IKBN



PERETAK

 

JABATAN TEKSTIL

 

REKAAN FESYEN

1.    PENGENALAN 

Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Rekaan Fesyen merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Tekstil. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 

2.    OBJEKTIF 

2.1      Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Rekaan Fesyen;

2.2      Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran  progresif  dan  dinamik  serta  berani  mengambil  risiko  dalam menuju wawasan 2050;

2.3      Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.

 

3.    RINGKASAN KURSUS 

3.1      Penekanan diberikan kepada topik-topik Keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

3.2      Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian wanita ataupun lelaki seperti pelbagai jenis pakaian custom made seperti pakaian kasual, tradisional dan kontemporari, pakaian kanak-kanak, pakaian pejabat, pakaian erja dan pakaian sukan; pelbagai jenis pakaian kostum dan pelbagai lagi.

 

4.    MODUL KURSUS 

Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):

4.1        Custom Made Fashion Design

4.2        Costume Fashion Design

4.3        Draping Fashion Design

4.4        Fashion Illustration

4.5        Apparel Production Quality Control (QC)

4.6        Apparel Production Administration

 

5.    AKTIVITI KURSUS

5.1      Mengadakan lawatan ke Industri yang berkaitan untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang industri jahitan

5.2      Mengadakan program jahitan kreatif untuk para pelajar mempelajari jahitan selain daripada pakaian

5.3      Membuat ceramah motivasi kepada para pelajar oleh bekas-bekas pelajar yang telah berjaya di dalam bidang jahitan

5.4      Mengadakan pameran dan jualan untuk pendedahan perniagaan

5.5      Menyertai Pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi; dan

5.6      Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IKBN atau aktiviti luar institut.

 

6.    LATIHAN INDUSTRI (LI)

Pelajar akan mendapat latihan secara dalaman selama 12 bulan atau 24 bulan di Institut ini. Selepas itu, mereka akan dihantar mengikut latihan industri selama tiga (3) bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai jahit, butik pakaian, kilang- kilang pakaian di seluruh negeri.

 

7.    PERSIJILAN DAN TEMPOH KURSUS 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN danDiploma Kemahiran Malaysia (DKM) megikut tahap iaitu:   

Bil

Tahap

Sijil

Tempoh

7.1

Tahap4

Diploma Kemahiran Malaysia

18 Bulan

 

8.      KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN

8.1      Fabrik dan bahan jahitan.

8.2      Mesin-mesin Industri – Mesin Jahit Lurus, Overlock, Lubang Butang, Butang, Mesin Sulaman dan Sulaman Berkomputer, Press Machine, Mannequin, Dummy, Steam Iron dan pelbagai lagi.

8.3      Bilik kuliah dan ruang bengkel jahitan yang selesa dan kondusif (berhawa dingin).

 

9.      PROSPEK KERJAYA

9.1     Tenaga pengajar di sector awam atau swasta

9.2     Bekerja di pusat-pusat industry atau kilang

9.3     Melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian.

 

JAHITAN PAKAIAN LELAKI

1.    PENGENALAN

Kursus Jahitan Pakaian Lelaki merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Tekstil. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 

2.      OBJEKTIF

2.1     Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Lelaki;

2.2     Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran  progresif  dan  dinamik  serta  berani  mengambil  risiko  dalam menuju wawasan 2050;

2.3     Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.

 

3.    RINGKASAN KURSUS

3.1     Penekanan diberikan kepada topik-topik Keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

3.2     Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian lelaki seperti pelbagai jenis shirt, pelbagai jenis seluar, Baju Melayu Cekak Musang, Kurta, Samfoo, pakaian sukan lasak, pakaian makmal, pelbagai jenis jaket, pakaian pertabalan, pakaian pengantin moden dan tradisional dan pelbagai lagi.

 

4.    MODUL KURSUS

Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):

 4.1      Tahap 2

a.     Casual Wear Making

b.     Office Wear Making

c.      Traditional Wear Making

d.     Traditional Contemporary Wear Making

e.     Active Wear Making

f.       Functional Wear Making

g.     Men’s Wear Alteration, Repair and Re-Style

 

4.2      Tahap 3

a.     Men’s Jacket Making

b.     Wedding Wear Making

c.      Ceremonial Wear Making

d.     Men’s Wear Making Supervision

e.     Embroidery Making (Computerised)

 

5.    AKTIVITI KURSUS

5.1     Mengadakan lawatan ke Industri yang berkaitan untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang industry jahitan

5.2     Mengadakan program jahitan kreatif untuk para pelajar mempelajari jahitan selain daripada pakaian

5.3     Membuat ceramah motivasi kepada para pelajar oleh bekas-bekas pelajar yang telah berjaya di dalam bidang jahitan

5.4     Mengadakan pameran dan jualan untuk pendedahan perniagaan

5.5     Menyertai Pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi; dan

5.6     Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IKBN atau aktiviti luar institut.

 

6.   LATIHAN INDUSTRI (LI)

Pelajar akan mendapat latihan secara dalaman selama 12 bulan atau 24 bulan di Institut ini. Selepas itu, mereka akan dihantar mengikut latihan industri selama tiga (3) bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai jahit, butik pakaian, kilang- kilang pakaian di seluruh negeri.

 

7.    PERSIJILAN DAN TEMPOH KURSUS

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) megikut tahap iaitu:

Bil

Tahap

Sijil

Tempoh

7.1

Tahap 2

Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)

12 Bulan

7.2

Tahap 3

Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)

12 Bulan

 

             8.   KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN

8.1      Fabrik dan bahan jahitan;

8.2     Mesin-mesin Industri – Mesin Jahit Lurus, Overlock, Lubang Butang, Butang, Mesin Sulaman dan Sulaman Berkomputer, Press Machine, Mannequin, Dummy, Steam Iron dan pelbagai lagi;

8.3      Bilik kuliah dan ruang bengkel jahitan yang selesa dan kondusif (berhawa dingin).

 

9.   PROSPEK KERJAYA

9.1     Tenaga pengajar di sektor awam atau swasta

9.2     Bekerja di butik pakaian dan industri perkilangan

9.3     Melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian

 

JAHITAN PAKAIAN WANITA

1.    PENGENALAN

Kursus Jahitan Pakaian Wanita merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Tekstil. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 

             2.   OBJEKTIF

2.1     Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita;

2.2     Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran  progresif  dan  dinamik  serta  berani  mengambil  risiko  dalam menuju wawasan 2050;

2.3     Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.

 

            3.   RINGKASAN KURSUS

3.1     Penekanan diberikan kepada topik-topik Keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

3.2     Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian wanita seperti pelbagai jenis blaus, pelbagai jenis seluar, pakaian malam, pakaian mengandung, pelbagai pakaian sukan, pakaian pengantin moden dan tradisional, pelbagai jenis pakaian kerja, pakaian malam dan pelbagai lagi.

 

            4.   MODUL KURSUS

Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):

4.1     Tahap 1

a.      Casual Wear Making

b.      Traditional Wear Making

c.       Night Dress Making

d.      Children Wear Making

e.      Maternity Wear Making

f.        Handmade Embroidery Making

g.      Scarf (Head Cover) Making

4.2     Tahap 2

a.      Contemporary Wear Making

b.      Work Wear Making (Functional Wear)

c.      Corporate Wear Making

d.      Sport Wear Making

e.      Sewing Machine Preventive Maintenance

f.       Embroidery Making (Machine)

4.3     Tahap 3

a.    Evening Dress Making

b.    Traditional Wedding Dress Making

c.    Western Wedding Dress Making

d.    Ladies 3-Piece Suit Making

e.    Ladies Dressmaking Product Supervision

f.     Re-Styling Garment

g.    Embroidery Making (Computerise)

h.    Head Wear Making

 

5.    AKTIVITI KURSUS

5.1     Mengadakan lawatan ke Industri yang berkaitan untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang industri jahitan

5.2     Mengadakan program jahitan kreatif untuk para pelajar mempelajari jahitan selain daripada pakaian

5.3     Membuat ceramah motivasi kepada para pelajar oleh bekas-bekas pelajar yang telah berjaya di dalam bidang jahitan

5.4     Mengadakan pameran dan jualan untuk pendedahan perniagaan

5.5     Menyertai Pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi; dan

5.6     Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IKBN atau aktiviti luar institut.

 

6.    LATIHAN INDUSTRI (LI)

Pelajar akan mendapat latihan secara dalaman selama 12 bulan atau 24 bulan di Institut ini. Selepas itu, mereka akan dihantar mengikut latihan industri selama tiga (3) bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai jahit, butik pakaian, kilang- kilang pakaian di seluruh negeri.

 

7.    Persijilan dan Tempoh Kursus

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) megikut tahap iaitu:

Bil

Tahap

Sijil

Tempoh

7.1

Tahap 1

Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)

06 Bulan

7.2

Tahap 2

Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)

06 Bulan

7.3

Tahap 3

Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)

12 Bulan

 

            8.   KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN

8.1      Fabrik dan bahan jahitan

8.2     Mesin-mesin Industri – Mesin Jahit Lurus, Overlock, Lubang Butang, Butang, Mesin Sulaman dan Sulaman Berkomputer, Press Machine, Mannequin, Dummy, Steam Iron dan pelbagai lagi.

8.3      Bilik kuliah dan ruang bengkel jahitan yang selesa dan kondusif (berhawa dingin).

 

           9.   PROSPEK KERJAYA

9.1      Tenaga pengajar di sektor awam atau swasta

9.2      Bekerja di butik pakaian dan industri perkilangan

9.3      Melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian

 

 
Find us on Facebook
Follow Us