IKBN



KINARUT

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah (IKBN) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan dibina di atas keluasan tanah 30 ekar. Institut ini telah memulakan operasinya pada 17 Januari 2003 dan terletak kira-kira 24 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu.

 

Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan Bina Insan dan Latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (hands-on) di bengkel-bengkel (70%). Institut ini juga merupakan salah satu pusat kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Elektronik.

 

IKBN ditubuhkan sebagai satu wacana kerajaan dalam menyediakan negara dengan modal insan dan tenaga kerja yang berkemahiran dan berfikiran kelas pertama selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Penubuhan ini juga adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 800 orang apabila beroperasi sepenuhnya.



VISI

Membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan.

MISI

Memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara.



OBJEKTIF

INSTITUSI


Melahirkan belia mahir dalam bidang Kejuruteraan.

Memastikan belia-belia mahir menjadi tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan permintaan industri.

Mengujudkan lebih banyak peluang latihan kemahiran dengan mempelbagaikan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan industri.

Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta ke arah memperluaskan peluang latihan praktikal di industri-industri.

Melahirkan usahawan belia dalam bidang pembuatan mekanikal.



PIAGAM

PELANGGAN


Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.

Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukan adalah lengkap.

Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan.

 
Find us on Facebook
Follow Us