IKBN



KUALA LANGAT

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.

Selamat datang ke laman sesawang IKBN Kuala Langat saya ucapkan kepada semua pelayar laman sesawang yang mengunjungi laman portal ini.


Seiring dengan pesatnya pembangunan teknologi maklumat masa kini, maka tidak hairanlah semua maklumat dapat diperolehi hanya dihujung jari. Atas dasar itulah, Portal IKBN Kuala Langat ini dibangunkan bagi memudahkan dan membantu memberi maklumat dan informasi berkenaan hal berkaitan dengan institut ini.


IKBN Kuala Langat merupakan institut paling bongsu di antara 20 IKBN yang lain. Di sini, pelajar-pelajar akan dilatih dan diajar dalam bidang-bidang kemahiran yang amat diperlukan dipasaran buat masa ini. Bidang-bidang ini ditawar dari peringkat Sijil Kemahiran (Tahap 1, 2, 3) hingga ke program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Melalui laman portal ini, saya yakin pengunjung-pengunjung dapat mengetahui sebanyak mungkin maklumat berkenaan kursus-kursus, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.


Akhir kata, saya berharap portal ini dapat membantu pengunjung-pengunjung mendapatkan maklumat dan sebarang cadangan atau komen yang membina amatlah saya hargai. Selamat melayari portal rasmi IKBN Kuala Langat. Sekian, terima kasih.

 

 
Find us on Facebook
Follow Us