IKBN



KEMASIK

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 

Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera dan Salam 1Belia 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat datang kepada semua pengunjung laman web www.ikbnkemasik.gov.my ini. Laman ini dibangunkan adalah sebagai satu aliran informasi di antara Institut Kemahiran Belia Neagara (IKBN) Kemasik dengan anda semua di mana ianya dicipta bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui talian internet khususnya bagi menyahut seruan kerajaan dalam pengunaan Teknologi Maklumat melalui kaedah-kaedah terkini bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan terkini dan berkualiti".


Saya berharap agar informasi yang disediakan dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan IKBN Kemasik dan secara tidak langsung ianya akan dapat membantu kami dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah organisasi yang melahirkan generasi muda yang "Profesional Terunggul".


Akhir kata, pihak IKBN Kemasik akan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti laman web ini supaya lebih baik dan berinformasi. Oleh yang demikian, kami sentiasa mengalu-alukan pandangan membiana untuk memperbaiki dan memantapkan lagi sistem penyampaian selain menambah input-input terkini melalui kemudahan ini selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Sekian, Terima Kasih


Puan Norlia Binti Abdullah

Pengarah IKBN Kemasik

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us