IKBN



PEKAN

 

PERUTUSAN PENGARAH

 

 

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam 1Belia 1Malaysia. 

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web www.ikbnpekan.gov.my ini. Laman ini dibangunkan adalah sebagai satu aliran informasi di antara Institut Kemahiran Belia Neagara (IKBN) Pekan dengan anda semua di mana ianya dicipta bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui talian internet khususnya bagi menyahut seruan kerajaan dalam pengunaan Teknologi Maklumat melalui kaedah-kaedah terkini bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan terkini dan berkualiti".

 

Seperti yang kita semua sedia maklum, kaedah penggunaan teknologi maklumat ini memainkan peranan yang penting di dalam segala hal termasuklah bidang latihan kemahiran. Ini adalah kerana kelebihan dalam mencari dan mendapatkan maklumat bahan pembelajaran yang begitu cepat dan berkesan. Perhubungan dan pertukaran maklumat juga dapat dilakukan dengan cepat dan pantas. Dengan adanya medium perantaraan tersebut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan yang telah dibuka pada 7 Julai 2011 menyahut cabaran wawasan negara bagi menyediakan tenaga mahir seiring dengan peredaran teknologi semasa.

 

Bagi mencapai misi untuk menjadi organisasi terunggul di dalam pembangunan tenaga kerja berdaya saing, kursus-kursus yang dijalankan di peringkat sijil seperti kursus Teknologi Fabrikator Pemasangan Struktur Logam, Teknologi Pemasangan Paip Dan Gas,Kursus Penyelengaraan Pesawat Komposit dan Kursus Penyelengaraan Pesawat Struktur Keluli Udara dengan kemudahan mesin serta peralatan yang moden dan terkini serta mampu menampung seramai 600 orang pelajar dalam satu-satu masa. Akhir kata, saya bagi pihak IKBN Pekan mengharapkan agar laman web ini mampu menjadi sumber maklumat bagi para lepasan SPM, individu-individu dan pihak industri dalam pencarian maklumat kursus/latihan yang diperlukan. Sekian, terima kasih. YUSOP BIN IBRAHIM Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara - Pekan Pahang Darul Makmur

 

Akhir kata selamat melayari laman web ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 
Follow Us
Find us on Facebook
Follow Us