IKBN



KINARUT

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 

 

Pengarah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilllah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinNya, Laman Web IKBN Kinarut, Sabah dapat disempurnakan dengan jayanya. Laman web ini diharapkan menjadi nadi penyampai maklumat tentang IKBN Kinarut sekaligus menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kinarut khusus untuk golongan belia terutamanya warga Sabah. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, generasi muda dituntut mempelbagaikan sumber ilmu pengetahuan serta memantapkan kemahiran dalam bidang-bidang yang kompetitif.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju kearah negara maju, tenaga kerja yang mahir amat diperlukan. Untuk itu, tenaga kerja yang berpengetahuan dan berilmu adalah diperlukan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini agar tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Atas kesedaran bahawa ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa berubah dan berkembang pesat, maka para pekerja terutamanya dalam sektor industri perlu merebut peluang bagi memperoleh maklumat terkini kearah pembangunan tenaga kerja berasaskan pengetahuan.

Sejajar dengan visi dan misi penubuhan IKBN ini, pembangunan modal insan dalam dunia industri negara akan terus berkembang, sumber manusia yang kompeten serta berkemahiran tinggi akan menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Bersama-samalah kita merealisasikan usaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk mentransformasi IKBN kearah menjadi institusi latihan kemahiran belia yang terunggul, lebih efektif serta penyumbang utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir Negara.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

TUAN HAJI RAZALI BIN MOHAMAD

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut

 

 
Find us on Facebook
Follow Us