IKBN



PERETAK

 

PERUTUSAN PENGARAH

 PENGARAH2

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Belia 1 Malaysia dan selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung laman web rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Kesudian anda mengunjungi laman web ini amat dialu-alukan.

 

Laman web ini adalah menjadi wadah untuk memudahkan para pelanggan pemegang taruh dan masyarakat untuk mengenali dan mendapat gambaran serta perkembangan tentang IKBN Peretak dengan lebih jelas lagi melalui medium ICT yang terkini.

 

Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di abad ini, IKBN Peretak telah mewujudkan laman web rasmi bagi menyebarluaskan maklumat dan peranannya untuk membina generasi muda berkemahiran, berketrampilan dalam kepimpinan, berinovasi dan mampu berdikari sebagai seorang usahawan berwibawa dan cemerlang di kalangan generasi muda. Pendekatan bersepadu sebagai team IKBN Peretak dapat menjana kemahiran pelajar berteraskan ilmu kepimpinan, keusahawanan, bimbingan akhlak dan aktiviti kecergasan menjadikan pelajar lebih kompeten dan mempunyai jati diri untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan sesuai dengan keperluan pasaran industri negara.

 

IKBN Peretak setakat ini menawarkan sembilan (9) kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari tahap satu (1) hingga tahap tiga (3) serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat (4) bagi kursus Rekaan Fesyen. Kesemua kursus yang ditawarkan adalah sinonim dengan kehidupan seharian. Ia menjadikan kursus-kursus yang ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda terutamanya kalangan wanita.

 

Harapan saya agar laman web rasmi IKBN Peretak ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah dan terbaik kepada para pengunjungnya. Selamat melayari laman web rasmi IKBN Peretak dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada anda semua.


 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Normahsyuri Binti Md. Shariff

Pengarah

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak


 

 
Find us on Facebook
Follow Us