IKBN



MIRI

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 


Salam Sejahtera Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Miri ( IKBN Miri ). Laman web ini dibangunkan sebagai wadah komunikasi kepada pengunjung bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang-peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Miri. Adalah diharapkan agar masyarakat umum dan bakal pelatih mendapat gambaran awal mengenai aspek latihan kemahiran yang dijalankan disini.


IKBN Miri salah satu daripada Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tujuan utama penubuhan IKBN Miri adalah untuk menyediakan latihan kemahiran selaras dengan keperluan tenaga mahir negara.


Bersama-samalah kita merealisasikan usaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk mentransformasi IKBN kearah menjadi institusi latihan kemahiran belia yang terunggul, efektif serta penyumbang utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir Negara.


Akhir kata selamat melayari laman web ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan.


Sekian, Terima Kasih


"IKBN Profesional Terunggul".


LAMAT ANAK NYALAU


PENGARAH IKBN MIRI

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us