LATARBELAKANG
IKBN Miri merupakan salah sebuah IKBN yang telah dibina dalam Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7) dan mempunyai mempunyai keluasan tanah sebanyak 59 ekar.
Ianya telah mula dibina pada tahun 1999 dan telah diserahkan kepada Kementerian Belia Dan Sukan setelah siap pembinaan sepenuhnya pada bulan Ogos 2002. Penjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah waran peruntukan penjawatan adalah seramai 106 orang pegawai.
Selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah cabang Bidang Pendidikan bagi Pembangunan Modal Insan, penubuhan IKBN Miri ini amatlah bertepatan demi memenuhi obkjektif NKRA tersebut dan melahirkan graduan-graduan yang berketrampilan dalam bidang kemahiran masing-masing.
Menjadi Institut Kemahiran YangTerunggul Menepati Keperluan Pembangunan Negara.
Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara.