IKBN



KUALA PERLIS

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis merupakan salah satu institut yang menawarkan latihan teknikal, ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Terletak 2 km dari Pekan Kuala Perlis dan 12 km dari bandar Kangar. Keluasan tanah 24 ekar dapat menampung satu blok Pentadbiran, Dewan Besar, Surau, Dewan Makan juga blok Asrama dan lima blok bengkel – bengkel dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti padang bola, padang kawad dan lain - lain.

Institut ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan kerja mahir di kalangan pekerja tempatan di samping membuka peluang latihan teknikal secara formal kepada pekerja – pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapatkan kemahiran di dalam bidang yang diminati mereka. Institut ini juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia).



MISI

Menghasilkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI


  1. Memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir yang berwawasan mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  2. Memberi khidmat nasihat dan meningkatkan disiplin di kalangan pelajar supaya menjadi belia yang berhemah tinggi dan patuh dengan arahan.
  3. Memberi pengetahuan keusahawanan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing.
  4. Menyediakan latihan jangka pendek kepada syarikat-syarikat dalam bidang tertentu bagi meningkatkan kemahiran pekerja.


PIAGAM

PELANGGAN


Prestasi piagam pelanggan Dis 2014

Prestasi piagam pelanggan Jan 2015

Prestasi piagam pelanggan Feb 2015



FUNGSI

SETIAP BAHAGIAN


Bahagian Kemahiran

  1. Jabatan Kejuruteraan Automotif
    Jabatan Kejuruteraan Automotif terdiri dari empat (4) bahagian iaitu:-
    • Penyenggaraan Kereta
    • Penyenggaraan Jentera Berat
    • Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan
    • Semburan Cat Automotif
  2. Kesemua bahagian menawarkan latihan kemahiran yang berasaskan kepada modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan / National Occupation Skill Standard (NOSS) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan keperluan industri negara.


    Penilaian kursus adalah berdasarkan sistem keterampilan iaitu pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dan sistem penilaian peperiksaan akhir


  3. Jabatan Kejuruteraan Awam
    Jabatan Kejuruteraan Awam terdiri dari tiga (3) bahagian iaitu:-
    • Binaan Bangunan
    • Lukisan Senibina
    • Landskap Pembinaan
  4. Kesemua jurusan menawarkan latihan kemahiran yang berasaskan kepada modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan / National Occupation Skill standard (NOSS) dan diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan keperluan industri negara.


    Para pelajar yang mengikuti kursus – kursus ini akan didedahkan dengan pelajaran teori dan amali yang merangkumi pelbagai aspek pelajaran bagi memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


    Penilaian kursus adalah berdasarkan Sistem Keterampilan iaitu pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dan sistem penilaian peperiksaan akhir (CGPA) Kementerian Belia Dan Sukan.


  5. Jabatan Kejuruteraan Maritim

    Kursus Penyenggaraan Marin merupakan kursus yang baru di dalam sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Kursus ini menawarkan latihan kemahiran yang berasaskan kepada modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan / National Occupation Skill Standard (NOSS) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan keperluan industri negara. Penilaian kursus berdasarkan sistem keterampilan iaitu pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dan sistem penilaian peperiksaan akhir (CGPA) Kementerian Belia Dan Sukan.


  6. Bahagian Pentadbiran dan Bina Insan

    UNIT PENTADBIRAN

    PERANAN:

    Memberi sokongan supaya pengurusan pentadbiran berjalan dengan cekap dan teratur dari segi kewangan, perjawatan, perkhidmatan, bekalan, pengangkutan dan domestik lain menentukan supaya kemudahan alat-alat latihan, kelengkapan pejabat, bekalan makanan serta pakaian, elaun dan lain-lain kemudahan pelajar dan kakitangan disempurnakan dengan baik


    Misi Strategik:

    Untuk mengujudkan keriangan dan keceriaan dikalangan kakitangan dengan pihak pengurusan


    UNIT BINA INSAN

    Ketatanegaraan :

    Unit ini melaksanakan program berbentuk latihan bina diri, Motivasi Kepimpinan dan Kenegaraan. Penekanan juga dibuat ke arah memupuk dan menanam semangat patriotisme kepada generasi muda, agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berdisiplin dan dapat memajukan diri, bangsa dan negara.


    Keusahawanan :

    Program dan latihan keusahawanan diberi kepada pelajar – pelajar sebagai persiapan diri apabila mereka keluar atau tamat latihan nanti dapat memulakan kerjaya sendiri.Oleh itu ilmu keusahawaaan seperti perdagangan, simpan kira dan strategi perniagaan / pemasaran diajar atau diberi pendedahan, semoga akan lahir usahawan – usahawan muda bumiputera yang berjaya.


    Hal Ehwal Agama :

    Memberi penekanan kepada konsep akidah yakni kepercayaan dan keyakinan, amalan dan penghayatan terhadap agama dan kerohaniaan. Ini meliputi ilmu mengenal diri, mengenal Tuhan, keimanan, kefahaman ilmu fiqah / fardhu kifayah serta bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.


    Sukan dan Rekreasi :

    Bertanggungjawab melatih para pelajar kepada latihan fizikal yang boleh meningkatkan tahap kecergasan dan kemahiran sukan, rekreasi termasuk pendedahan pengurusan sukan. Melalui program sukan ini dapat memupuk nilai – nilai kekitaan, bertanggungjawab, berdisiplin, serta dapat mengenal pasti bakat – bakat sukan di kalangan pelajar untuk diketengahkan dalam arena sukan.


    Kawad :

    Berfungsi memberi penekanan berkaitan mutu disiplin pelajar, daya ketahanan diri dan bertanggungjawab. Pendekatan yang dipraktikkanadalah meliputi latihan kawad kaki, pergerakan berkumpulan, perhimpunan pagi dan juga penyertaan pembarisan Hari Kebangsaan dan lain lain sambutan.

 
Find us on Facebook
Follow Us