumah kali ini telah menganjurkan satu Program Gerbang Kerjaya Zon Utara Tahun 2018.Program ini telah menyediakan satu platform khusus kepada pihak industri bersama ILKBS bagi mewujudkan kerjasama strategik serta persefahaman yang erat di antara kerajaan dengan pihak industri melalui Program Gerbang Kerjaya 2018, Zon Utara pada hari ini, di mana program ini telah dirangka dan akan dilaksanakan sebanyak 6 Zon dan ini adalah program yang pertama dilaksanakan pada tahun ini.

    Program Gerbang Kerjaya adalah satu platform khas yang diwujudkan kepada pengajar dan pelajar melalui MoU yang temertai di antara kedua-dua pihak, industri dan ILKBS ia secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada proses penigkatan diri pengajar dan pelajar. Kandungan MoU itu sendiri yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak mampu meningkatkan keupayaan pengajar dan pelajar dalam menguasai serta mengikuti latihan kemahiran yang menepati keperluan dan kehendak pasaran di industri disamping itu juga ia turut dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar lepasan ILKBS.

    Melalui program pada hari ini, pihak industri dengan sendirinya dapat menilai kemampuan para pelajar dengan melihat produk-produk inovasi yang dipamerkan, hasil inovasi dan ciptaan pelajar itu sendiri di mana ada sesetengahnya telah mememangi anugerah di dalam pertandingan inovasi.

    Dengan perlaksanaan kerjasama yang telah termertai ini, para pelajar turut menerima manfaat secara terus melalui aspek pelaksanaan latihan industri, kursus dan taklimat kerjaya serta penempatan pekerjaan bagi MoU bertaraf emas. Sebanyak 5 syarikat telah terlibat memertai MoU bersama 5 buah ILKBS. Zon Utara iaitu Syarikat Rosdzita bin Arifin - IKBN Jitra, Syarikat Asiatech Scaffold Engineering Sdn. Bhd. - IKBN Kuala Perlis, Syarikat CGC Enterprise - IKTBN Bukit Mertajam , syarikat JMF Bistari Enterprise - IKBN Naka dan syarikat Prostine Glory Sdn Bhd - IKBN Seri Iskandar.

    Program kali ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan mewakili YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia. Antara dif-dif jemputan yang turut hadir bersama adalah Pengarah Cawangan Kreatif dan Kerjasama Strategik, Pengarah dan Timbalan Pengarah 5 buah ILKBS Zon Utara, Pengarah JBSN Kedah, Pengerusi Alumni dan para jemputan lain serta pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran.

     

    Written on Khamis, 30 August 2018 08:45
  • MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IKBN JITRA SEMPENA KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2018

     

    JITRA, 16 Ogos 2018 - Penyerahan Bendera Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra sempena Kejohanan Sukan ILKBS SeMalaysia kali ke-32 Tahun 2018 yang bermula pada 17 sehingga 19 Ogos 2018 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pengarah IKBN Jitra En. Mohd Saipuddin Bin Zakaria. IKBN Jitra menyertai kesemua acara yang di pertandingan pada kejohanan tersebut iaitu Bola Sepak 9 sebelah, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong.

    Tuan Pengarah juga turut memberikan kata-kata semangat kepada para atlit untuk berjuang sehabis baik dalam setiap acara yang dipertandingkan dan turut menekankan aspek disiplin semasa bersukan. Semangat berpasukan yang tinggi dalam bersukan akan memberikan lebih kejayaan kepada pasukan. Para atlit juga dianggap sebagai pahlawan IKBN Jitra yang akan turun berperang untuk menentang musuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

    Sejurus selesai majlis tersebut Kontinjen IKBN Jitra terus bertolak ke IKBN Pekan selaku tuan rumah Kejohanan bagi tahun ini dengan segunung semangat kesukanan dan harapan untuk meraih kejayaan seiring dengan tag line IKBN Jitra, Terbang Tinggi Mengukir Nama.

    Written on Khamis, 16 August 2018 15:20
  • Malaysia Superbike Championship Pirelli Round 2

    Pada 27-29 Julai 2018 berlangsung Malaysia Superbike Championship Pirelli Round 2 di Litar SIC Sepang, Selangor.Seramai 60 Pelumba telah mengambil bahagian dalam 5 Kategori yang dipertandingkan pada kali ini.4 orang pelajar Tahap 3 dan diketuai oleh bekas pelajar IKBN Jitra dan seorang pelajar yang menjalani latihan Industri telah menyertai perlumbaan tersebut sebagai mekanik dan kru serta dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Perlumbaan ini diwakili oleh 2 orang rider dengan dibantu oleh 3 jentera perlumbaan bagi kategori Super 250 Open + Rookie yang mewakili team Promax NJT IKBNJ Racing Team iaitu Saudara Luth Harith Bin Erwan selaku rider utama dan saudara Surya Narayana sebagai rider sekunder.

    Pada hari perlumbaan terdapat 2 race iaitu sebelah petang yang dimenangi oleh Promax NJT IKBNJ Racing Team di tempat pertama dan ke -3 untuk menaiki podium dan pada hari ke-2 sebelah pagi pula Promax NJT IKBNJ Racing Team sekali lagi berjaya dimenangi saudara Luth Harith Bin Erwan selaku juara untuk menaiki podium manakala rider sekunder iaitu Saudara Surya Narayana gagal menaiki podium kerana masalah teknikal pada jentera pada lap ke 6.

    Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada  Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Written on Ahad, 29 July 2018 15:10
  • ARPRM IKBN JITRA TERJAH MASJID

    21 JULAI 2018, SABTU – “Sifat merendah diri dan mengutamakan kebersihan adalah salah satu dari elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin”. Demikian tegas Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria ketika menyampaikan pesanan kepada peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), IKBN Jitra Anugerah Perak ketika bersiap sedia sebelum berlepas ke Program ARPRM IKBN Jitra Terjah Masjid 2018.

    Seramai 30 orang peserta terdiri dari pelbagai jurusan yang terpilih bagi melengkapkan elemen khidmat masyarakat bagi melayakkan pentauliahan Anugerah Gangsa telah menyertai program tersebut yang diadakan di Masjid Kampung Sawa Kechik, Pendang, Kedah.

    Program IKBN Jitra Terjah Masjid ini diadakan bagi melatih sifat merendah diri dikalangan peserta melalui aktiviti membersihkan tandas masjid serta gotong royong mengemas kawasan persekitaran masjid.

    Para peserta juga dilatih oleh urusetia tentang tatacara ketika berada di masjid dan cara untuk beribadat seperti kaedah menunaikan solat sunat dan cara-cara mengamalkan ruksah qasar dan jamak iaitu kemudahan dan keringanan yang dibenarkan di dalam Islam ketika bermusafir.

    Aktiviti ini adalah sebahagian daripada perancangan untuk melengkapkan elemen khidmat masyarakat bagi peserta ARPRM IKBN Jitra yang direncanakan melibatkan masjid-masjid di seluruh Negeri Kedah.

     

    Written on Ahad, 22 July 2018 14:51
  • Anugerah ILKBS Terbaik 2017 (AIT2017) IKBN Jitra

    Jitra, 2 Julai 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah menerima kunjungan pasukan auditor yang telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membuat penilaian bagi pemilihan Anugerah ILKBS Terbaik 2017 (AIT2017). Pasukan auditor tersebut diketuai oleh En Kamaruzaman Bin Haji Md Ali, Pengarah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Pulau Pinang dan dibantu oleh 2 pegawai lain dari pelbagai bahagian di KBS iaitu En Azli Mohamed Dan Puan Nursida Binti Yaakob.

    Penilaian ini dibuat bagi melihat pematuhan kriteria-kriteria di dalam aspek pelaksanaan latihan berdasarkan kurikulum, indeks transformasi, pentadbiran dan kewangan dan pengurusan pelajar. Penilaian dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh Pengarah IKBN Jitra iaitu EN Saipuddin Bin Zakaria disusuli penerangan ringkas berkaitan IKBN Jitra oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan iaitu Puan Siti Aklima Binti Shafie. Taklimat diteruskan oleh  Ketua Auditor iaitu En Kamaruzaman Bin Haji Md Ali. Audit Anugerah ILKBS Terbaik 2017 di IKBN Jitra diadakan selama 2 hari bermula 2 Julai 2018 sehingga 3 Julai 2018.

     

    Written on Isnin, 02 July 2018 10:24
  • PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MEI & JUN 2018

    PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MEI & JUN 2018

    Tarikh                          : 27 Jun 2018

    Tempat                        : Perpustakaan IKBN Jitra, Kedah

    Jumlah Penyertaan    : Semua Pegawai IKBN Jitra (termasuk pelajar OJT / VTO)

    Pada 27 Jun 2018, perhimpunan bulanan bagi bulan Mei & Jun peringkat Institut telah dilaksanakan di Perpustakaan IKBN Jitra. Perhimpunan kali ini melibatkan semua pegawai dan pengajar termasuk beberapa pelajar OJT/VTO. Perhimpunan ini tidak dihadiri oleh pelajar memandangkan pada ketika itu, pelajar lama masih bercuti manakala pelajar baru sedang mengikuti program orientasi minggu paradigma. Perhimpunan bulanan bagi bulan Mei & Jun 2018 adalah anjuran Cawangan Hubungan Industri (CHI) Dan Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK)

    Antara intipati perhimpunan bulanan ini adalah :-

    • Memperkenalkan pegawai baru (3 orang) yang baru dan pelajar OJT/VTO        (6 orang pelajar)
    • Mendengar amanat penting dari tuan pengarah
    • Mengadakan Sambutan Hari Lahir pegawai yang lahir dalam bulan Mei          (9 orang) dan Jun 2018 (6 orang)
    • Majlis Anugerah Pekerja Terbaik (APT) bulanan (2 orang)
    • Acara cabutan bertuah

    Selamat datang diucapkan kepada tiga (3) orang pegawai baru yang menjadi ahli baru IKBN Jitra iaitu En. Mohd Anuar bin Othman (Gred DV36), En. Mohd Rizuan Bin Mohd Nor (Gred S22) dan En Mohd Firdaus Bin Mizan.

    Dalam amanat tuan pengarah; En Mohd Saipuddin Bin Zakaria, semua pengajar perlu kompetan dalam bidang sedia ada dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kemahiran. Selain itu juga pihak Hal Ehwal Pelajar disarankan untuk mencari jalan bagi meningkatkan jati diri pelajar sepanjang berada di IKBN Jitra sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Tuan pengarah juga memaklumkan bahawa IKBN Jitra akan menerima lawatan Audit ILKBS Terbaik (AIT) dan Pengurusan Latihan Terbaik (PLT) pada 2 & 3 Julai 2018 dan menjadi tuan rumah Program Gerbang Kerjaya peringkat Zon Utara pada 31 Julai 2018 nanti yang melibatkan lima (5) buah IKBN.

    Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi Anugerah Pekerja Terbaik IKBN Jitra bagi bulan Mei iaitu En. Roszamri bin Othman (Asrama) manakala bagi bulan Jun iaitu En. Sabarudin Bin Abdul Latif (Mekanikal). Tidak lupa juga, ucapan tahniah kepada 9 orang pemenang cabutan bertuah.

    Secara keseluruhannya, Majlis Perhimpunan bulanan bagi bulan Mei & Jun 2018 adalah berjaya dan mendapat maklumbalas yang baik dari kebanyakan pegawai. Dan diharapkan penganjuran perhimpunan akan datang akan lebih cemerlang dan memberi manfaat kepada semua yang menghadirinya nanti.

     

    Written on Rabu, 27 June 2018 09:59
  • PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU PARADIGMA SESI 2/2018, IKBN JITRA

     

    JITRA, 25 Jun 2018 – Jam 9.30 pagi telah diadakan satu sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Paradigma Sesi Jun 2018 dengan kehadiran seramai 100 orang pelajar melapor diri daripada 155 orang calon yang dijayakan diperingkat Kementerian Belia dan Sukan.

    Pada semester kali ini, IKBN Jitra menawarkan pengambilan untuk semua jurusan yang beroperasi disini kecuali jurusan Teknologi Rekaan Batik. Setelah selesai sesi pendaftaran semua ibu bapa dijemput ke satu taklimat di Dewan Ibnu Sina yang turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Timbalan Pengarah HEP, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan pegawai-pegawai IKBN Jitra.

    Pada taklimat itu, tuan pengarah telah memberikan ucapan aluan dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anak-anak pelajar kerana telah terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar IKBN Jitra. Beliau juga menerangkan sedikit sebanyak perjalanan pengajian sepanjang pelajar-pelajar terbabit menuntut disini kepada tetamu yang hadir. Beliau turut berjanji akan mendidik serta membentuk pelajar supaya menjadi seorang yang serba boleh dari segi kemahirannya dan peribadian diri untuk baik.

    Minggu Paradigma turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan peraturan-peraturan di IKBN dan sesi sual kenal diantara satu sama lain. Majlis penutup minggu paradigma akan diadakan pada 30 Jun 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina IKBN Jitra yang akan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Jitra.

    Written on Isnin, 25 June 2018 09:57
  • PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU PARADIGMA SESI 2/2018, IKBN JITRA

     

    JITRA, 25 Jun 2018 – Jam 9.30 pagi telah diadakan satu sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Paradigma Sesi Jun 2018 dengan kehadiran seramai 100 orang pelajar melapor diri daripada 155 orang calon yang dijayakan diperingkat Kementerian Belia dan Sukan.

    Pada semester kali ini, IKBN Jitra menawarkan pengambilan untuk semua jurusan yang beroperasi disini kecuali jurusan Teknologi Rekaan Batik. Setelah selesai sesi pendaftaran semua ibu bapa dijemput ke satu taklimat di Dewan Ibnu Sina yang turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Timbalan Pengarah HEP, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan pegawai-pegawai IKBN Jitra.

    Pada taklimat itu, tuan pengarah telah memberikan ucapan aluan dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anak-anak pelajar kerana telah terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar IKBN Jitra. Beliau juga menerangkan sedikit sebanyak perjalanan pengajian sepanjang pelajar-pelajar terbabit menuntut disini kepada tetamu yang hadir. Beliau turut berjanji akan mendidik serta membentuk pelajar supaya menjadi seorang yang serba boleh dari segi kemahirannya dan peribadian diri untuk baik.

    Minggu Paradigma turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan peraturan-peraturan di IKBN dan sesi sual kenal diantara satu sama lain. Majlis penutup minggu paradigma akan diadakan pada 30 Jun 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina IKBN Jitra yang akan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Jitra.

    Written on Isnin, 25 June 2018 09:57
  • BENGKEL KHIDMAT NASIHAT PEMBANGUNAN WIM

    Pada 21 Jun 2018 yang lalu bertempat di Bilik Kuliah Bahagian Batik, Jabatan Teknologi Tekstil, Institut Kemahiran Belia Negara Jitra (IKBNJ) telah diadakan satu bengkel Khidmat Nasihat Pembangunan WIM (Written INntructional Material) oleh En Yusni Amir Bin Dahalan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Cyerberjaya. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada para pengajar berkenaan kaedah pengiraan jam serta teknik menghasilkan bahan pengajaran mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JPK. Terdapat pelbagai ilmu dan input baru yang diperolehi melalui bengkel ini.

    Bengkel ini disertai lebih kurang 15 pengajar dari seluruh jabatan dan selesai pada jam1.30 tengahari.Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan lagi bahan pengajaran di IKBNJ.

    Written on Khamis, 21 June 2018 09:55
  • IKBN JITRA HARGAI JASA PELAJAR

     

    Selasa, 5 Jun 2018 – “Al-Quran adalah cahaya ketika roh masih menghuni jasad dan Al-Quran satu-satunya teman di alam barzakhketika roh tidak lagi menjadi penghuni jasad”. Demikian pesanan dari Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria ketika berucap merasmikan Majlis Sah Qatam Al-Quran Dan Majlis Apresiasi Pelajar IKBN Jitra Sesi satu bagi Tahun 2018.

                Berucap merasmikan majlis tersebut dihadapan 400 orang pegawai serta pelatih IKBN Jitra, EncikSaipuddin turut mengingatkan para pelajar sentiasa berdamping dengan Al-Quran serta turut mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Prinsip ini adalah sejajar dengan konsep yang ditekankan di IKBN Jitra iaitu melahirkan lepasan pelajar yang seimbang dunia dan akhirat.

                Beliau juga berharap agar semua pelajar dapat menerapkan sikap profesionalisme di dalam semua bidang pekerjaan yang dilakukan agar lepasan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Jitra kekal unggul di Negara ini. Majlis tahunan yang bertempat di Surau Al-Mawaddah itu diadakan bagi meraikan serta menghargai jasa 100 pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka di IKBN Jitra tidak lama lagi.

                Tambah beliau lagi, dua konsep utama pembelajaran yang ditekankan di IKBN Jitra iaitu ketaatan kepada Allah dan juga kepatuhan kepada ibu bapa perlu sentiasa diamalkan sepanjang hidup kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan para pelajar.

                Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan meskipun diadakan dengan kesederhanaan diserikan lagi dengan kehadiran ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai IKBN Jitra. Diharapkan majlis seumpama ini dapat member suntikan semangat kepada para pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran.

     

     

    Written on Rabu, 06 June 2018 12:26
  • Sumbangan Moreh Daripada Dato Amiruddin Hamzah Ahli Parlimen Kubang Pasu

    Jitra , 25 Mei 2018 - Bertempat di Surau Mawaddah , Ikbn Jitra hari ini telah menerima sumbangan moreh daripada Dato Amiruddin Hamzah Ahli Parlimen Kubang Pasu merangkap Exco Agama kerajaan negeri Kedah.Jutaan terima kasih kepada warga exco agama kerajaan negeri kedah kerana sudi bekongsi resezi di bulan Ramadhan yang mulia ini.Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah .

     

     

    Written on Jumaat, 25 May 2018 10:17
  • Tadarus Al Quran 2018 IKBN Jitra

    Jitra, 21 Mei 2018 - Tadarus Al Quran 2018 kembali diadakan pada tahun ini bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. satu kelas tadarus Al-Quran telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan.Bagi Staf IKBN Jitra,kelas Tadarus Al Quran diadakan dari jam 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang diikuti dengan solat Zohor secara berjemaah.Bagi pelajar pula,kelas Tadarus Al Quran bermula selepas menunaikan solat sunat tarawih dan solat sunat witir.

    Pihak pengurusan IKBN Jitra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf dan pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Kelas Tadarus Al- Quran bersempena dengan bulan Ramadhan 1439H.

    Written on Isnin, 21 May 2018 09:51
  • Malaysia Superbike Championship Pirelli di Litar SIC Sepang, Selangor

    Sepang , 13 Mei 2018 – Telah berlangsung Malaysia Superbike Championship Pirelli di Litar SIC Sepang, Selangor bermula dari 11 hingga 13 Mei 2018.

    Seramai 60 Pelumba telah mengambil bahagian dalam 4 Kategori yang dipertandingkan pada kali ini.

    3 orang pelajar Tahap 3 dan diketuai oleh bekas pelajar IKBN Jitra telah menyertai perlumbaan tersebut sebagai mekanik dan kru serta dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Perlumbaan ini diwakili oleh 2 orang rider dengan dibantu oleh 4 jentera perlumbaan bagi kategori Super 250 Open + Rookie yang mewakili team AZ Motor Performance Racing iaitu Saudara Luth Harith Bin Erwan selaku rider utama dan saudara Surya Narayana sebagai rider sekunder.

    Pada hari perlumbaan terdapat 2 race iaitu sebelah pagi yang dimenangi oleh team AZ Motor Performance Racing di tempat pertama dan ke -2 untuk menaiki podium dan sebelah petang pula team AZ Motor Performance Racing sekali lagi berjaya dimenangi saudara Surya Narayana selaku juara untuk menaiki podium manakala rider utama iaitu Saudara Luth Harith Bin Erwan hanya berjaya menduduki tempat ke 8 kerana telah mengalami kemalangan pada lap terakhir perlumbaan yang mengakibatkan kecederaan keretakan kecil pada bahagian jari.

    Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada                    Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Written on Ahad, 13 May 2018 09:23
  • PERAGAAN FESYEN OLEH PELAJAR SEMESTER AKHIR BAHAGIAN JAHITAN PAKAIAN WANITA, IKBN JITRA

     

    Jitra, 13 Mei 2018 –Telah berlangsung satu pertunjukan fesyen oleh pelajar semester akhir Bahagian Jahitan Pakaian Wanita. Pergaan Fesyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IKBN Jitra, En. Mohd Saipuddin Bin Zakaraia.

    Peragaan yang bertemakan Destination of Love ini telah mempamerkan 23 pasang busana yang berkonsepkan'wedding dress'. Pelbagai inspirasi dipilih dalam mengadaptasikan idea pelajar kedalam bentuk rekaan pakaian pengantin.

    Rekaan kali ini menampilkan silhouette yang pelbagai dimana olahan pada volume dan perincian rekaan diambilkira untuk menampakkankelainan pada rekaan.

    Written on Ahad, 13 May 2018 08:02
  • KURSUS REKAAN SULAMAN BERKOMPUTER DI BAWAH PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN 2018

    Klang, 6 Mei 2018- Telah berlangsung Kursus Rekaan Sulaman Berkomputer bertempat di Hi-Tech Gemilang, Klang dari 2 hingga 6 mei 2018. Kursus ini melibatkan seramai enam orang peserta yang terdiri dari pengajar Bidang Jahitan iaitu 3 orang dari Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, 2 orang dari Institut Kemahiran Belia Negara Peretak dan seorang dari Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai.

    Pemilihan peserta dalah berdasarkan ability checklist di dalam system e profiling dimana pengajar yang memiliki ability di bawah skor 3 adalah tetrsenarai untuk kursus ini bagi memantapkan kekompetenan di dalam sulam berkomputer. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini merangkumi sesi pengenalan kepada perisisan 'Designshop', mereka rekaan corak dan latihan amali.

    Written on Isnin, 07 May 2018 07:59
  • Lawatan Dari SMK ALOR MERAH

    Jitra, 3 Mei 2018 – Satu lawatan dari SMK ALOR MERAH pada 3 Mei 2018. Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada guru dan pelajar yang mengikuti lawatan sambil belajar ini.Dalam pada itu,mereka juga mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta. Ia juga mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Seramai 2 guru dan 40 pelajar SMK ALOR MERAH mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke IKBN Jitra.Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut seperti belajar Teknik Ikat Celup – Soalan Peperiksaan SPM dan demontrasi Batik Ikat Celup.

    Written on Khamis, 03 May 2018 09:20
  • PROGRAM 'WE CARE CHARITY' RUMAH ANAK YATIM BUDI, YAN

     

    Yan, 2 Mei 2018 - Pada1 dan 2 Mei 2018 yang lepas telah berlangsung satu program amal 'We Care Charity' anjuran pelajar Jahitan Semester 3. Rumah Anak Yatim BUDI, Yan Kedah telah dipilih bagi merealisasikan program ini.KetuaPelajar iaitu Cik Faizatul Erny Bin Ahmad telah mengetuai kumpulan pelajar ini dalam memastikan program berjalanseperti yang dirancang.

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk member sumbangan dan khidmat social kepada golongan anak yatim yang kurang bernasib baik. Bagi menjayakan program ini, pelbagai inisiatif telah dibuat oleh para pelajar seperti mengadakan jualan sejak Bulan Mac lagi bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Rumah BUDI.

    Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti jualan minuman, makanan dan tudung di sekitar Surau Mawaddah, IKBN Jitra. Waktu jualan bermula selepas pelajar tamat kelas pada pukul 5.00 petang hingga selepas Solat Isya' setiap hari. Kutipan jualan yang Berjaya dikumpul untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim BUDI, Yan adalah sebanyak RM2, 275.00. Semoga program yang mulia seumpama ini akan diteruskan untuk di masa akan datang.

    Written on Khamis, 03 May 2018 07:57
  • Lawatan Dari 2 Sekolah Iaitu SMK Seri Mahawangsa Dan SMK Bandar Darulaman Heigh

    Jitra, 2 Mei 2018 – Bengkel Batik IKBN Jitra telah menerima lawatan dari 2 sekolah iaitu SMK Seri Mahawangsa dan SMK Bandar Darulaman Height pada 2 Mei 2018. Seramai 3 guru dan 50 pelajar SMK Bandar Darulaman Height mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke IKBN Jitra.

    Lawatan ini bertujuan sebagai pendedahan kepada pelajar sekolah yang mengambil mata pelajaran seni visual,program ini dilihat sebagai pengukuhan kepada kefahaman elemen dan principal seni rekaan batik.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut seperti belajar Teknik Ikat Celup – Soalan Peperiksaan SPM dan demontrasi Batik Ikat Celup.

    Written on Khamis, 03 May 2018 07:55
  • PERTANDINGAN WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA 2018

     Pada 27 -29 April 2018 yang lalu telah berlangsung pertandingan kemahiran World Skills Malaysia Belia. Pertandingan kemahiran bagi Bidang Fashion Technology telah diadakan di GIATMARA PRIMA Pasir Gudang, Bandar Permas Jaya, Johor Bharu. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra turut menghantar dua penyertaan yang terdiri dari pelajar Bahagian Jahitan Pakaian Wanita, Semester 4 iaitu Siti Nadia Binti Jamaluddin dan Nor Hasni Binti Mohd Akashah.

    Pertandingan telah berlangsung selama 4 jam dimana dalam tempoh tersebut peserta perlu menyiapkan sehelai jaket seperti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pertandingan seumpama ini diharap dapat memantapkan lagi kemahiran di kalangan para belia sekaligus dapat menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar tenaga pekerja mahir di rantau ini kelak.

    Written on Isnin, 30 April 2018 07:52
  • Klinik Cub Prix KBS peringkat Negeri Kedah 2018 Di IKBN Jitra

    Jitra, 26 April 2018 – Bertempat di Padang Kawad IKBN Jitra,satu Klinik Cub Prix KBS peringkat Negeri Kedah 2018 telah diadakan.Klinik Cub Prix ini berlangsung pada hari khamis iaitu 26 April 2018 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6 petang.

    Ramai pengunjung yang berminat dan memenuhi syarat telah menyertai Klinik Cub Prix ini.Antara syaratnya ialah peserta mestilah berumur 13 – 22 tahun,berat badan antara 45-65 kg dan yang penting sihat tubuh badan serta tiada penyakit kronik.

    Klinik Cub Prix KBS peringkat Negeri Kedah 2018 dimeriahkan lagi dengan penampilan khan ikon pelumba GP Negara iaitu saudara Sharol Yuzy Dan Saudara Azlan Shah.

    Written on Khamis, 26 April 2018 09:18
  • Lawatan Dari SMK Bandar Darulaman Height Ke IKBN Jitra

    Jitra, 25 April 2018 – IKBN Jitra menerima lawatan dari SMK Bandar Darulaman Height pada 16 dan 25 April 2018. Lawatan ini bertujuan memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta. Ia juga mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Seramai 3 guru dan 55 pelajar SMK Bandar Darulaman Height mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke IKBN Jitra.Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut seperti belajar Teknik Ikat Celup – Soalan Peperiksaan SPM dan demontrasi Batik Ikat Celup.Lawatan ini lebih terarah kepada bengkel rekaan batik memandangkan pelajar SMK Darulaman Height mengambil jurusan seni visual.

    Written on Khamis, 26 April 2018 07:50
  • SIRIM INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXPO 2018

    Kulim 18 April 2018- IKBN Jitra telah menyertai Pertandingan “ SIRIM Invention,Innovation and Technology Expo (Si2TE) 2018 anjuran SIRIM Berhad di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diadakan di Kompleks AMREC, SIRIM, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah, yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 16 hingga 18 April 2018.

    Si2TE 2018 merupakan pertandingan yang mengetengahkan hasil penyelidikan danproduk-produk dalam bidang perubatan dan kejuruteraan bahan yang telah dibangunkan oleh penyelidik Malaysia. Program tiga hari itu, melibatkan peserta dalam kalangan penyelidik, ahli akademik dan industri, pelajar sekolah rendah, menengah, kolej komuniti, institute kemahiran tinggi dan juga agensi kerajaan.

    Sebanyak 250 pasukan telah mengambil bahagian dalam kategori berlainan.

    IKBN Jitra telah menghantar 1projek dengan tajuk Versatile Ironing Board di bawah bimbingan En Norhamidi Bin Mohd Shukri dan Berjaya membawa balik pingat gangsa.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek dan menjayakan pertandingan inovasi ini.

    Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan IKBN Jitra terutama sekali tuan pengarah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria yang banyak memberi sokongan kepada kumpulan inovasi IKBN Jitra. Semoga IKBN Jitra terus maju kehadapan.

    Written on Khamis, 19 April 2018 07:48
  • Perasmian Program Pakaging

    Naka, 9 April 2018 – IKBN Jitra telah menyertai pameran di IKBN Naka sempena Perasmian Program Pakaging.Program ini telah diadakan di IKBN Naka pada 9 April 2018.

    Perasmian Program Pakaging telah dirasmikan oleh KSU Kementerian Belia dan Sukan,Dato’ Lokman Hakim Bin Ali.Program berlangsung dari 7.00 pagi sehingga 5.00 petang.Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut seperti jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik dan demontrasi Batik.

    Written on Selasa, 10 April 2018 07:46
  • Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat IKBN Jitra

    IKBN Jitra ; 2 April 2018  : Bertempat Di Padang Kawad IKBN Jitra,Telah Berlangsung Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Institusi Kemahiran Belia dan Negara Jitra (IKBN Jitra).Semua pelajar dan kakitangan IKBN terlibat dalam program “Hari Kesedaran Autisme Sedunia @ IKBN Jitra” Di Mana Semua Yang Terlibat Berpakaian Serba Biru Sebagai Tanda Sokongan Kami Warga IKBN Jitra Kepada Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

                Sokongan Ini Bertujuan Memberi Kesedaran Kepada Semua Pihak Terutamanya Warga IKBN Jitra Bagi Memupuk Semangat Kesedaran Agar Prihatin Kepada Nasib Pesakit Autisme.Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autism Awereness Day di sambut setiap 2 April setiap tahun bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme. Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, “Light It Up Blue”, dimana sambutan di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi-lokasi besar yang menjadi “landmark” sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan lampu biru.

                Sambutan Hari Kesedaran Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar autisme.Autisme merupakan gangguan perkembangan otak seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.Oleh itu, marilah sama-sama kita memupuk kesedaran dalam diri agar setiap individu prihatin terhadap anak-anak autisme.

    Written on Khamis, 05 April 2018 09:12
  • Pameran IKBN Jitra Sempena Perasmian IKBN Tanah Merah, Kelantan

    Kelantan, 30 Mac 2018 – Sempena Perasmian IKBN Tanah Merah, Kelantan,IKBN Jitra telah menyetai pameran dari jurusan Rekaan Batik dan Jurusan Automotif. Program ini telah diadakan pada 29-30 mac 2018 di IKBN Tanah Merah Kelantan.

    Majlis Perasmian dan Penutup telah di rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan , YB Khairi Jamaluddin .Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik dan demontrasi batik serta pameran motosikal dari Jurusan Penyelenggaraan Motosikal

    Written on Jumaat, 30 March 2018 17:51
  • Lawatan Sambil Belajar Ke IKM Alor Setar

    Alor Setar, 25 Mac 2018 – Bertempat di IKM Alor Setar,satu lawatan sambil belajar dari pelajar jurusan Rekaan Batik IKBN Jitra telah diadakan pada hari ahad 25 mac 2018.

    Tujuan Program ini adalah memberi pendedahan berkaitan hala tuju pelajar selepas keluar dari IKBN dan Program Tecno Usahawan.Dalam lawatan sambil belajar ke IKM ini, aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut ialah melihat perlaksanaan program yang dijalankan di IKM Alor Setar dan demontrasi Batik / Silk Screen

    Lawatan Sambil Belajar Ini Bermula pada jam7.00 pagi dan berakhir pada 1 petang dan telah dirasmikan oleh Ketua Program Tekno Usahawan

    Written on Ahad, 25 March 2018 17:44
  • Program Komuniti Setempat Dataran Tsunami,Kota Kuala Muda

    Kota Kuala Muda, 22 Mac 2018 – Satu Program Komuniti Setempat telah diadakan pada hari khamis 22 mac 2018.Progam ini telah diadakn di Dataran Tsunami,Kota Kuala Muda,Kedah.

    Tujuan Program ini memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta ,mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut ialah jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik serta demontrasi Batik.Program bermula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang dan telah dirasmikan Oleh Menteri Besar Kedah.

    Written on Khamis, 22 March 2018 17:36
  • PERTANDINGAN INOVASI ICOMPEX’18

    Jitra 22 Mac 2018 - IKBN Jitra telah menyertai Pertandingan “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” (iCompEx) 2018 peringkat kebangsaan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 20 hingga 22 Mac 2018.

    Sebanyak 624 pasukan telah mengambil bahagian dalam 10 kategori berlainan. IKBN Jitra telah menghantar 2 projek dalam kategori I - Perkhidmatan dan Pemasaran Produk dengan tajuk Desk Picnic Portable dan Table Lift di bawah bimbingan En Norhamidi Bin Mohd Shukri dan En Mohd Hafiz Bin Che Me. Hasilnya, Desk Picnic Portable berjaya membawa pingat gangsa untuk IKBN Jitra.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek dan menjayakan pertandingan inovasi ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan IKBN Jitra terutama sekali tuan pengarah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria yang banyak memberi sokongan kepada kumpulan inovasi IKBN Jitra. Semoga IKBN Jitra terus maju ke hadapan.

     

    Written on Khamis, 22 March 2018 14:49
  • Kejohanan Friesbee Peringkat IKBN Jitra 2018

    IKBN Jitra, 17 Mac 2018 – Satu Kejohanan Friesbee Peringkat IKBN Jitra 2018 telah diadakan pada hari sabtu 17 mac 2018.bertempat di padang ikbn jitra,pertandingan ini berlangsung pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

    Peserta yang terlibat adalah dari pelbagai agensi antaranya ialah uitm pulau pinang, uitm perlis, uitm kedah, usm, uum, unimap, smk agama arau, smk tunku raja fauziah, ikbn jitra, kmk changlun, aimst.

    Acara yang diadakan iaitu frisbee campuran ( 4 lelaki 2 wanita).pemenang kejohanan friesbee peringkat ikbn jitra 2018 ialah aimst dan tempat kedua dimenangi oleh uitm perlis.

    Written on Sabtu, 17 March 2018 17:23
  • IKBN Jitra Got Talent 2018

    IKBN Jitra, 16 Mac 2018 – Satu Program IKBN Got Talent 2018 telah diadakan pada hari Jumaat Dan Sabtu bersamaan 16-17 Mac 2018.Bertempat di Dewan Ibnu Khaldun,Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.

    Semua pelajar IKBN Jitra terlibat dengan Program IKBN Got Talent 2018 ini.Antara acara yang dipertandingkan ialah karaoke lelaki,karaoke wanita,inovasi dan fesyen show.

    Written on Jumaat, 16 March 2018 17:12
  • Program mesra dan khidmat masyarakat bersama warga PDK

    7 March, Kubang Pasu: Seramai 55 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah hadir bagi menghulurkan bantuan khidmat masyarakat untuk membantu warga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Para pelajar terlibat dalam program baik pulih dan keceriaan.

    Mereka telah membersihkan seluruh kawasan PDK secara gotong-royong. Selain itu, mereka juga mengecat perkakasan yang telah luntur warnanya seperta rak-rak kasut dan buaian. Disamping itu juga, mereka telah memasang kipas untuk keselesaan pelatih orang kurang upaya (OKU) disini.

    Para pelajar juga menggunakan segala kemahiran serta ilmu yang dibekalkan semasa menjalani kursus di IKBN untuk mengemaskini sistem pendawaian , memasang 14 lampu, 12 kipas dan 16 soket bagi menjamin keselamatan warga PDK.

    Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Zakaria berkata, aktiviti ini adalah sebahagian daripada Program Wawasan Desa Perdana Gerakan Bakti Prihatin yang dilaksanakan oleh Institu ini. Tambah Encik Saipudin lagi, selain PDK, IKBN Jitra turut mencari dan mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk dilaksanakan program seperti ini sepanjang tahun ini.

    Antaranya adalah Dewan Orang Ramai Taman Aman, Pondok Pengajian Megat Dewa, Pondok Bas Sekolah Kebangsaan Gelong dan rumah atau masjid di Kampung Gurindam untuk dibaik pulih dan dikemaskinikan untuk keselamatan pengguna.

    Sementara itu, Pengerusi PDK Jitra Encik Zulkifli Yaacob berkata kehadiran pelajar IKBN Jitra telah membawa keceriaan kepada pelatih OKU di PDK itu sendiri yang terdiri dari umur empat tahun sehingga 35 tahun yang hadir untuk belajar disitu. Katanya lagi, Pusat ini memberi latihan seperti memasak, membaca, menulis serta menjalankan latihan fisioterapi kepada para pelajar.

    Written on Rabu, 07 March 2018 17:00
  • KEM PENJELAJAHAN LASAK ARPRM IKBN JITRA

    2 MARCH 2017, Jumaat – Kem Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) IKBN Jitra diteruskan lagi bagi sesi pertama tahun 2018 dengan penglibatan 44 orang peserta yang terdiri dari pelajar tahap satu.Bertempat di Pusat Rekreasi Titi Hayun Yan Kedah, kem selama dua hari bermula 2 mac itu Berjaya menguji kemampuan para peserta melalui pelbagai aktiviti lasak yang telah direncanakan bagi melengkapkan elemen penjelajahan lasak untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.

    Disamping membina semangat berpasukan dan sifat setia kawan. Antara aktiviti yang disediakan adalah Camping sambil beramah mesra, BBQ, Waterfall Abseiling, Zumba Dance dan Jungle Tracking yang disediakan untuk melatih ketahanan dari segi fizikal mahupun mental para peserta.Para peserta perlu keluar daripada zon selesa apabila perlu bermalam di dalam khemah yang disediakan sendiri oleh mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat menjalinkan hubungan silaturahim di antara peserta dan menguji semangat berpasukan kerana program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai golongan belia.

    Oleh itu, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja mampu melatih pelajar dengan ilmu asas kemahiran hidup malah dapat membantu membina jati diri serta semangat berpasukan yang jitu dalam diri peserta.

    Written on Ahad, 04 March 2018 16:56
  • Ekspo Muafakat Kedah 2018

    Alor Setar, 2 Mac 2018 – Ekspo Muafakat Kedah 2018 membuka tirai penuh meriah dengan menampilkan 20 kluster disertai 199 jabatan serta agensi Kerajaan Pusat dan negeri, selain sektor swasta.

    Ekspo julung kali itu mengetengahkan pencapaian kerajaan negeri dan perancangan untuk seluruh rakyat Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.Dijangka menarik kehadiran lebih 500,000 pengunjung, ekspo lapan hari itu adalah yang terbesar dan paling lama dianjurkan dalam sejarah negeri ini.

    IKBN Jitra juga tidak melepaskan peluang ini dengan menyertai beberapa aktiviti dalam Kluster 19.Ini Memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta ,Mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan Memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Written on Jumaat, 02 March 2018 16:53
  • Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTB Jitra

    Jitra, 15 Februari 2018 – Bertempat di Dewan Ibnu Sina,satu program besar peringkat IKBN Jitra telah diadakan.Program tersebut adalah Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTB Jitra.Program ini berjalan selama 4 hari bermula pada hari isnin hingga khamis iaitu 12 hingga 15 Februari 2018 . Program ini melibatkan semua pegawai dan pelajar IKTB Jitra.

    Berbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah keselamatan dan kesihatan,sesi demonstrasi,pameran,mobile counter dan pelbagai lagi.Program ini bermula dengan slot ceramah oleh pihak Kaunseling Malaysia JPA dan berakhir dengan slot demonstrasi Fire Drill oleh pihak Bomba. Agensi lain yang terlibat dengan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja peringkat IKBN Jitra adalah seperti IPD Kubang Pasu,JPJ Kedah,JKKP Kedah,Kementerian Kesihatan,jabatan Penjara,Kelab Gym IKBN Jitra,AADK dan 

    Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran akan kepentingan keselamatan dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai revolusi,prosedur dan akta keselamatan di tempat kerja.Harapan pihak IKTB Jitra agar program ini diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ilmu yang diterima sepanjang program amat berguna untuk semua.

     

    Written on Khamis, 15 February 2018 08:07
  • PEPERIKSAAN AKHIR SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL SESI OGOS 2017 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA

    Jitra , 13 februari 2018 :Peperiksaan Akhir Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi Bidang Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1 telah dijalankan pada 13 Februari 2018 melibatkan 18 orang apperantis dari dua buah syarikat iaitu Busana Noriah dan Qistina Collection. Peperiksaan ini telah dijalankan di Jabatan Teknologi Tekstil, Institut Kemahiran Belia Negara Jitra bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi melibatkan kertas teori dan bersambung pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 5.00 petang melibatkan Kertas Amali.

    Pelaksanaan program ini bagi pertama kalinya bagi Institut Kemahiran Belia Negara Jitra dilihat sebagai satu kejayaan apabila kesemua apperantis yang terlibat telah lulus dengan jayanya. Kumpulan apperantis pertama ini telah memulakan program SLDN bersama Jabatan Teknologi Tekstil, IKBN Jitra bermula pada 1 Ogos 2017 dan berakhir pada 31 Januari 2018 yang lalu.

     

    Written on Selasa, 13 February 2018 16:47
  • Pameran Komuni Jerlun

    Jerlun, 10 Februari 2018 – Satu Pameran Komuni Jerlun telah diadakan di Dewan Serbaguna Jerlun,Jitra.Pameran ini dilaksanakan pada 9-10 Februari 2018.

    Tujuan Program ini untuk memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta,mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Seramai 3 pegawai dan 10 pelajar Jurusan Rekaan Batik terlibat dalam menjayakan Pameran Komuniti Jerlun ini.Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut ialah jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik. Majlis Perasmian dan Penutup telah dirasmiakn oleh Menteri Besar Kedah.

    Written on Sabtu, 10 February 2018 16:44
  • KARNIVAL SUKAN BERMOTOR NEGARAKU 2018 Round 4 (Last Round)

    Subang Jaya : 4 Februari 2018; Berlangsung KARNIVAL SUKAN BERMOTOR NEGARAKU 2018 Round 4 (Last Round) pada 3 hingga 4 Februari 2018 di Litar Speedway Plus Subang Jaya, Selangor.Seramai 3 orang pelajar Semester 4 Tahap 3 telah menyertai Karnival tersebut sebagai pelumba dan mekanik serta kru dan juga dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Pelajar IKBN Jitra telah mendapat tempat ke 2 dalam kategori “Kapcai Endurance Kelas 1” dan Saudara Luth Harith Bin Erwan turut menyertai IKBN Jitra Racing Team dalam kategori     “150cc 4T Tank Bike Open” dan Kategori “150cc 4T Kapcai Open”.Dalam perlumbaan tersebut beliau telah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam kategori “150cc 4T Tank Bike Open” dan tempat ke 4 kategori “150cc 4T Kapcai Open” untuk menaiki podium walaupun menghadapi masalah Teknikal semasa sesi practice.

    Bertambah manis lagi saudara Luth Harith Bin Erwan telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan “Overall Champion” dalam Karvinal tersebut.Terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang diadakan iaitu Autoshow Kereta dan Motor, Karnival IM4U, persembahan Busker dan gerai jualan serta pameran.Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria turut melahirkan rasa bangga di atas kejayaan ini dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sepanjang berlangsungnya Karnival tersebut.

    Written on Ahad, 04 February 2018 11:59
  • MOTORMINDER ROAD TO RACE UNIMAP 2018 First Round

                   Perlis ,28 Januari 2018 : Telah berlangsung MOTORMINDER ROAD TO RACE UNIMAP 2018 First Round  Pada 27-28 Januari 2018di Litar Antarabangsa UNIMAP, Perlis.IKBN Jitra Racing Team sekali lagi telah menyertai perlumbaan tersebut dan di bantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

                  Saudara Luth Harith Bin Erwan dari IKBN Jitra Racing Team telah mendapat Johan      dalam kategori  “Open 200-400cc” dan tempat ke 5 kategori “150cc 4T Kapcai Open”     untuk menaiki podium walaupun Jentera menghadapi masalah Teknikal semasa sesi Practice dan Qualifying.Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Written on Ahad, 28 January 2018 08:39
  • Program Pelikat Batik Di Menara Alor Setar

    Alor Setar, 27 Januari 2018 – Bertempat di Menara Alor Setar ,satu Program Pelikat Batik telah diadakan oleh Bengkel Batik IKBN Jitra.Program ini diadakan pada hari sabtu ,27 Januari 2018.Seramai 3 pegawai dan 40 pelajar jurusan Rekaan Batik dan Jahitan Pakaian Wanita terlibat dalam Program pelikat Batik Ini.

    Tujuan program ini diadakan ialah memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta,mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program dan memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut ialah jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik dan larian bersama Pelikat Batik.Majlis Perasmian dan Penutup telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah.

    Written on Sabtu, 27 January 2018 16:32
  • Pameran Dan Jualan Batik Sempena Mesyuarat Puspanita Peringkat KBS

    Putrajaya, 24 Januari 2018 – Bertempat di Lobi Kementerian Belia Dan Sukan ,satu pameran dan jualan batik telah diadakan oleh unit promosi dan bengkel jahitan batik sempena mesyuarat puspanita peringkat KBS.Program ini telah di adakan pada hari Rabu bersamaan 24 Januari 2018.

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta.Ia juga Mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program.

    Dalam Pada masa yang sama,program ini dapat memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN Jitra dan Menerima Tempahan ( Job Order ) Rekaan Batik.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut adalah Jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Kemahiran Belia,Dr Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof.

    Written on Rabu, 24 January 2018 16:27
  • Pameran Dan Jualan Batik Sempena Mesyuarat Puspanita Peringkat KBS

    Putrajaya, 24 Januari 2018 – Bertempat di Lobi Kementerian Belia Dan Sukan ,satu pameran dan jualan batik telah diadakan oleh unit promosi dan bengkel jahitan batik sempena mesyuarat puspanita peringkat KBS.Program ini telah di adakan pada hari Rabu bersamaan 24 Januari 2018.

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang penduduk setempat mendapat maklumat yang cukup berkaitan peluang yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta.Ia juga Mengurangkan kegiatan sosial negatif dengan penglibatan dalam program-program.

    Dalam Pada masa yang sama,program ini dapat memberi pendedahan berkaitan keistemewaan IKBN Jitra dan Menerima Tempahan ( Job Order ) Rekaan Batik.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perlaksanaan program tersebut adalah Jualan dan menerima tempahan Job Order Rekaan Batik.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Kemahiran Belia,Dr Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof.

    Written on Rabu, 24 January 2018 16:27
  • KARNIVAL SUKAN BERMOTO NEGARAKU 2018 Round 3

                    Subang Jaya,14 Januari 2018.Bertempat di Litar Speedway Plus Subang Jaya, Selangor telah berlangsung KARNIVAL SUKAN BERMOTO NEGARAKU 2018 Round 3 Pada 13-14 Januari 2018.Seramai 71 Pelumba Amatur telah mengambil bahagian dalam 6 Kategori yang dipertandingkan pada kali ini.2 orang pelajar Tahap 3 dan seoarang pelajar praktikal telah menyertai Karnival tersebut sebagai mekanik dan kru serta dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

                   Saudara Luth Harith Bin Erwan turut menyertai IKBN Jitra Racing Team dalam kategori     “150cc 4T Tank Bike Open”  dan Kategori “150cc 4T Kapcai Open”.Dalam perlumbaan tersebut beliau telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam kategori “150cc 4T Tank Bike Open”  dan tempat ke 4 kategori “150cc 4T Kapcai Open” untuk menaiki podium walaupun menghadapi masalah Teknikal semasa sesi practice.Terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang diadakan iaitu Autoshow Motor, Karnival IM4U, persembahan Busker dan gerai jualan serta pameran.

    Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Written on Ahad, 14 January 2018 08:36
  • Lawatan Kerja Team Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Di ILP Jitra

             Jitra,11 Januari 2018 : Satu Lawatan  Kerja Team Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Telah Diadakan Di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra.Bermula Jam 9.00 Pagi,Lawatan Ini Bertujuan Untuk Mendapatkan Pencerahan Berkaitan Perlaksanaan Program SLDN Yang Telah Dilaksanakan Oleh ILP Jitra, Kedah. Bidang Yang dipelopori Oleh ILP Jitra Adalah Composite Manufacturing (Aerospace) Operation.. IKBN Jitra Kini Telah Melaksanakan Program SLDN Bagi Kod Bidang TA-011-1:2012 Pembuat Pakaian Wanita (SKM Tahap 1).

    Melalui Lawatan Kerja Ini, Perkongsian Ilmu Dan Pendapat Dapat Diperolehi Bagi Tujuan  Memantapkan Sekaligus Diharap Dapat Melancarkan Perjalanan Program SLDN Di IKBN Jitra.

    Written on Khamis, 11 January 2018 08:20
  • PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2018, IKBN JITRA

    PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU  

    SESI 1/2018, IKBN JITRA

    JITRA, 3 Januari 2018 – Jam 9.30 pagi telah diadakan satu sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Paradigma Sesi Januari 2018 dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar melapor diri  yang dijayakan diperingkat Kementerian Belia dan Sukan.Setelah selesai sesi pendaftaran semua ibu bapa dijemput ke satu taklimat waris yang diadakan di Dewan Ibnu Sina yang turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Timbalan Pengarah HEP, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan pegawai-pegawai IKBN Jitra.

    Pada taklimat itu, tuan pengarah telah memberikan ucapan aluan dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anak-anak pelajar kerana telah terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar IKBN Jitra. Beliau juga menerangkan sedikit sebanyak perjalanan pengajian sepanjang pelajar-pelajar terbabit menuntut disini kepada tetamu yang hadir. Beliau turut berjanji akan mendidik serta membentuk pelajar supaya menjadi seorang yang serba boleh dari segi kemahirannya dan peribadian diri untuk baik.

    Minggu Paradigma turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan peraturan-peraturan di IKBN dan sesi sual kenal diantara satu sama lain. Majlis penutup minggu paradigma diadakan pada 7 Januari 2018 bertempat di Perpustakaan IKBN Jitra yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

     

    Written on Rabu, 03 January 2018 08:17
  • Kejohanan Sukan Staf ILKBS Zon Utara 2017

    28 Disember 2017 ,Bukit Mertajam -  Tahniah Kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra Mencatat Kecemerlangan Dalam Bidang Sukan Staf Apabila Berada Di Kedudukan Dua Terbaik Dari Empat IKBN Yang Bertanding Dalam Kejohanan Sukan Staf ILKBS Zon Utara.

    IKBN Jitra Menjadi Naib Juara Apabila Berjaya Mengumpul Satu Pingat Emas(Bola Jaring), Satu Perak(Bola Tampar Campuran) Dan Satu Gangsa Menerusi Sukan Bola Sepak.IKBN Kuala Perlis Dan IKBN Jitra Terikat Dengan Pungutan Pingat Yang Sama Iaitu (1 Emas,1 Perak,1 Gangsa) Tetapi Yang Membezakan Juara Dan Naik Juara Adalah Pingat Emas Dalam Bola Sepak Yang Di Menangi Oleh IKBN Kuala Perlis.

    Bertempat Di IKTBN Bukit Mertajam Dimana IKTBN BM Dipilih Menjadi Tuan Rumah Untuk Kejohanan Kali Ini Yang Berlangsung Pada 26 Hingga 27 Disember 2017.Sebanyak 4 Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan Menyertai Kejohanan Tersebut Melibatkan Lebih 100 Peserta Dan Pegawai Pengiring.Kejohanan Kali Ini Membawa Kelainan Apabila Menawarkan Acara Bola Sepak Lelaki,Bola Jaring Dan Bola Tampar Campuran.Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Disempurnakan Pengarah IKTBN Bukit Mertajam,Tuan Haji Sukimi Bin Mat Salleh.

     

     

    Written on Khamis, 28 December 2017 14:30
  • IKBN JITRA ANJUR KURSUS PEMANTAPAN BADAN OPERASI ARPRM

     

    18 Disember 2017, Isnin - “Meningkatkan kefahaman dan penguasaan di kalangan pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Institut Kemahiran Belia Negara Jitra”. Demikian ulas Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Jitra, Encik Fauzi Abdullah Salleh ketika berucap merasmikan majlis penutup Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP) Peringkat IKBN Jitra.

    Beliau juga menegaskan bahawa semua pemimpin yang terlibat dalam melaksanakan program-program ARP di peringkat IKBN Jitra perlulah menguasai kaedah perlaksanaannya seterusnya meningkatkan lagi keberkesanan program dikalangan para peserta iaitu para pelatih IKBN Jitra.

    Selain itu juga, kursus tersebut turut menjadi medium terbaik khasnya buat para peserta bagi bertukar-tukar pendapat serta sesi perkongsian ilmu berkaitan semua program ARP yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini disamping membuka ruang buat para pemimpin untuk mencari kelemahan dan juga penyelesaiannya.

    Kursus selama dua hari bermula 17 hingga 18 Disember 2017 yang melibatkan seramai 30 peserta itu telah berjalan dengan lancar dan jayanya ditambah lagi dengan kehadiran dua orang tokoh ARP pingat emas sebagai moderator iaitu Encik Shafizal Shafee dan Encik Hazrul Hafizi Abd Halim.

    ARP di IKBN Jitra telah berjaya dilaksanakan sejak awal tahun ini dan mempunyai seramai 148 peserta yang terdiri daripada pelatih-pelatih IKBN Jitra. Diharapkan dengan program seumpama ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan program-program ARP seterusnya melahirkan peserta-peserta yang mempunyai kualiti serta nilai tambah yang membolehkan mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

    Written on Isnin, 18 December 2017 11:34
  • Transformasi Nasional 2050 (TN50)

    Sejak Januari tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah turun padang ke seluruh Negara untuk bersama dengan generasi muda Malaysia melalui siri dialog serta pelbagai aktiviti pendampingan yang lain bagi memastikan para belia diberi peluang untuk menyuarakan aspirasi dan idea mereka bagi bersama mencorakkan masa depan Negara dalam mencapai visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Setelah hampir setahun usaha pendampingan ini dijalankan menerusi pelbagai platform termasuk dalam talian, lebih 1.7 juta rakyat dari pelbagai latar belakang telah didekati dan lebih daripada 60,000 aspirasi yang berbeza telah dikumpul dan dianalisa. Kini, inisiatif pendampingan belia TN50 telah melangkah ke fasa terakhirnya.

    Kini, kami akan berkongsi dengan anda semua Rakyat Malaysia sorotan digital draf laporan inisiatif pendampingan belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Laporan yang dinamakan ‘Kanvas Belia TN50’ ini menghimpunkan pelbagai aspirasi belia Malaysia untuk era transformasi Negara seterusnya.
    Sorotan digital ini dikeluarkan untuk memberi gambaran tentang apa yang para belia inginkan buat Negara yang tercinta menjelang tahun 2050 nanti dan akan diaktifkan pada jam 12 tengahari hari ini, 1 Disember 2017 ini di www.mytn50.com/kanvasbelia. Sorotan digital draf ini juga dikeluarkan dengan matlamat untuk mengumpul maklum balas akhir daripada para belia bagi memastikan semua pandangan mereka diambil kira sebelum laporan penuh dimuktamad dan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri pada Januari 2018 ini.
    Bagi memastikan gambaran komprehensif terhadap pandangan belia dapat diberikan oleh Kanvas Belia TN50, kami ingin menjemput para belia untuk membaca dan memahami sorotan digital yang dikeluarkan ini. Para belia boleh memberikan maklum balas terhadap aspirasi yang dikongsikan oleh rakan-rakan belia mereka serta menambah aspirasi mereka sendiri.
    Kanvas Belia TN50 juga memaparkan beberapa idea yang dicadangkan oleh para belia untuk merealisasikan aspirasi TN50 mereka, seperti pembangunan platform bagi menyokong ibubapa dalam perkembangan awal kanak-kanak sehinggalah kepada pembangunan industri-industri baru yang lahir daripada matlamat TN50.
    Bagi mula menterjemahkan aspirasi kepada realiti, para belia juga dijemput untuk berkongsi idea TN50 mereka sama ada dengan berinteraksi di laman web Kanvas Belia TN50 atau dengan meletakkan hashtag #ideaTN50 kepada sebarang muatnaik mereka di media sosial. Suarakan pandangan dan idea anda sebelum 31 Disember 2017 untuk menjadi sebahagian daripada usaha Transformasi Nasional ini.
    Ayuh, bersama kita bina Masa Depan Negaraku!

    Written on Selasa, 05 December 2017 08:30
  • Program Tautan Mahabbah,Solat Hajat Dan Tausiah Dhuha

    Surau Wawaddah IKBN Jitra,30 November 2017.Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Agama,Hal Ehwal Pelajar ,IKBN Jitra telah menganjurkan satu Program Tautan Mahabbah,Solat Hajat dan Tausiah Dhuha.Program bermula Jam 8.00 Pagi bertempat di Surau Mawaddah IKBN Jitra.Program ini melibatkan semua pelajar dan pegawai IKBN Jitra.Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Fadhil Bin Shaani.

     

    Written on Khamis, 30 November 2017 16:04
  • Sukan Staf Dan Pegawai Di IKBN Jitra 2017

    Ikbn Jitra, 30 NOV 2017 - Bertempat di Dewan Ibnu Khaldun Dan Perpustakaan , Unit HEP telah menganjurkan satu Pesta Sukan Staf 2017.Antara acara yang diadakan ialah Street Scooer 3vs3,Ping Pong dan Badminton.Penglibatan ramai staf dan pegawai serta pelajar praktikal telah memeriahkan lagi Pesta Sukan Staf kali ini.Tepat Jam 10 pagi,Pesta Sukan Staf ini dimulakan dengan senaman aerobik.

     

    Written on Khamis, 30 November 2017 15:13
  • Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017 Round 5

     

    Pada 24 hingga 26 November 2017 berlangsung Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017 Round 5 (Last Round) di Sepang International Circuit (SIC)Sepang, Selangor.Seramai 4 orang pelajar semester akhir Tahap 3 dan seorang bekas pelajar IKBN Jitra terpilih menyertai Team  Promax Suzuka Oil Racing sebagai Kru dan mekanik bagi menghadapi saingan dalam pertandingan tersebut dan dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar iaitu Encik Hafizan Bin Ab. Halim dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Pelumba dari Indonesia iaitu Surya Narayana turut serta menyertai Team Promax Suzuka Oil Racing di samping pelumba sedia ada iaitu saudara Luth Harith Bin Erwan.

    Bertambah manis pasukan ini telah berjaya mendapat tempat ke 2 dan ke 4 “Overall Championship 2017” secara keseluruhannya untuk menaiki podium walaupun dalam Race 1 menghadapi masalah Teknikal Enjin.

    Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada                    Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Pengarah IKBN Jitra, Encik Saipuddin Bin Zakaria turut meluangkan masa menghadiri pertandingan tersebut selama dua hari berturut-turut dan melahirkan rasa bangga di atas kejayaan ini dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sepanjang berlangsungnya perlumbaan tersebut. 

     

     

    Written on Ahad, 26 November 2017 15:02
  • Program Kesukarelawan ILKBS Di Parlimen Jerlun

    Jerlun,25 November 2017 -Program Kesukarelawan ILKBS - Touch Point Di Bawah Cabinet Away Day 2017 Kali Ini Diadakan Di Parlimen Jerlun.Antara Aktiviti Yang Diadakan Adalah Seperti Berikut

    - Tukar minyak hitam (200 unit)
    - Pendawaian elektrik (3 buah tadika)
    - Gotong-royong
    - Kimpalan (frame banner)

    Written on Sabtu, 25 November 2017 17:24
  • Program Sukarelawan ILKBS Parlimen Alor Setar

    SEBERANG PUMPONG, ALOR SETAR, 18 November 2017 - Program Kesukarelawan ILKBS - Touch Point Di Bawah Cabinet Away Day 2017 anjuran IKBN Jitra telah memberikan khidmat penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada penduduk setempat siang tadi bertempat di Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar. Selain itu para sukarelawan juga telah menambahbaik sistem pendawaian elektrik di surau, tadika dan membuat tempat bacaan talkin di kampung tersebut.
    Program ini merupakan anjuran IKBN Jitra dengan mendapat kerjasama dari Pejabat ADUN Bakar Bata, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Pejabat KEMAS dan KOSPEN. 
    Para penduduk mula memenuhi tapak program seawal jam 8.00 pagi dengan menyertai senamrobik yang dianjurkan oleh KOSPEN. Penduduk setempat juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma. 
    Selain itu, Pejabat ADUN Bakar Bata telah menyumbangkan cermin mata secara percuma kepada orang ramai yang mengalami masalah penglihatan. 
    Program ini dirasmikan oleh Ybg Dato Haji Abd Kadir Bin Mohamad, Pegawai Khas Kawasan Kepada YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah.

    Written on Sabtu, 18 November 2017 17:39
  • Program Kesukarelawan ILKBS Parlimen Changlun

    CHANGLUN, KUBANG PASU, 16 Nov 2017 - Seramai 200 penduduk Kampung Felda Batu 8 hari ini berpeluang untuk menukar minyak enjin motosikal secara percuma sempena Program Kesukarelawan ILKBS - Touch Point Di Bawah Cabinet Away Day 2017. Perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Sukarelawan ARP yang terdiri daripada pelajar IKBN Jitra dari jurusan Automotif. 
    Tidak setakat itu, sukarelawan ARP dari jurusan Elektrik, Mekanikal dan Batik juga turut sama memberikan khidmat sukarela dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik, kimpalan dan gotong-royong. 
    Penglibatan dan sumbangan mereka dalam program ini telah banyak memberikan impak yang positif di kalangan masyarakat setempat. Rata-rata memuji dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. 
    Program ini mengamalkan konsep NBOS dengan mendapat kerjasama dari Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Daerah Kubang Pasu, dan JKKK Kg.Felda Batu Lapan dimana sebuah program anjuran MDKP iaitu Karnival Khidmat Masyarakat turut diadakan.

    Kehadiran YB Dato’ Sri Mohd Johari Baharum selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu merangkap Timbalan Menteri Pertahanan telah memeriahkan lagi program yang diadakan. Turut hadir ialah Datuk Samsuddin selaku Pengerusi JKKK Kampung Felda Batu Lapan dan Pengarah IKBN Jitra, Mohd Saipuddin Zakaria.

    Written on Khamis, 16 November 2017 17:46
  • Program Kesukarelawan ILKBS di DUN Bukit Kayu Hitam

    BUKIT KAYU HITAM, 10 NOV 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra dengan kerjasama Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan JKKK Kampung Padang Satu telah mengadakan Program Kesukarelawan ILKBS di DUN Bukit Kayu Hitam. 
    Antara pengisian program ini ialah Penukaran 200 Minyak Hitam Motosikal secara percuma, membaiki pendawaian elektrik dan gotong-royong. 
    Selain itu, Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam di bawah kepimpinan YB Dato Ahmad Zaini Japar telah memberikan sumbangan kepada asnaf-asnaf di kawasan ini berupa beras dan barang-barang keperluan harian. 
    Turut hadir pada program ini ialah Pengarah IKBN Jitra, En.Mohd Saipuddin Zakaria.

     

    Written on Jumaat, 10 November 2017 17:50
  • Juara Futsal Lelaki dalam Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-31

    TAHNIAH... TAHNIAH... TAHNIAH...

    Pasukan Futsal Lelaki IKBN Jitra yang lebih dikenali Jitra Eagle telah menjuarai acara Futsal Lelaki dalam Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-31 bertempat di IKBN Bandar Penawar, Johor pada 29 -31 Oktober 2017.

    Terima Kasih kepada yang semua yg terlibat membantu secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan misi menjuarai acara Futsal pada kejohanan tersebut.

    Keputusan Perlawana Pasukan Jitra Eagle pada Kejohanan.

    JITRA EAGLE FUTSAL TEAM 2017

    Peringkat Kumpulan

    1) IKBN JITRA 5 vs 0 AKBG

    2) IKBN JITRA 3 vs 0 IKBN DUSUN TUA

    3) IKBN JITRA 2 vs 1 IKTBN B.MERTAJAM

    4) IKBN JITRA 0 vs 0 IKBN WAKAF TAPAI

    5) IKBN JITRA 2 vs 0 IKBN K.PERLIS

    Suku Akhir

    6) IKBN JITRA 3 vs 0 IKBN PERETAK

    Separuh Akhir

    7) IKBN JITRA 3 vs 2 IKBN SERI ISKANDAR

    Perlawanan Akhir

    8) IKBN JITRA 3 vs 0 IKTBN ALOR GAJAH

    Written on Selasa, 31 October 2017 17:59
  • Program Khidmat Masyarakat Di Surau/Dewan JKKK Kg.Kubu Mukim Binjal

    JITRA, 28 Oktober 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra telah mengadakan satu program berbentuk khidmat masyarakat di Surau/Dewan JKKK Kg.Kubu, Mukim Binjal di Jitra.

    Written on Selasa, 31 October 2017 10:17 Read more...
  • SIC Racing Team berbesar hati menempatkan seorang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara Jitra sebagai Technical Team

    SEPANG, 29 Oktober 2017 - Perlumbaan Malaysia MotoGP 2017 telah berlangsung bermula 27 - 29 Oktober 2017 di Litar Antarabangsa Sepang(SIC). Pihak SIC melalui pasukan perlumbaan Moto3 iaitu SIC Racing Team berbesar hati menempatkan seorang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara Jitra iaitu Mohd Syafiridhwan Bin Zahari dalam Jurusan Penyelenggaraan Motosikal, Semester 4 bersama - sama SIC Racing Team sbg technical team.

    Written on Ahad, 29 October 2017 10:18 Read more...
  • Inovasi Dibawah Program SUPERB TERAJU Di MAGIC Cyberjaya

    Cyberjaya - 26 Oktober 2017 - IKBN Jitra melalui jurusan Rekaan Batik telah menghantar satu penyertaan Inovasi dibawah Program SUPERB TERAJU di MAGIC Cyberjaya.Penyertaan ini telah dihadiri oleh bekas pelajar IKBN Jitra jurusan Rekaan Batik iaitu Muhamad Shafiq bin Zakaria dan diiringi oleh 2 pegawai IKBN Jitra iaitu En Husairi Bin Md Taib dan Puan Khatijah Md Tahir.

     

    Written on Khamis, 26 October 2017 09:56
  • Lawatan Sekolah Men.Keb.Darulaman Height Ke IKBN Jitra

    Jitra , 26 Oktober 2017 - Bengkel Batik IKBN Jitra telah menerima satu lawatan dari Sekolah Men.Keb.Darulaman Height .Seramai 37 orang pelajar diiringi dengan 2 orang pengajar mengikuti lawatan ini. Lawatan dan aktiviti kokurikulum ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ini adalah seperti T'Shirt Silk Screen,Diy beg (Tie dye) dan Tie Dye T'Shirt.Jutaan terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Height kerana sudi membuat lawatan ke IKBN Jitra.

    Written on Khamis, 26 October 2017 09:27
  • Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2017

     

    MERGONG, 14 OKT 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra hari ini menyahut seruan kerajaan dalam membentuk sebuah negara bersukan atau ‘sporting nation’ dengan menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2017 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong di Alor Setar. 


    Hari Sukan Negara pada tahun ini jatuh pada 14 Oktober 2017 dan merupakan tahun ketiga disambut di seluruh negara. Di peringkat Negeri Kedah, HSN 2017 di rasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Kedah. Turut hadir ialah EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Dato’ Aminuddin Omar, Hj Mohd Salleh Ramli (Pengarah JBSN Kedah), dan Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Zakaria. 

    Written on Ahad, 15 October 2017 07:39
  • PENJELAJAHAN LASAK ARPRM UJI KETAHANAN PELATIH IKBN JITRA

    7 OKTOBER 2017, Sabtu – “Para pelajar perlu menimba serta memanfaatkan sebaiknya ilmu rekreasi luar  yang diperolehi dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra”. Demikian saranan oleh Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saifuddin Bin Zakaria ketika berucap di majlis penutup program tersebut.

    Tambah beliau lagi, ilmu rekreasi luar merupakan antara pelbagai program yang direncanakan pihak pengurusan IKBN Jitra sebagai nilai tambah kepada semua pelatih di institut ini supaya mereka kelak bukan sahaja mempunyai kepakaran di dalam bidang kemahiran sahaja malah turut bersiap siaga dengan pelabagai ilmu serta kemahiran tambahan.

    Program selama tiga hari dua malam yang melibatkan seramai 120 pelajar tersebut merupakan aktiviti wajib dwi tahunan bagi semua peserta program ARPRM IKBN Jitra bagi melengkapkan elemen penjelajahan lasak untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.

    Pelbagai aktiviti lasak yang mencabar mental dan fizikal telah direncanakan khusus untuk melatih para peserta disamping membina semangat berpasukan dan sifat setia kawan. Antaranya, aktiviti jalan lasak sejauh 10 kilometer secara berkumpulan bagi melatih ketahanan para peserta disamping turut diajar cara membaca peta.

    Mereka juga terpaksa keluar dari zon selesa apabila perlu tidur di dalam khemah yang dibina mereka serta perlu memasak untuk persediaan makan mereka. Selain itu, antara aktiviti mencabar yang turut diadakan ialah aktiviti berakit berpasukan  di mana kerjasama mereka diuji kerana aktiviti tersebut memerlukan semangat kerjasama jitu.

    Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi di masa akan dating kerana ia bukan sahaja mampu melatih pelajar dengan ilmu asas kemahiran hidup malah ia juga mampu membina jati diri serta semangat esprit de corp.

    Written on Khamis, 12 October 2017 14:15
  • Pasukan Inovasi Produk IKBN Jitra telah mendapat 2 Gold Award

    Kota Bharu : 8 -11 Oktober 2017 bertempat di Politeknik Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung Corporate & Agency Exhibiton And Innovation Competition sempena 7th CiE-TVET (Conference in Education On Technical and Vocational Education and Training) 2017 anjuran Politeknik Malaysia. Mengambil peluang yang ada dan sokongan daripada pihak pengurusan maka Pasukan Inovasi IKBN Jitra telah menghantar 2 penyertaan Inovasi Pelajar bagi menyertai pertandingan ini.

    Membawa idea produk inovasi Versatile Ironing Board dan Batik Bamboo Blinds sebagai produk inovasi yang mempunyai impak yang tinggi kepada masyarakat dan komuniti. Disertai oleh 2 orang pelajar Semester 3 jurusan Kimpalan dan 2 orang pelajar Semester 3 jurusan Batik, penyertaan kali ini dilihat sebagai usaha dalam mengetengahkan produk inovasi selain mencari peluang rangkaian pemasaran produk. Bersaing bersama 76 produk inovasi lain Pasukan Inovasi Produk IKBN Jitra telah mendapat 2 Gold Award selain turut memenangi tempat pertama (johan) kategori produk inovasi untuk produk Versatile Ironing Board yang membawa pulang wang tunai RM600.00 beserta sijil dan produk Batik Bamboo Blinds telah menerima hadiah saguhati dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan.

    Semoga kejayaan ini terus dapat membuka ruang dan peluang serta memberi galakan kepada semua pelajar-pelajar IKBN Jitra dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang baharu dan berimpak tinggi selain dapat membudayakan inovasi kepada semua warga IKBN Jitra. TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pelajar yang telah bersama Pasukan Inovasi IKBN Jitra serta TERIMA KASIH juga PENGHARGAAN kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini.

    Written on Khamis, 12 October 2017 07:40
  • Kuliah Fiqh Wanita

    IKBN Jitra ;7 Oktober 2017:Bertempat di Surau Mawaddah IKBN Jitra,Unit Agama Islam IKBN Jitra sekali lagi menganjurkan majlis ilmu bagi mengisi hari cuti para pelajar IKBN Jitra.Satu Kuliah Wanita telah diadakan pada hari sabtu,7 Oktober 2017 telah disampaikan oleh Ustazah Che Nazrah Binti Yusof yang bertajuk Fiqh Wanita.Kuliah Ini Bermula Jam 11 Pagi dan semua pelajar wanita dan beberapa pegawai ikbn jitra turut serta dalam kuliah ini bagi memeriahkan dan menimba ilmu .

     

     

    Written on Sabtu, 07 October 2017 12:43
  • Kuliah Jumaat

     

    Surau Mawaddah , 6 Oktober 2017:Sebelum Menunaikan Solat Jumaat,satu Kuliah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Mahathir Bin Ahmad di Surau Mawaddah IKBN Jitra.Tajuk Kuliah ini Ialah Syoknya Jumaat.Pendekatan yang disampaikan oleh penceramah kali ini amat menarik kerana kuliah beliau disusuli dengan lawak jenaka yang berilmu bagi membolehkan para pelajar dan jemaah solat jumaat surau mawaddah tidak boring dan mengantuk.Selepas selesai kuliah jumaat,Ustaz Mahathir seterusnya menjadi Khatib dan Imam Solat Jumaat di Surau IKBN Jitra.

    Written on Jumaat, 06 October 2017 12:55
  • Majlis Perjumpaan Oleh SUB Sumber Manusia En. Ahmad Huzairi Bin Rawee

    IKBN Jitra;27 September 2017 :Bertempat di Perpustakaan IKBN Jitra,Satu Majlis Perjumpaan Oleh SUB SUMBER MANUSIA ,Kementerian Belia dan Sukan En. Ahmad Huzairi Bin Rawee Dengan Semua Pegawai Dan Kakitangan IKBN Jitra.

    Written on Rabu, 27 September 2017 12:27
  • Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017

    Pada 16 hingga 17 September 2017 berlangsung Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017 Round 4 di Sepang International Circuit (SIC)Sepang, Selangor.Seramai 3 orang pelajar semester akhir Tahap 3 dan 2 orang pelajar yang sedang praktikal terpilih menyertai Team Promax Suzuka Oil Racing sebagai Kru dan mekanik bagi menghadapi saingan dalam pertandingan tersebut dan dibantu oleh seorang Tenaga Pengajar iaitu Encik Hafizan Bin Ab. Halim dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Pelumba dari Indonesia iaitu Surya Narayana sekali lagi turut menyertai Team Promax Suzuka Oil di samping pelumba sedia ada iaitu saudara Luth Harith Bin Erwan.

    Bertambah manis pasukan ini telah berjaya mendapat tempat pertama dan kedua dalam perlumbaan tersebut untuk menaiki podium.

    Kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar dan para pelajar IKBN Jitra semasa pertandingan tersebut berlangsung mendapat pujian daripada                    Encik Erwan Bin Ahmad selaku pengurus dan jurulatih pasukan. Secara keseluruhannya beliau rasa amat berpuas hati sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

    Pengarah IKBN Jitra, Encik Saipuddin Bin Zakaria turut meluangkan masa menghadiri pertandingan tersebut selama dua hari berturut-turut dan melahirkan rasa bangga di atas kejayaan ini dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sepanjang berlangsungnya perlumbaan tersebut.

    Written on Isnin, 25 September 2017 14:28
  • Majlis Pelancaran EKSA IKBN Jitra

    Satu Majlis Pelancaran penjenamaan semula Sistem 5S iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat IKBN Jitra telah diadakan pada Khamis,7 September 2017 bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKBN Jitra. Pelancaran disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah IKBN Jitra. Secara khususnya, objektif pelancaran ini adalah untuk melancarkan logo EKSA IKBN Jitra dan seterusnya bagi memberi kefahaman yang jelas tentang fungsi dan penglibatan setiap kakitangan untuk meningkatkan imej korporat, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan 'stakeholders', memperluaskan pelaksanaan di institusi dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

    Written on Isnin, 25 September 2017 14:12
  • BENGKEL SUSULAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

    BENGKEL SUSULAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

    IKBN JITRA, 20 September 2017 – Satu Lagi Susulan Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Perpustakaan IKBN Jitra pada 18-20 September 2017. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Auditor Dan Audite IKBN Jitra telah menghadiri kursus selama 3 hari. Pemudahcara adalah En Wan Hisham Balkiah Wan Hassan daripada RK Rakan Kualiti Dan konsultansi. Objektif kursus ini adalah untuk memberi penekanan secara menyeluruh mengenai Sistem Audit Dalaman Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 .IKBN Jitra Sedang Menjalankan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 Bagi Mencapai KPI(Key Performence Index) Kementerian Belia Dan Sukan.

    Written on Isnin, 25 September 2017 09:39
  • BENGKEL AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

    BENGKEL AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

    IKBN JITRA, 11 September 2017 – Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Perpustakaan IKBN Jitra pada 10-11 September 2017. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan IKBN Jitra telah menghadiri kursus selama 2 hari. Pemudahcara adalah En Wan Hisham Balkiah Wan Hassan daripada RK Rakan Kualiti Dan konsultansi. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan secara komprehensif mengenai amalan dan pengetahuan berhubung Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 selain memberi pendedahan terhadap keperluan audit terbaharu termasuk prosedur audit dalam dan proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan komitmen wakil pengurusan supaya Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Written on Isnin, 25 September 2017 07:47
  • MEKANIKAL

    TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

     

    1- KIMPALAN :

    Sinopsis kursus :

    Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang semua kaedah dan teknik kedudukan mengimpal serta proses kimpalan yang  meliputi teknik kimpalan arka dan teknik kimpalan gas arka dan kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal.Pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan prinsip pemeriksaan kimpalan iaitu ujian musnah dan tanpa musnah.

    Persijilan

    Pelajar akan dianugerahkan :

    • Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

    Tempoh Kursus

     

    PROGRAM SEMESTER TEMPOH
    Sijil Lanjutan 1 6 bulan
    2 6 bulan
    3 6 bulan
    4 6 bulan
    Latihan industri 3 bulan

    Prospek kerja

    1. Juruteknik kimpalan
    2. Usahawan dalam bidang berkaitan
    3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran
    4. Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi 

     

    2 - OPERASI PEMISINAN :

    Written on Isnin, 25 September 2017 06:43
  • Penyelenggaraan Motorsikal IKBN Jitra menyertai team Suzuka Oil Racing sebagai kru teknikal dalam perlumbaan Pirelli Malaysian Motorbike

    SEPANG, 17 SEPTEMBER 2017 - Seramai 5 orang pelajar jurusan Penyelenggaraan Motorsikal IKBN Jitra menyertai team Suzuka Oil Racing sebagai kru teknikal dalam perlumbaan Pirelli Malaysian Motorbike di sini hari ini.

    Kru teknikal dianggotai oleh 3 orang pelajar semester akhir iaitu Syafiq Iziddin bin Ismail, M. Nasrul Nizam bin Nadzri, M. Zikri Hanis bin Ayop dan 2 orang pelajar OJT iaitu M. Firdaus bin Ahmad dan Mohamad Burqan bin Karim.

    Terima kasih kepada team Suzuka Oil Racing kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada pelajar IKBN Jitra sebagai kru teknikal.

     

    Written on Ahad, 17 September 2017 12:20
  • PROTON SAFETY AWARENESS PROGRAM

    PROTON SAFETY AWARENESS PROGRAM

    13th September 2017

     

    Objektif Program:

    1. Sebagaisebahagiandaritanggungjawabkorporat, PROTONmemulakansesiperkongsianpengetahuantentangkeselamatankenderaandanmenyasarkanpelajaruniversitidalam program inibagimemupukkesedarantentangkepentingankeselamatankenderaanmereka.
    2. Selainitu, program initurutmemberipendedahantentangtahap-tahapciri-cirikeselamatankenderaan protonsertafungsidanbagaimanaianyamampuuntukmenyelamatkannyawakitadaninsantercinta.

    Kelebihan Program:

    1. Iaakanmenjadisatulandasan yang baikbukansahajakepadakepadapelajarmalahkepada orang ramaidalamuntukmenimbailmudanmemahamitentangkeselamatankenderaansecaramenyeluruhsertaberpeluanguntukmemanduuijkereta.
    2. Satuusahabagimengeratkanlagiperhubunganduahalasertakerjasama di antarainstitusipengajiantinggidenganpihakindustri demi kepentinganbersama.

    NamaPenceramah

    En Zulkarnain bin Yacob, Manager of Project Management Office

    Kandungan Program

    1. CeramahKesedaranKeselamatanKenderaan
    2. SudutKeselamatan
    3. PameranKenderaan PROTON
    4. Uji Pandu Kenderaan PROTON
    Written on Rabu, 13 September 2017 12:17
  • Seminar Solat Cara Nabi Muhammad S.A.W

    Jitra;26 Ogos 2017 :Satu Seminar Solat Cara Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan di Surau Mawaddah IKBN Jitra Pada hari sabtu,26 Ogos 2017 .Seminar ini disampaikan oleh Ustaz Syihabuddin Ahmad Bin Md Yatim.

    Semua Pelajar IKBN Jitra terlibat dalam seminar ini sekaligus memperbaiki cara solat disamping berzikir dan mengingati Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W

      

    Written on Sabtu, 26 August 2017 12:14
  • Hari Kesenian Islam

    Jitra; 15 Ogos 2017: Unit Agama Islam IKBN Jitra sekali lagi menganjurkan Hari Kesenian Islam Peringkat IKBN Jitra.Bertempat di Surau Mawaddah IKBN Jitra,program ini telah dijalankan selepas solat maghrib pada Hari Rabu,14 Ogos 2017.Antara pengisian program Hari Kesenian Islam ini ialah Pertandingan Kuiz antara kumpulan dimana setiap kumpulan mempunya wakil 3 orang.

     

     

    Written on Isnin, 14 August 2017 11:48
  • TAKLIMAT BERKAITAN HIV DAN AIDS BERSERTA DERMA DARAH

    3 OGOS 2017, Jitra - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu hari ini telah mengadakan Sesi Taklimat dan Perkongsian berkaitan HIV dan AIDS serta melakukan ujian saringan HIV/AIDS kepada semua pelajar di IKBN Jitra. 
    Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu mengenai bahaya HIV/ AIDS serta kesan terhadap individu dan masyarakat. Selesai sahaja taklimat, para pelajar yang terpilih telah membuat ujian saringan HIV/AIDS dan derma darah.

     

    Written on Khamis, 10 August 2017 08:45
  • CERAMAH AGAMA BERSAMA PU THOWI

    9 OGOS 2017, Jitra - Unit Agama IKBN Jitra telah menganjurkan Ceramah Agama bertajuk Ikhlas Dalam Beribadah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Thowi(PU Thowi). 
    Program ini diadakan bagi memberi pengertian dan kefahaman kepada pelajar IKBN Jitra tentang kepentingan Solat, Fadhilat Solat serta cara menunaikan Solat dengan betul.

     

    Written on Khamis, 10 August 2017 08:34
  • Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017 3nd Series

    Pada 28 hingga 30 Julai 2017 telah berlangsung Pirelli Malaysia SuperbikeChampionship 2017 3nd Series di Sepang International Circuit (SIC)Sepang, Selangor.Seramai 3 orang pelajar semester akhir Tahap 3 terpilih menyertai Pasukan Bikers Galery Alor Setar sebagai Support Team bagi menghadapi saingan dalam pertandingan tersebut

    dan dibantu seorang Tenaga Pengajar iaitu Encik Hafizan Bin Ab. Halim dari Bahagian Penyelenggaraan Motosikal Jabatan Automotif IKBN Jitra, Kedah.

    Pasukan Bikers Galery Alor Setar buat pertama kalinya mendapat penyertaan daripada pelumba Indonesia iaitu Surya Narayana. Pelumba tersebut tidak menghadapi sebarang masalah walaupun pertama kali menyertai perlumbaan di Litar Sepang.

    Dalam perlumbaan kali ini Pasukan Bikers Galery Alor Setar telah berjaya mendapat tempat ke 5 dan ke 2 dalam perlumbaan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

    Pelajar-pelajar yang terpilih memberikan komitmen tinggi dan mendengar setiap arahan dari masa ke semasa serta menjalankan tugasan dengan begitu baik sekali sepanjang pertandingan tersebut dan mendapat pujian daripada Pengurus pasukan iaitu Encik Erwan.

    Dalam pada itu IKBN Jitra juga telah diberikan sepenuh kepercayaan olehPasukan Bikers Galery Alor Setar untuk melatih pelajar-pelajar baru dalam menceburi bidang perlumbaan sebagai mekanik dan crew pada pertandingan pada masa hadapan dan mendapat sokongan yang jitu daripada Encik Mohd Saifudin Bin Haji Zakaria selaku Pengarah IKBN Jitra.

     

    Written on Selasa, 08 August 2017 12:55
  • Taklimat 1govuc Oleh MAMPU

    Jitra;12 Julai 2017 : Bertempat di Dewan Ibnu Sina IKBN Jitra,Satu taklimat berkaitan Email 1govuc yang disampaikan oleh Pegawai dari MAMPU.

    Semua staf dan kakitangan IKBN Jitra telah menghadiri taklima ini bagi mendapatkan maklumat secara dekat berkaitan Email yang selalu digunakan dalam urusan kerja seharian

    Written on Rabu, 12 July 2017 11:40
  • Majlis Khatam Al-Quran IKBN Jitra 2017

    Majlis Khatam Al-Quran IKBN Jitra 2017


    Surau Mawaddah IKBN Jitra, Pada 13 Jun 2017 bersamaan 18 Ramadhan 1438H yang lalu, IKBN Jitra telah mengadakan Satu Majlis Khatam Al-Quran
    bertempat di surau mawaddah IKBN Jitra. Berlansungnya Majlis Khatam Al-Quran melibatkan semua pelajar IKBN serta pegawai.
    Program ini diadakan setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, sepanjang Ramadhan pelajar akan terlibat dengan tadarus Al-Quran dan diakhirnya diadakan majlis khatam Al-Quran.


    Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Afifi.

    Written on Selasa, 13 June 2017 11:38
  • Kuliah Dhuha Ramadhan

    IKBN Jitra  : Bertempat di Surau Mawaddah IKBN Jitra,satu Kuliah Dhuha Sempena Bulan Ramadhan telah diadakan pada 1 Jun 2017 iaitu Hari Khamis pada jam 8.30 Pagi.Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu.

    Kuliah Dhuha Ramadhan ini telah disampaikan oleh Syeikh Hazizan Bin Mat Desa,Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal(JHEAINK)

     

    Written on Khamis, 01 June 2017 11:18
  • Kuliah Maghrib Bersama PU Amir

    18 Mei 2017, Surau MAwaddah IKBN Jitra - Unit Agama IKBN Jitra sekali lagi telah menganjurkan Kuliah Agama Selepas Solat Maghrib yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Amir(PU Amir). 
    Prorgam ini amat sesuai kepada peara pelajar IKBN Jitra kerana tajuk Kuliah Maghrib ini ialah Belia Berkemahiran Bertakwa.sProgram ini diadakan bagi memberi pengertian dan kefahaman kepada pelajar IKBN Jitra tentang kepentingan peranan seorang belia yang masih belajar dan mengambil jurusan supaya lebih bersyukur dan bertakwa kepa Allah.

    Written on Khamis, 18 May 2017 11:03
  • Ceramah Agama Oleh Syeikh Mohd Rasydan Bin A Rahman

    Surau Mawaddah,15 Mei 2017, Jitra - Unit Agama IKBN Jitra telah menganjurkan Ceramah Agama bertajuk Kesalahan Jenayah Syariah Dan Hukumnya yang disampaikan oleh Syeikh Mohd Rasydan Bin A Rahman.
    Program ini diadakan bagi memberi pengertian dan kefahaman kepada pelajar IKBN Jitra tentang Kesalahan jenayah syariah yang terjadi di sekeliling persekitaran kita.

     

     

    Written on Isnin, 15 May 2017 10:57
  • PROGRAM BELIA IKBN JITRA MASUK KAMPUNG SIRI 1/2017

    JITRA, 15 FEBRUARI 2017 – IKBN Jitra dengan kerjasama Pejabat Adun Bukit Kayu Hitam telah menganjurkan Program Belia IKBN Jitra Masuk Kampung. Program bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Agensi Kerajaan dengan masyarakat setempat disamping mempromosikan IKBN Jitra sebagai sebuah Institut yang menawarkan latihan kemahiran yang tersusun serta menekankan penerapan nilai-nilai jati diri yang unggul dan kerohanian kepada para pelajar.

    Program berlangsung di Kampung Teluk Berangan, Mukim Gelong, Kedah dengan melibatkan beberapa aktiviti dijalankan bermula seawal jam 8 pagi. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti servis motosikal percuma kepada 80 unit kenderaan, membersihkan tanah perkuburan, menaiktaraf pendawaian elektrik dan pemasangan dua unit penghawa dingin baharu disurau Kampung Teluk Berangan.

    Majlis perasmian disempurnakan Ahli Undangan Negeri Dun Bukit Kayu Hitam, YB Dato Hj Zaini Bin Jaafar. Turut hadir, Pengarah IKBN Jitra, Penghulu Mukim Gelong, JKKK Kampung Teluk Berangan serta penduduk kampung yang berjaya mengumpulkan kira-kira 200 orang penduduk.

    Written on Selasa, 18 April 2017 08:44
  • PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ANUGERAH REMAJA PERDANA BELIA IKBN JITRA KE GUNUNG JERAI 2017
    JITRA, 4 MAC 2017 – IKBN Jitra dengan kekuatan 24 orang pelajar jurusan Kimpalan menyertai program penjelajahan lasak yang bertempat di Hutan Simpan Gunung Jerai. Program selama 3 hari tersebut juga turut dihadiri oleh En Mazlan yang merupakan pegawai perhutanan yang bertugas semasa program berlangsung dan beliau juga turut memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan keselamatan dan peraturan semasa berada di sana.

    Antara objektif program ini ialah penerapan nilai-nilai kerjasama, mengukuhkan jati diri, mempunyai keyakinan diri, semangat berpasukan dan sayang kepada alam sekitar. Selain itu, program ini juga dilihat untuk memberi galakan kepada para peserta agar mampu untuk memenangi sekurang-kurangnya anugerah gangsa bagi Program Anugerah Remaja Perdana dibawah selian Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS. Hadir pada majlis penutupan tersebut telah dikendalikan oleh pegawai IKBN Jitra iaitu En. Azhar.
     
      
     
    Written on Selasa, 18 April 2017 08:32
  • PELAJAR IKBN JITRA SERLAHKAN BAKAT DI LITAR SEPANG

    SEPANG, 20 MAC 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Jitra sentiasa mencari ruang bagi meningkatkan kemahiran para pelajar serta menyerlahkan potensi mereka dalam bidang yang diceburi”. Demikian ulas Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria mengenai penglibatan pelajarnya di dalam Malaysia Superbike Championship 2017 yang berlangsung di Litar Sepang pada 17 hingga 19 Mac 2017 lalu.

    Beliau sentiasa memberi sokongan penuh terhadap penglibatan pelajar-pelajarnya dalam bidang seumpama ini kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran sedia ada mereka, malahan dapat memberi nilai tambah serta pendedahan kepada para pelajar apabila bekerja dalam situasi sebenar suatu hari nanti.

    Seramai tiga orang pelajar jurusan Penyelenggaraan Motosikal IKBN Jitra telah terpilih bagi menyertai Pasukan Bikers Galery dari Alor Setar, Kedah sebagai Support Team bagi menghadapi saingan di dalam pertandingan kali ini. Mereka ditugaskan untuk mengawal keadaan motosikal yang terlibat secara langsung di dalam perlumbaan iaitu sebelum berlangsungnya perlumbaan, semasa dan selepas tamat pertandingan.

    Mereka juga diberi pendedahan tentang prosedur perlumbaan, pengendalian jentera dan menguji kemahiran yang telah dipelajari di dalam proses pembelajaran di IKBN Jitra. Mereka turut diberi penekanan terhadap kaedah kerja di dalam situasi sebenar serta kerjasama berpasukan yang amat penting bagi menjamin kemenangan sesebuah kumpulan.

     

    Written on Selasa, 18 April 2017 08:28
  • Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil Ke Bengkel Batik IKBN Jitra

     

    30 Mac 2017,IKBN Jitra : IKBN Jitra Telah Menerima Satu Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil  Untuk  Melawat Bengkel Batik IKBN Jitra.Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil Telah Disambut Oleh Ketua Bahagian Batik Puan Khadijah Pada Jam 9.30 Pagi.

    Lawatan ini Bertujuan Melihat Lebih Dekat Hasil Kerja Yang Telah Di Lakukan Oleh Pelajar Jurusan Batik IKBN Jitra Disamping Bertukar Pendapat Antara Guru Dan Murid Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil Dengan Pegawai Dan Pelajar IKBN Jitra.

      

    Written on Ahad, 09 April 2017 08:09
  • Lawatan Mesra Dari ESQUEL MALAYSIA SDN BHD IKBN Jitra

    4 April 2017,IKBN Jitra : Satu Lawatan Mesra Dari Syarikat Esquel Malaysia Ke IKBN Jitra Pada 3 April 2017 Jam 10 Pagi.Esquel Malaysia Sdn Bhd Merupakan Sebuah Kilang Tekstil Yang TErletak Di KAwasan PErindustrian Bayan LEpas, Pulau Pinang.Kilang Ini Merupakan Pembuat PAkaian Berjenama Untuk Di Eksport Ke Luar Negara Terutamanya Eropah Dan Amerika Syarikat.

    Memandangkan IKBN Jitra Menawarkan Jurusan Jahitan,Maka Pihak Syarikat Berpendapat Bahawa Pelajar Lepasan IKBN Jitra Boleh Diserap Untuk Bekerja Dalam Insdustri Textil.

    Oleh Yang Demikian,Pihak Syarikan Dan Pengurusan IKBN Jitra Telah Mengadakan Perbincangan Lanjut Serta Sesi Penerangan Kepada Pelajar IKBN Jitra Berkaitan Kekosongan Jawatan Dan Peluang Bekerja Dengan Syarikat Esquel Disamping Mendapat Faedah Dan Kemudahan Dari Syarikat.

     

    Written on Ahad, 09 April 2017 07:58
  • KULIAH JUMAAT OLEH DAI IRFAN

    JITRA, 9 April 2017 – Satu Kuliah Jumaat Telah Di Sampaikan Oleh Ustaz Irfan Atau Lebih Dikenali Dengan Dai Irfan Di Surau Al-Mawaddah, IKBN Jitra Pada 7 April 2017 Pada Jam 12.30 Tengah Hari.

    Pengisian Kuliah Sebelum Solat Jumaat Ini Yang Bertajuk “Mati Any Time” Dapat Memberi Sedikit Sebanyak Ilmu Terutamanya Kepada Pelajar IKBN Jitra Khususnya Dan Jemaah Lain Amnya.

    Seterusnya,Dai Irfan Memimpin Bacaan Khutbah Pada Solat Jumaat Di Surau IKBN Jitra Yang Bertajuk Kehebatan Manusia Dan Seterusnya Memimpin Solat Jumaat .

    Jutaan Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Dai Irfan Yang Sudi Memberi Ceramah Dan Menjadi Imam Solat Jumaat Di IKBN Jitra Pada Minggu Ini.

    Written on Ahad, 09 April 2017 07:56
  • Perpindahan Puan Azlina Ke JBS Perak

    IKBN Jitra,1 Mac 2017– Bahagian Pentadbiran IKBN Jitra telah mengadakan satu majlis perpisahan sempena pertukaran salah seorang kakitangan jabatan iaitu Puan Azlina Binti Mohd Adnan, Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak berkuat kuasa 6 Mac 2017 yang lalu. Majlis kecil kecilan ini juga bagi memperingati jasa beliau sepanjang menabur bakti di IKBN Jitra. Pengarah IKBN jitra, En Mohd Saipuddin bin Zakaria turut hadir di dalam majlis tersebut bagi memberi kata-kata semangat serta peransang untuk beliau berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru kelak.

     

    Written on Rabu, 01 March 2017 16:17
  • Lawatan PM ke Booth 'Batik Celop' IKBN Jitra

    Alor Setar,13 Februari 2017:Bertempat Di Dataran Menara Alor Setar,Pengarah IKBN Jitra, En. Mohd. Saipuddin Bin Zakaria Sempat Bergambar Kenangan Bersama Perdana Menteri Malaysia Dan Isteri Dalam Sesi Penyampaian Cenderamata Sewaktu Lawatan PM ke Booth 'Batik Celop' IKBN Jitra Sempena Showcase of Talent, Program Gen-Y with PM pada 12 Februari 2017 .

    Written on Isnin, 13 February 2017 10:33
  • PROGRAM MESRA BOWLING PENGHUNI kUATERS IKBN JITRA

    PROGRAM MESRA BOWLING PENGHUNI kUATERS IKBN JITRA

    25 JANUARI 2017. Jitra Mall.    Mengeratkan hubungan dan kemesraan di antara keluarga penghuni kuaters IKBN Jitra adalah elemen yang sangt penting. Sehubungan dengan itu, Kelab Kuaters d IKBN Jitra  baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Bowling untuk semua ahli penghuni kuaters.

    Aktiviti santai seumpama ini menjadi medium untuk bermesra bersama keluarga serta mengenali antara satu sama lain di kalangan kakitangan. Dokongan dan sokongan yang kuat dari Pengurusan IKBN Jitra menjadi pemangkin dan kejayaan program seperti ini. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Kelab Kuaters yang berjaya menganjurkan aktiviti ini.

     

    Written on Sabtu, 21 January 2017 10:43
  • Citra Ibadah – Pesona Muslim

    Unit Agama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Jitra telah menganjurkan program “ Citra Ibadah – Pesona Muslim ” yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 22 hingga 24 september 2016.

    Program tersebut dibuat di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar. Peserta program adalah seramai 100 orang pelajar islam dari jurusan pelukis pelan senibina, pemesinan am dan rekaan batik.

    Program sebegini diadakan adalah untuk memupuk dan membangunkan persona muslim yang sempurna dalam diri dari masa ke semasa melalui pendidikan dan latihan yang berterusan. Selain itu, melahirkan pelajar yang berpesonaliti yang cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Program ini juga dapat menggali dan mengenali kelemahan serta kekuatan personaliti dalam diri terlebih dahulu untuk melakukan penambahbaikan dan menyerlahkan persona diri.

    Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program adalah mengenali diri, aktiviti dan latihan dalam kumpulan, ceramah serta aktiviti riadah.

    Written on Ahad, 25 September 2016 17:21
 
Find us on Facebook
Follow Us