IKBN



PEKAN

 

LATARBELAKANG


Menyedari bahawa peranan belia yang merupakan salah satu aset terpenting negara bagi merealisasikan pewaris yang berwibawa, Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil satu inisiatif dalam menyediakan pelan terperinci untuk melahirkan modal insan negara seterusnya mewujudkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan. Salah satu perancangan Kementerian Belia dan Sukan adalah mewujudkan Institut Kemahiran Belia Negara yang mampu melahirkan belia yang berkemahiran tinggi dan berdisiplin. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dalam RMK-9, pembinaan IKBN ini akan menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu dengan penawaran kursus jangka pendek (modular) kepada belia- belia yang tiada kelulusan akademik serta kursus kemahiran kepada peringkat pekerja secara sepenuh dan separuh masa.

 

IKBN Dalam Pembinaan

Pembinaan IKBN di atas tanah seluas 32 hektar melibatkan kos bernilai RM110 juta di kawasan Pekan akan membantu melahirkan lebih ramai masyarakat minda kelas pertama dan berani menyahut cabaran. IKBN cawangan Pekan ini yang dijangka siap pada Februari 2010 itu juga akan menyokong pembangunan koridor wilayah melalui tenaga mahir yang dikeluarkannya. IKBN Pekan merupakan satu daripada enam IKBN yang akan dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sembilan. Apa yang menarik tentang IKBN Pekan ini ia menawarkan kursus penyelenggaraan pesawat. Perdana Menteri YAB. Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sendiri telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di Tapak IKBN Pekan, Paloh Hinai KM 55, Jalan Kuantan- Segamat Pekan pada 3 Mac 2008 jam 2.30 petang. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan YAB. Menteri Besar Pahang



VISI

Untuk menjadikan organisasi pelaksanaan dalam sumber tenaga mahir yang berdaya saing bagi memberi sebahagian keperluan guna tenaga negara

MISI

Untuk melahirkan tenaga kerja dikalangan belia yang berperibadi mulia berdisiplin berdaya saing dan berkualiti sesuai dengan peranan mereka sebagai agen pembangunan negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI


  1. Menyediakan latihan kemahiran dalam bidang mekanikal (hub pesawat) dan minyak gas mengikut piawaian kemahiran kebangsaan.
  2. Menyediakan latihan pembangunan insan ke arah menzahirkan  peribadi yang berakhlak mulia mengikut modul yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  3. Menyediakan latihan jangka pendek dalam bidang yang berkaitan bagi keperluan industri atau awam.

PIAGAM

PELANGGAN


  1. Menyediakan latihan jangka panjang dan jangka pendek dalam bidang Pembaikan Struktur Pesawat dan Mekanikal untuk belia-belia dan pekerja-pekerja swasta dan awam.
  2. Mengeluarkan 80% graduan yang berkemahiran tinggi dalam peperiksaan, persijilan Institut dibidang berkaitan.
  3. Menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organisasi.
  4. Bersedia memberi khidmat runding cara dan susulan serta khidmat nasihat yang berkesan semasa dan selepas latihan.
  5. Mewujudkan perhubungan industri untuk memberi panduan dan pilihan kerjaya yang sesuai dengan keperluan industri.
  6. Memberi khidmat nasihat dan khidmat bengkel untuk industri kecil dan sederhana dalam usaha mendapatkan pendedahan dan pemindahan teknologi terkini.
 
Follow Us
Find us on Facebook
Follow Us