IKBN



KUALA PERLIS

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 pengarah apui

Salam Sejahtera..

Penubuhan IKBN oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini dengan segala kemudahan terkini nyata memberikan satu dimensi baru kepada golongan belia terutamanya dalam menyediakan peluang di dalam bidang kemahiran. Permintaan pasaran kerja kini, amat memerlukan pekerja yang berkemahiran serta mampu mengharungi pelbagai cabaran arus pembangunan teknologi dan maklumat. Ekoran kepesatan penggunaan teknologi masa kini, beberapa aspek seperti latihan kemahiran dan program pembangunan insan di Institut ini telah direncanakan sebaik mungkin agar dapat memberi impak positif kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sesuatu kursus.


Saya amat berkeyakinan tinggi dengan mutu pengajaran dan latihan berkualiti yang akan diterapkan, maka sumber tenaga kerja yang berpotensi dan berdisiplin dapat dihasilkan oleh Institut ini. Justeru itu, adalah menjadi harapan saya agar pelajar-pelajar yang akan mengikuti pengajian di kursus masing - masing di IKBN ini akan bersungguh – sungguh dan tekun sehingga memperolehi kejayaan dan mencapai matlamat yang di harapkan kelak. Jadikan hari ini sebagai permulaan anda mencapai kecemerlangan demi kemajuan diri, masyarakat dan negara.


Sekian, terima kasih.


APUI JAN

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis Perlis

 

 
Find us on Facebook
Follow Us