IKBN



KUALA LANGAT

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Pembangunan institut ini dimulakan sejak tahun 2008 dan telah siap pada 9 Februari 2011. IKBNKL terletak kira-kira 3km dari pekan Banting .


Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke -9 dengan menjadikan ianya IKBN yang ke 4 dibina di Negeri Selangor. Fasa pertama IKBNKL dibangunkan di atas tanah seluas 32 ekar daripada 58.5 ekar meliputi Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kuarters Kakitangan, prasarana seperti Dewan Makan, Asrama Lelaki dan Perempuan, gelanggang futsal, surau dan kawasan riadah. Laluan susur gajah dan wakaf-wakaf disediakan disekitar kawasan institut untuk kemudahan seluruh warga IKBNKL.


Institut muda ini diterajui oleh seorang Pengarah bersama 35 orang pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan lima Jabatan iaitu Jabatan Teknologi Multimedia , Jabatan Teknologi Mekanikal, Jabatan Teknologi Awam dan Jabatan Perkhidmatan Personal dengan tujuh jurusan bagi membolehkan mereka layak memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2,3 dan DKM yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


Pengambilan pertama telah dibuat pada 4 Julai 2011 dengan jumlah pelajar seramai 63 orang. Bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKBNKL mampu mencecah sehingga 500 orang.



VISI

Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

MISI

Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisplin dan berakhlak mulia, berkepimpinan,berkeusahawanan dan berwawasan untuk melahirkan tenaga kerja mahir selaras dengan pembangunan negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI


Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia melalui pelbagai pendekatan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan Negara.



PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memberi pelbagai latihan di dalam berbagai jurusan dan latihan bina diri dalam satu jangka masa yang optimum.
  2. Menentukan kerjaya para pelajar dalam peperiksaan dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan tahap pencapaian 85% ke atas.
  3. Menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organisasi.
  4. Bersedia memberi khidmat runding cara dan susulan serta khidmat nasihat yang berkesan semasa dan selepas latihan.
  5. Meningkat imej dan kewibawaan IKBN Kuala Langat di dalam bidang latihan teknikal dan fizikal di semua peringkat sesuai dengan kehendak semasa.
  6. Bersedia mengurus program latihan dengan sebaik mungkin ke arah melahirkan pelajar yang boleh berdikari serta menambah bilangan usahawan di kalangan belia.
  7. Mewujudkan perhubungan industri untuk memberi panduan dan pilihan kerjaya yang sesuai dengan industri, pendedahan teknologi terkini, pemindahan teknologi dan permintaan tenaga mahir.
 
 
Twitter
Find us on Facebook
Follow Us