IKBN



PERETAK

 

JABATAN PERSONAL

TERAPI KECANTIKAN

1.    PENGENALAN 

Kursus Terapi Kecantikan merupakan salah satu Jurusan di dalam Jabatan Personal.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 

2.    OBJEKTIF

2.1 Memberi latihan yang berkualiti serta berketerampilan kepada belia dan belia wanis dalam bidang perkhidmatan Personal.

2.2     Membentuk generasi muda yang dedikasi, dinamik, kreatif dan berwawasan serta berbudaya tinggi berasaskan penguasaan ilmu dan kemahiran.

2.3     Memantapkan belia yang berwibawa, bersemangat, berdikari, bertanggungjawab serta berdisiplin bagi memenuhi perubahan masa depan.

2.4     Melahirkan belia yang berdaya saing.

 

3.    RINGKASAN KURSUS 

3.1    Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan alatan rawatan dan alatan estetik.

3.2    Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka dan badan, teknik solekan, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

 

4.  MODUL KURSUS

4.1    Mengamalkan ciri keselamatan, mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri serta menyelenggara ruang kerja

4.2    Konsultasi perkhidmatan estetik

4.3    Perkhidmatan muka secara manual

4.4    Keterampilan diri (perkhidmatan melentikkan bulu mata dan mewarna bulu kening serta melakukan solekan)

4.5    Perkhidmatan muka menggunakan mesin elektroterapi

4.6    Perkhidmatan membuang bulu roma dan melunturkan warna bulu roma

4.7    Perkhidmatan manikur

4.8    Perkhidmatan pedikur

4.9    Perkhidmatan melukis inai

4.10 Konsultasi terapi estetik

4.11 Perkhidmatan urutan badan secara manual

4.12 Perkhidmatan balutan badan

4.13 Terapi badan secara termal

4.14 Perkhidmatan badan menggunakan mesin elektroterapi

4.15 Terapi décolleté

4.16 Penyeliaan operasi salon

4.17 Melakukan perkhidmatan salon dan jualan produk

 

5.    AKTIVITI KURSUS

5.1    Teori

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 2 dan Tahap 3. Diedarkan kepada pelajar sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel.  Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video. 

5.2    Amali

Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi.  ‘Live Model’ di kalangan pelajar digunakan dan dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji.  Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak.  Keterampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul. 

5.3    Latihan Niaga

Pelajar-pelajar diberi peluang terampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ dikalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya. 

5.4     Ceramah dan Demontrasi

Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai rawatan muka, kuku tangan dan kaki, produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi perkhidmatan terkini dan sebagainya. 

           

6.     LATIHAN LOGI

Setelah tamat tempoh latihan di Institut, pelajar akan dihantar mengikuti latihan industri selama 3 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di industri yang telah menandatangani perjanjian bersama IKBN di seluruh negara terutamanya sekitar Lembah Klang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kedah.

 

7.    PERSIJILAN DAN TEMPOH KURSUS

Pelajar-pelajar yang terampil (lulus) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap seperti berikut:

Bil

Tahap

Nama & Kod Bidang

Tempoh

7.1

Tahap 2

Perkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013)

12 bulan

7.2

Tahap 3

Perkhidmatan Terapi Estetik (MP-060-3:2013)

12 bulan

 

8.    PROSPEK KERJAYA

Berikut merupakan prospek kerjaya bagi pelajar lepasan Jurusan Terapi Kecantikan:

8.1    Juruterapi estetik di salon kecantikan dan medispa.

8.2    Menjadi usahawan dengan membuka salon kecantikan atau medispa samaada menggunakan modal sendiri atau pinjaman dari badan-badan kerajaan/swasta.

8.3    Perunding imej

8.4    Pembekal produk kecantikan dan kosmetik

8.5    Fasilitator atau tenaga pengajar di pusat-pusat latihan dan institusi latihan kemahiran awam/swasta

8.6    Jurusolek di dalam bidang hiburan tanahair seperti stesen televisyen, industri nyanyian, perfileman, teater, majalan dan fesyen.

 

PEREKAAN GAYA RAMBUT

1.    PENGENALAN 

Kursus Pereka Gaya Rambut merupakan salah satu Jurusan di dalam Jabatan Personal.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

 

2.    OBJEKTIF

2.1 Memberi latihan yang berkualiti serta berketerampilan kepada belia dan belia wanis dalam bidang perkhidmatan Personal.

2.2    Membentuk generasi muda yang dedikasi, dinamik, kreatif dan berwawasan serta berbudaya tinggi berasaskan penguasaan ilmu dan kemahiran.

2.3    Memantapkan belia yang berwibawa, bersemangat, berdikari, bertanggungjawab serta berdisiplin bagi memenuhi perubahan masa depan.

2.4    Melahirkan belia yang berdaya saing.

 

3.    RINGKASAN KURSUS 

3.1    Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan salon.

3.2  Pendedahan kepada perundingan pelanggan, mensyampu, merawat rambut dan kulit kepala, menggayakan rambut, menggunting rambut, mengeriting, meluruskan rambut, mewarnakan rambut, melunturkan warna rambut dan  pengurusan salon. 

 

4.    MODUL KURSUS 

4.1    Mengamalkan ciri keselamatan, mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri serta menyelenggara ruang kerja

4.2    Melakukan perundingan pelanggan dan membina personaliti serta cara berkomunikasi yang baik

4.3    Mensyampu rambut

4.4    Merawat rambut dan kulit kepala

4.5    Penjagaan rambut muka pelanggan lelaki

4.6    Menggayakan rambut

4.7    Pengurusan penjualan produk rambut

4.8    Melakukan promosi salon

4.9    Menggayakan rambut fantasi

4.10 Menggunting rambut

4.11 Mengeriting rambut

4.12 Mewarna rambut

4.13 Melunturkan warna rambut

4.14 Meluruskan rambut

4.15 Pengurusan salon

 

5.    AKTIVITI KURSUS 

5.1    Demontrasi menggunting rambut (pameran)

5.2    Latihan amali menggunting rambut ke sekolah-sekolah bagi meningkatkan kemahiran pelajar IKBN Peretak

5.3    Seminar atau kursus menggunting dan mewarnakan rambut

5.4    Mengadakan pertandingan Style Rambut (hair show)

 

6.    LATIHAN LOGI

Setelah tamat tempoh latihan di Institut, pelajar akan dihantar mengikuti latihan industri selama 3 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di industri yang telah menandatangani perjanjian bersama IKBN di seluruh negara terutamanya sekitar Lembah Klang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kedah.

 

7.    PERSIJILAN DAN TEMPOH KURSUS

Pelajar-pelajar yang terampil (lulus) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap seperti berikut:

Bil

Tahap

Nama & Kod Bidang

Tempoh

7.1

Tahap 2

Dandanan Rambut (HT-090-2:2012)

12 bulan

7.2

Tahap 3

Dandanan Rambut (HT-090-3:2012)

12 bulan

 

8.    PROSPEK KERJAYA

Berikut merupakan prospek kerjaya bagi pelajar lepasan Jurusan Perekaan Gaya Rambut:

8.1    Pendandan rambut di salon-salon rambut.

8.2    Menjadi usahawan dengan membuka salon rambut samaada menggunakan modal sendiri atau pinjaman dari badan-badan kerajaan/swasta.

8.3    Perunding imej

8.4    Pembekal produk dandanan rambut

8.5    Fasilitator atau tenaga pengajar di pusat-pusat latihan dan institusi latihan kemahiran awam/swasta

8.6    Jurudandan rambut di dalam bidang hiburan tanahair seperti stesen televisyen, industri nyanyian, perfileman, teater, majalan dan fesyen.

 
Find us on Facebook
Follow Us