IKBN
MIRI
TERKINI
MIRI, 16 Ogos 2017 – Lawatan kunjung hormat ke Pejabat Y.B. Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak merangkap Pengerusi TAC IKBN Miri yang diketuai oleh En. Mohd Nizam Ismail, Pengarah IKBN Miri. Lawatan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dan hala tuju IKBN Miri dalam pembangunan modal insan di negeri Sarawak.
MIRI, 18 Ogos 2017 - Julung kalinya Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat IKBN Miri 2017 diadakan serentak dengan Perhimpunan Mesra Bulanan Ogos 2017 di Dewan Serbaguna, IKBN Miri semalam. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan dari Kelab Kebudayaan IKBN Miri dan penyerahan hadiah hari jadi kepada pegawai, kakitangan dan pelajar.
MIRI, 18 Ogos 2017 - Ceramah Perdana sempena bulan kemerdekaan ini telah dianjurkan oleh IKBN dengan kerjasama AJK Surau Al-Jawahir IKBN Miri. Kira-kira 600 orang yang datang ke program ini yang terdiri daripada pegawai, kakitangan, pelajar IKBN Miri dan beberapa jemputan dari SM Sains Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Kolej Komuniti Miri, ILP Miri dan penduduk setempat.
MIRI: Sekitar suasana Minggu Paradigma Pelajar Baru (P33) IKBN Miri yang berlangsung selama satu minggu bermula 7 Januari 2019 dan akan berakhir pada 13 Januari 2019.
MIRI: Majlis Penyerahan Pelajar dan Majlis Penutupan Minggu Paradigma sesi 1/2019 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Miri.
YBrs Tn. Lamat anak Nyalau,Pengarah IKBN Miri telah memberikan ucapan dan amanat kepada para pelajar baharu.
Semoga pelajar baharu dapat memberikan sepenuh komitmen dan lebih bersemangat untuk belajar di IKBN Miri.
MIRI : PERTANDINGAN PRA KELAYAKAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2018
Tarikh: 12-14 April 2018
Tempat: Stadium Pahang
Kategori: Automotif
Minggu ini akan berlangsung pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia 2018. IKBN MIRI turut serta dalam pertandingan ini yang diketuai oleh Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Christopher Boris selaku jurulatih dan dua pelajar iaitu:
1. Zacchaeus Labang Ak Unyuk
2. Anderson Ak Dunston
MIRI : PERTANDINGAN PRA KELAYAKAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2018
Tarikh: 3-5 April 2018
Tempat: IKBN Chembong
Kategori: Car Painting (demo)
Minggu lepas telah berlangsung pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia 2018. IKBN MIRI turut serta dalam pertandingan ini yang diketuai oleh Fabian Ak Sebastian Oping selaku jurulatih dan dua pelajar iaitu:
1. Mohd Amil Safuan b Tanjiji
MIRI : Tarikh: 12/4/2018
Tempat: IKBN MIRI
En Mohd Fauzi b. Hj. Ariffin, Pengarah IKBN Miri, mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Impaks ILKBS @ Komuniti IKBN Miri dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bhgn Miri yang di wakili oleh Puan Stephanie Wendy Stamford.
Program ini akan di adakan:
Tarikh: 20 dan 21 April 2018
Tempat: IKBN Miri
Masa: 8.00 pagi
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut;
1. Mengecat/membersih surau
2. Mencuci kenderaan
3. Service motosikal
4. Demonstrasi penyediaan kek
5. Kursus Simenferro
6. Ceramah keselamatan & lalulintas
7. Ceramah Israk Mikraj
MIRI : *PROGRAM IMPAKS ILKBS @ KOMUNITI IKBN MIRI*
Tarikh: 13 hingga 15 April 2018
Tempt: Rumah Jimbau ak Ina, Marudi Miri
Telah berlangsung program Impaks ILKBS @ komuniti. Turut hadir memeriahkan majlis wakil kpd YB dennis Engau iaitu Cr. Jimbau Ak Ina Dan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Miri En Mohd Fauzi Ariffin. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1 Gotong royong perdana
2. Perkhidmatan Service motor
3. Mengecat pintu gerbang
4. Membina semua pintu konkrit bangunan serbaguna
5. Demo masakan
Sepanjang program semua penduduk telah hadir dan turun pdang untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. Dan kami juga disambut dengan malam kebudayaan oleh penduduk rumah panjang.
MIRI : *PROGRAM IMPAKS ILKBS @ KOMUNITI IKBN MIRI*
Tarikh: 14 dan 15 April 2018
Tempt: Kampung Pujut, Sg Adung Miri
Telah berlangsung program Impaks ILKBS @ komuniti. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Lee Kim Shin, Adun Senadin Miri Dan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Miri En Mohd Fauzi Ariffin. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1 Gotong royong perdana
2. Perkhidmatan Mencuci kereta
3. Mengecat gelanggang sepak takraw
4. Baik pulih sistem cable elektrik taska
5. Demo masakan
6. Aerobik beramai-ramai
Sepanjang program semua penduduk telah hadir dan turun pdang untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. Dan kami juga disambut baik oleh penduduk setempat.
MIRI, 7 November 2017 - Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 Tahun 2017 telah pun berlangsung pada 29 Oktober hingga 31 Oktober 2017 di IKBN Bandar Penawar, Johor. Acara sukan tahunan ini disertai oleh semua institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
MIRI, 7 November 2017 - IKBN Miri telah melaksanakan Projek Gerak Bakti Prihatin, Dinamik dan Mahir (Perdana) Peserta ARP ILKBS di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup dan Tahfiz Hidayah, Miri pada 4 November 2017.
MIRI, 7 November 2017 - Program Kesukarelawanan ILKBS 2017, IKBN Miri telah dilaksanakan dengan jayanya di Kpg Keluru Tengah, Sibuti pada 4 November 2017. Selain daripada pegawai, pengajar dan pelajar IKBN Miri yang terlibat, Puan Annie Shahida Gapar wakil kepada Ahli Parlimen Sibuti, YB Datuk Hj Ahmad Lai Bin Bujang serta Puan Stephanie W. Stamford wakil dari PBSN Miri turut sama turun padang bagi menjayakan program ini.
MIRI, 25 Ogos 2017 - Tahniah kepada Saudara Zacchaeus Labang Ak Unyuk atas kejayaan menempah tempat ke peringkat akhir WorldSkills Malaysia Sarawak 2017 dalam bidang automotif. Pertandingan ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2017 bertempat di Bengkel Teknologi Automotif, ILP Kota Samarahan. Sekali lagi tahniah dan syabas kami ucapkan kepada pengajar dan pelajar yang mewakili IKBN Miri kerana telah memberikan yang terbaik dan semoga berjaya di peringkat akhir nanti.
MIRI, 24 Ogos 2017 - Lawatan sambil belajar SMK Tinjar, Marudi ke IKBN Miri yang disertai 80 orang termasuk 4 orang guru pengiring. Pelajar-pelajar diberi pendedahan berkenaan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan di IKBN Miri. Melalui lawatan ini juga pelajar diberi kesempatan untuk melihat dan mencuba sendiri aktiviti yang disediakan seperti aktiviti menghias kek di bengkel Hospitaliti.
MIRI, 26 Ogos 2017 - Program sukan persahabatan diantara KESKEB IKBN Miri dan kelab SURIA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (P) Sabah telah diadakan pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) bertempat di IKBN Miri, Sarawak. Sebanyak 4 acara sukan telah diadakan iaitu bolasepak, bola tampar campuran, ping-pong berpasukan dan badminton berpasukan.
MIRI : Lawatan Mesra & Ceramah Kerjaya oleh Miri Marriot Resort & Spa di Dewan Banquet Hospitaliti.
Tarikh : 19 April 2018
Tempat : Dewan Hospitaliti IKBN Miri
MIRI :*PROGRAM IMPAKS ILKBS @ KOMUNITI IKBN MIRI*
Tarikh: 21 April 2018
Tempt: IKBN MIRI
sedang berlangsung program Impaks ILKBS @ komuniti. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Lee Kim Shin, Adun Senadin Miri Dan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Miri En Mohd Fauzi Ariffin. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1 Gotong royong perdana Surau
2. Perkhidmatan Mencuci kereta
3. Perkhidmatan service motor
4. Gerai Jualan produk IKBN
5. Demo masakan
6. Persembahan Live Band Pelajar IKBN Miri
7. Pameran Peralatan Latihan
8. Autoshow
Sepanjang program semua pelajar telah hadir dan turun pdang untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. Dimeriahkan juga oleh kehadiran pelajar Kolej Vokesional Miri, PERYATIM dan belia tempatan.
MIRI :*Program "Jom Baca Bersama untuk 10 Minit"*
Tarikh: 24/4/2018
Tempat: Perpustakaan, IKBN Miri
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Syed Zyed bin Wan Asnawi. Dalam program tersebut juga diadakan penyampaian hadiah kepada pembaca paling aktif bagi kategori staff dan pelajar.
MIRI, 2 September 2017 - Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Korban 1438H telah disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran. Pada 2 September 2017 bertempat di Surau Al-Jawahir IKBN Miri, 4 ekor lembu dan 5 ekor kambing berjaya disembelih. Dengan kesempatan ini, IKBN Miri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Miri serta penduduk setempat yang turut membantu dalam majlis tersebut. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan