LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Pembangunan institut ini dimulakan sejak tahun 2008 dan telah siap pada 9 Februari 2011. IKBNKL terletak kira-kira 3km dari pekan Banting .


Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke -9 dengan menjadikan ianya IKBN yang ke 4 dibina di Negeri Selangor. Fasa pertama IKBNKL dibangunkan di atas tanah seluas 32 ekar daripada 58.5 ekar meliputi Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kuarters Kakitangan, prasarana seperti Dewan Makan, Asrama Lelaki dan Perempuan, gelanggang futsal, surau dan kawasan riadah. Laluan susur gajah dan wakaf-wakaf disediakan disekitar kawasan institut untuk kemudahan seluruh warga IKBNKL.


Institut muda ini diterajui oleh seorang Pengarah bersama 35 orang pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan lima Jabatan iaitu Jabatan Teknologi Multimedia , Jabatan Teknologi Mekanikal, Jabatan Teknologi Awam dan Jabatan Perkhidmatan Personal dengan tujuh jurusan bagi membolehkan mereka layak memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2,3 dan DKM yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


Pengambilan pertama telah dibuat pada 4 Julai 2011 dengan jumlah pelajar seramai 63 orang. Bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKBNKL mampu mencecah sehingga 500 orang.



VISI

Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

MISI

Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisplin dan berakhlak mulia, berkepimpinan,berkeusahawanan dan berwawasan untuk melahirkan tenaga kerja mahir selaras dengan pembangunan negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI


Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia melalui pelbagai pendekatan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan Negara.



PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.
  2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
  3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  4. Memastikan program kerohanian dan jatidiri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan.

PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JAN 2015

PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN FEB 2015

PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MAC 2015

 

Find us on Facebook
Follow Us