IKBN



PERETAK

 

BERITA

TERKINI

  • JOB ORDER ‘TEMPAHAN KAD HARI RAYA’

    kad raya

    IKBN PERETAK, 31 Mei 2019 – Job Order ‘Tempahan Kad Hari Raya’ anjuran Jabatan Pengajian Umum telah dilaksanakan pada 30 Mei 2019. Sebanyak 85 tempahan telah diterima daripada warga IKBN Peretak dengan kadar harga RM 2.00 sekeping. Penyerahan produk yang ditempah dihantar pada 30 Mei 2019 sebelum para pelajar dan pegawai IKBN Peretak pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena hari raya. Tujuan “Kad Raya” ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat Hari Raya melalui cara tradisional.

     

    Segala tenaga, usaha dan kreativiti dalam pelaksanaan kad raya telah dilakukan sendiri oleh para pegawai di Jabatan Pengajian Umum iaitu Pn. Gokillavhani, Pn.Rohaya, Pn. Asyikin dan En.Hardev. Kami di Jabatan Pengajian Umum ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga IKBN Peretak yang telah menjayakan Job Order kami. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua yang meraikannya. Pandulah dengan cermat dan ingatkan orang tersayang.

    Disediakan oleh: En. Hardev Singh Sokhal

    Disunting oleh: Pn. Rohaya Binti Mamat

    Written on Jumaat, 31 May 2019 10:27
  • MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA PERINGKAT IKBN PERETAK

    BUKAPUASA

    IKBN Peretak, 28 Mei 2019 - Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat IKBN Peretak telah dihadiri oleh YB. Encik Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) di Kementerian Belia dan Sukan iaitu Dato Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof yang telah disambut oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff telah berlangsung di Dewan DAHA IKBN Peretak bermula jam 5.00 petang.

     

    Antara pengisian program adalah ucapan alu-aluan oleh Pengarah IKBN Peretak, ucapan oleh YB. Encik Steven, persembahan nasyid dari pemenang Johan dan tempat ketiga bagi Karnival Kesenian Islam peringkat IKBN Peretak yang telah berlangsung pada 10 Mei lalu. Penyampaian cenderahati kepada pembimbing dan peserta tadarus Al Quran turut di sampaikan oleh Ketua Pengarah, Dato Dr Hajah Wasitah binti Mohd Yusof.

     

    Selain itu juga, YB. Encik Steven turut menyampaikan sumbangan dan duit raya. Tabung Infaq yang telah dilancarkan sebelum ini akan disampaikan kepada penerima-penerima terpilih iaitu 5 keluarga terpilih terdiri daripada keluarga asnaf. Penyampaian sumbangan duit raya kepada 42 anak yatim di kalangan pelajar IKBN dan 22 anak yatim dan asnaf dari Pusat Dar Asnaf Al Fateeh Al Idrisiah Ulu Yam, Batang Kali.

     

    Acara kemuncak apabila tiba waktu maghrib dimana semua hadirin menjamu selera sambil menonton video Program Ihya Ramadhan peringkat IKBN Peretak yang telah diadakan di sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan 11 program.

     

    Selepas selesai berbuka puasa, para tetamu yang beragama islam bersama para pegawai dan pelajar bergerak ke Surau Nur Salam untuk menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah.

    Disediakan oleh: JK Dokumentasi Majlis Berbuka Puasa Perdana IKBN Peretak

    Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Jumaat, 31 May 2019 09:00
  • PROGRAM INFAQ RAMADHAN PERINGKAT IKBN PERETAK

    INFAQ

    IKBN Peretak, 25 Mei 2019 - Sebanyak 26 rumah golongan asnaf serta 2 Madrasah Anak Yatim & Asnaf sekitar Kuala Kubu Bharu & Hulu Selangor menerima sumbangan di bawah Program Infaq Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak pada 24 hingga 25 Mei 2019. Antara madrasah yang menerima sumbangan adalah Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah dan Pondok Mahfuzah Ulu Yam.

    Program yang dianjurkan sejak tahun lepas ini telah menerima kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak terutamanya oleh semua pegawai IKBN dan juga sumbangan persendirian oleh pihak luar. Kutipan dana dan barangan telah dimulakan seawal 1 Ramadhan yang lepas melalui hebahan di media sosial, seperti aplikasi WhatsApp, Facebook serta media cetak iaitu Sinar Harian Negeri Selangor.

    Antara barangan sumbangan program Infaq ini adalah seperti beras, bihun, minyak masak, gula, tepung, susu, kordial, garam & ketupat mini. Serahan barang keperluan infaq ini telah diserahkan sendiri oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff kepada keluarga asnaf yang berada di sekitar Kuala Kubu Bharu selain serahan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Noor Azah binti Ali@Ahmad dan En. Shahdan bin Zainal di sekitar Hulu Selangor.

    Semoga program seumpama ini dapat berterusan disamping mendidik dan menjadi nadi penggerak kepada seluruh warga IKBN Peretak khususnya dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan di luar sana yang memerlukan bantuan pada masa-masa akan datang.

    Disediakan oleh: Unit Hal Ehwal Islam, HEP

    Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Jumaat, 31 May 2019 08:53
  • TEACHER’S DAY DEDICATION ANJURAN JPU

    tdd

    Jabatan Pengajian Umum, 16 Mei 2019 - Jabatan Pengajian Umum telah melaksanakan “Teacher’s Day Dedication” pada 16 Mei 2019. Antara produk yang telah dikeluarkan ialah “Red Blossom, Photo Frame, Pen, Mug, Pen Holder dan Candy Crunch”. Sebanyak 252 tempahan telah mendapat sambutan daripada para pelajar, tenaga pengajar, pegawai dan kakitangan IKBN Peretak serta pekerja kontrak kebersihan untuk di berikan bukan sahaja kepada tenaga pengajar malah, turut juga diberikan kepada orang yang tersayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2019, dibantu oleh 10 orang pelajar daripada bahagian Penyajian (Semester 3). Para pelajar ini turut diajar membuat “delivery” dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jabatan Pengajian Umum ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik dan ribuan terima kasih kepada yang telah menyokong produk kami.

    Disediakan oleh: Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh

    Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Selasa, 21 May 2019 07:55
  • Majlis Bacaan Yassin

    yasin

    Cawangan Pengurusan Pelajar, 5hb April 2019 – Majlis Bacaan Yasin Bulanan yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Peretak diadakan Surau Nur Salam, IKBN Peretak. Majlis diadakan tepat jam 8.15 pagi. Turut serta di dalam majlis ini adalah Pengarah IKBN Peretak, Pn Normahsyuri binti Md. Shariff. Bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana. Program ini diadakan adalah untuk melahirkan jiwa yang bersih dan suci serta sentiasa bergantung harap pada yang Maha Esa.

     

    Disediakan oleh : Nur Salmah binti Hanafe

    Written on Selasa, 07 May 2019 15:11
  • Program Citra Ibadah - Cintai Solat dan Persona Muslim

    citra

    Cawangan Pengurusan Pelajar, 5 Mei 2019 - Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar telah melaksanakan Program Citra Ibadah - Cintai Solat dan Persona Muslim pada 3 hingga 5 Mei 2019. Penyertaan pelajar adalah seramai 120 yang terdiri daripada pelbagai jurusan di kalangan pelajar semester 1, 2 dan 3. Pengisian dan kaedah program Citra Ibadah ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, LDK, praktikal solat & sesi soal jawab di antara penceramah, fasilitator bersama-sama para pelajar. Objektif program ini dilaksanakan adalah membina generasi muda muslim yang mempunyai personaliti mengikut tuntutan agama dan memberi kesedaran dan pengetahuan tentang sebahagian daripada ibadah yang dituntut kepada seseorang muslim untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn.Noor'azah binti Ali @ Ahmad selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

    Disediakan oleh : Salimah binti Abdul Latif

    Written on Selasa, 07 May 2019 15:04
  • Program Diskusi Fiqh

    FIQH

    3 Mei 2019, Cawangan Pengurusan Pelajar - Satu Program Diskusi Fiqh telah diadakan anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar. Program bermula dengan pemeriksaan kesihatan (scan tapak tangan) di Perpustakaan, IKBN Peretak. Seterusnya program diteruskan dengan ceramah oleh Al-Fadil Ustaz Mohammad Roziedi Auditorium, IKBN Peretak dengan tajuknyaPermasalahan Wanita (haid) Di Dalam Bulan Ramadhan”. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Pn. Noor Azah Bt Ali@Ahmad kepada penceramah selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

    Disediakan oleh : Nur Salmah binti Hanafe

    Written on Selasa, 07 May 2019 14:56
  • LATIHAN INTENSIF WSMB BIDANG PASTRY DAN CONFECTIONARY

    PASTRY

    Jabatan Hospitaliti, 6hb April. 2019 – Seramai tiga (3) orang pelajar dalam bidang Penyediaan Pastri telah terlibat di dalam latihan intensif sempena WSMB bagi bidang Pastry dan Confectionary. Latihan instensif ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 hingga 7 April 2019 bertempat di Bengkel Paradise. Jurulatih jemputan iaitu Encik Mohd Saifuddin Bin Zakaria daripada IKTBN Alor Gajah telah diundang bagi tujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai teknik pembuatan bagi 9 jenis bunga yang diperbuat daripada ‘gum paste’ dan teknik ‘coating’ kek dengan menggunakan fondant. Ketinggian kek yang perlu disediakan oleh para peserta adalah melebihi 12 inci ke 17 inci. Semoga ilmu dan tips yang diperolehi oleh para peserta dapat dimanfaatkan dan sebagai pemangkin untuk beroleh kemenangan.

    Disediakan oleh: Maraini Binti Mat Isa

    Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Rabu, 17 April 2019 12:36
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Derma

    dermaA

    IKBN Peretak, 16 April 2019 – Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Saudara Mohammad Hafizul bin Omar daripada Jurusan Penyediaan Makanan Semester 3 telah dilaksanakan di Pejabat Pengarah IKBN Peretak. Beliau telah kehilangan ayahanda tercinta pada 10 April 2019 di Kelantan. EXCO Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak telah membuat kutipan derma kepada semua warga IKBN Peretak. Hasil sumbangan derma tersebut telah di sampaikan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Suraya binti Sulaiman dan Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Noor’Azah binti Ali@Ahmad. Puan Pengarah turut memberi kata-kata semangat kepada pelajar tersebut bagi meneruskan pengajian di IKBN walaupun sudah kehilangan orang tersayang. semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan serta dapat menaikkan semangat beliau untuk menamatkan pengajiannya. Semoga roh Allahyarham ayahanda Mohammad Hafizul di cucuri rahmat.

    Disediakan oleh: Azini Bin Ismail

    Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Rabu, 17 April 2019 08:26
  • Program My Future Youth Plus : Basic Hair Cutting

    kbasiccutting

    Jabatan Personal, 6 April 2019 – IKBN Peretak telah dilantik sebagai penganjur bagi Kursus Basic Hair Cutting di bawah Program My Future Youth Plus. Program ini telah dilaksanakan pada 01 hingga 05 April 2019 yang bertempat di Bengkel Catagen, Jabatan Personal. Seramai sepuluh (10) orang peserta dari kalangan belia-belia yang menetap di sekitar daerah Hulu Selangor telah menyertainya.

    Para peserta telah diberi tunjuk ajar oleh Puan Norashikin Binti A.Tajuddin iaitu penceramah yang berpengalaman selama 25 tahun sebagai pengajar dalam bidang Perekaan Gaya Rambut yang telah pun mempunyai salon rambut di Pekan KKB, Selangor. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menawarkan peluang latihan secara lebih meluas kepada para belia hingga ke peringkat akar umbi di samping mempromosikan ILKBS sebagai sebuah pusat latihan TVET yang terbaik di Malaysia. Pembelajaran bagi kursus ini telah merangkumi beberapa modul iaitu Guntingan Selapis (Straight/ One Lenght), Lapisan Terhad (Graduation) dan Guntingan Lapisan Bertingkat (Layer).

    Disediakan oleh Syazana Binti Dzulkefli

    Disunting Oleh: Rohaya Binti Mamat

     

     

    Written on Selasa, 09 April 2019 16:32
  • SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA DI IKBN PERETAK

    AUTISME

    2 April 2019 (Selasa), Berlangsungnya Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut di Institusi Kemahiran Belia dan Negara (IKBN). Semua pelajar dan kakitangan IKBN terlibat dalam program “We Support Autism Day @ IKBN Peretak” berpakaian serba biru pada hari tersebut.

    Written on Selasa, 02 April 2019 17:30 Read more...
  • PROMOSI & JOB ORDER SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE 37

    puspanita

    1 - 2 April 2019, PUTRAJAYA - Team Promosi & Job Order serta Kelab Usahawan IKBN Peretak telah berkampung di booth Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi mempromosikan Produk Hospitaliti seperti Tart Nenas & Coklat Chips. Manakala Produk Tekstil membawa Tudung bawal jenis chiffon dengan harga RM15 sahaja dan produk sulaman juga turut diketengahkan. Bagi Jabatan Personel mempromosikan peekhidmatan manicure & melukis henna. Bagi Kelab Usahawan pula produk yang dibawa seperti Coklat Kruk-Kruk Crispy, Sling Beg, Kerepek dan gula-gula. Sambutan agak meriah yang dihadiri oleh ahli-ahli Puspanita seluruh Malaysia sempena Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) Puspanita kali ke 37 di Dewan De'Seri, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya.

    Written on Selasa, 02 April 2019 17:28
  • A VISIT FROM MALAYSIAN INSTITUTE FOR DEBATE & PUBLIC SPEAKING (MIDP)

    English

    01 April 2019 (Monday) - A visit from Malaysian Institute For Debate & Public Speaking (MIDP) represented by Miss Emellia Shariff and Mr Azim Nadzari and also the Team KBS officers represented by En Mohd Hafez Fikri, Mdm Fadzlillah Binti Mohamed Kassim and Mdm Koh Mei Ching IKBN to view and monitor the effectiveness of English usage among students of IKBN Peretak. Besides that, this meet up has somehow help the students to build their confident level and explore the debating skills. All the officers and students from the Hospitality and the Personal Department are directly involved in this visit. This one-day visit will be useful for the participants involved.

    Written by : Madam Nurashima Bt Zainal Othman,

    Vice Secretary of EEI IKBN Peretak

    Written on Isnin, 01 April 2019 16:45
  • KURSUS JENAZAH WANITA

    jenazah

    27 Mac 2019, Surau Nur Salam, IKBN Peretak - Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Kursus Jenazah Wanita. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara pengurusan jenazah (memandi dan mengkafankan) secara teori dan praktikal. Kursus ini telah disertai seramai 217 orang yang terdiri daripada pegawai dan pelajar wanita IKBN Peretak.

    Disediakan oleh : Puan Nur Salmah binti Hanafe

    Written on Isnin, 01 April 2019 16:29
  • PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

    YB june

    30 Mac 2019 (Sabtu), Bukit Beruntung - Majlis Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan Peringkat Daerah Hulu Selangor. Program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya alam sekitar yang bebas kenderaan. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak turut serta dalam menjayakan program ini. IKBN Peretak turut serta mempromosikan demo solekan, jualan job order biskut tart nenas dan coklat chip, perkhidmatan manicure dan promosi Pengambilan Pelajar Baru bagi sesi Julai 2019. Program ini telah dirasmikan oleh YB June Leow Hsaid Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor.

    Disediakan oleh : Puan Noor’Azah binti Ali@Ahmad

    Written on Isnin, 01 April 2019 11:08
  • VISITING FROM MINISTRY OF YOUTH & SPORTS
    KBS
    25th March 2019, Monday : IKBN Peretak received a visit on English Day from Ministry of Youth & Sports (KBS) lead by Mr. Mohd Tamrin Bin Enche Yusoff (Penolong Pengarah Kanan Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan),  Mdm. Fadzlillah Binti Mohamed Kassim (Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hal Ehwal Pelajar) and Mdm. Koh Mei Ching (Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif). The purpose of this visit is to observe the effectiveness of English proficiency among students in using English language at their daily conversation. All the officers and students from the Department of Hospitality and the Personal were involved in this visit.
    Written by : Nurashima Bt Zainal Othman, Vice Secretary of EEI IKBN Peretak

    VISITING FROM MINISTRY OF YOUTH & SPORTS

    25th March 2019, Monday : IKBN Peretak received a visit on English Day from Ministry of Youth & Sports (KBS) lead by Mr. Mohd Tamrin Bin Enche Yusoff (Penolong Pengarah Kanan Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan),  Mdm. Fadzlillah Binti Mohamed Kassim (Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hal Ehwal Pelajar) and Mdm. Koh Mei Ching (Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif). The purpose of this visit is to observe the effectiveness of English proficiency among students in using English language at their daily conversation. All the officers and students from the Department of Hospitality and the Personal were involved in this visit.

    Written by : Nurashima Bt Zainal Othman, Vice Secretary of EEI IKBN Peretak

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:52
  • MAJLIS PELANCARAN KEMPEN 'SAYANGI SAWITKU'

    sawitku

    24 Mac 2019 (Ahad), Pulau Carey, Selangor- Seramai 80 orang pelajar IKBN Peretak telah turut hadir ke Majlis Pelancaran Kempen 'Sayangi Sawitku' yang telah diadakan di Ladang East Sime Darby Plantation, Pulau Carey, Selangor. Pelancaran kempen 'Sayangi Sawitku' telah dirasmikan oleh Perdana Menteri iaitu YAB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Majlis tersebut turut dihadiri bersama, YB. Puan Teresa Kok, selaku Menteri Industri Utama.

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:50 Read more...
  • PROGRAM ATTACHMENT WITH INDUSTRY

    industry

    22-24 Mac 2019 - Program "Attachment with Industry" dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar berada di industri kelak. Pendedahan lebih awal diberikan kepada pelajar bukan sekadar untuk kepentingan pelajar malah mengambil kira dari segi kualiti pembelajaran yang relevan dengan kehendak industri dalam usaha melahirkan pelajar yang mencapai kebolehpasaran maksimum.

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:46 Read more...
  • JEMPUTAN SEBAGAI PELAKON MANGSA BENCANA

    HKL

    21 Mac 2019 (Khamis) – IKBN Peretak telah dijemput sebagai pelakon mangsa bencana bagi Kursus Pre Major Incident Exercise (PRE MIREX) bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Seramai 2 orang pegawai pengiring dan 10 orang pelajar terdiri daripada lelaki dan wanita telah terlibat menjayakan kursus tersebut. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur yang bertujuan untuk melatih anggotanya dalam pengurusan bencana.

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:45
  • PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR

    atiqah

    21 Mac 2019 (Khamis), IKBN Peretak – Pengarah IKBN Peretak telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada pelajar dan kakitangan IKBN Peretak kepada pelajar Nur Atiqah binti Abd Rahman, Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Semester 2 di atas kebakaran rumahnya yang terletak di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur. Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada 19 Mac 2019, jam 3.00 petang yang memusnahkan 4 buah rumah. Semoga Nur Atiqah sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:42
  • KURSUS MOVIE MAKER

    Movie

    13 Mac 2019, (Rabu) IKBN Peretak – Kursus Movie Maker telah berlangsung di Makmal Komputer 2, IKBN Peretak bersama 2 orang penceramah secara dalaman IKBN Peretak iaitu Pn. Rohaya Binti Mamat, Pengajar Jabatan Pengajian Umum dan Pn. Nor Salwah Binti Yaacob, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan serta beberapa orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak.

    Written on Selasa, 26 March 2019 12:33 Read more...
  • KURSUS LADIES HAIR CUTTING, HAIR STYLE & HAIR COLORING

    WSMB PGR

     

    IKBN PERETAK, 18-19 Mac 2019 – Kursus Ladies Hair Cutting, Hair Style & Hair Coloring bagi Bidang Perekaan Gaya Rambut (PGR) telah diadakankan di Avant Garde Hair Studio, Jabatan Personal, IKBN Peretak dan disertai oleh dua orang pelajar Bidang PGR iaitu Natasha Shahira Binti Muslim dan Rushda Adiba Binti Ahmad serta jurulatih WSMB 2019 iaitu Puan Hafizah Binti Rumli.

    Written on Rabu, 20 March 2019 12:01 Read more...
  • KURSUS FACIAL TREATMENT & BODY MASSAGE

    WSMB TK

    IKBN PERETAK, 18 – 19 Mac 2019 – Kursus Facial Treatment & Body Massage bagi Bidang Terapi Kecantikan (TK) telah diadakan di Bengkel Lavender Jabatan Personal, IKBN Peretak dan disertai oleh seorang pelajar Terapi Kecantikan iaitu Noor Dalfika Balqis Binti Che Kamaruddin serta Jurulatih WSMB Terapi Kecantikan 2019 iaitu Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman. Kursus ini telah dibimbing oleh Shirene Tan Suh Wei seorang bekas peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia yang telah memenangi Pingat Emas Peringkat Asean pada Tahun 2014 di Hanoi, Vietnam.

    Written on Rabu, 20 March 2019 11:56 Read more...
  • MINGGU DISIPLIN SEKOLAH "TIRU MACAM SAYA"

    Batang Kali2

    14 Mac 2019 (Khamis), SK Bandar Baru Batang Kali - Seramai 19 orang pelajar jurusan Penggayaan Rambut bersama 3 orang pegawai iaitu Pn. Janefer, Pn. Rosmalinda dan Pn. Hafizah dari Jabatan Personal IKBN Peretak telah dijemput menyertai Khidmat Bakti untuk Program Gunting Rambut Sempena Minggu Disiplin Sekolah yang bertemakan Kempen "Tiru Macam Saya" yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. Program ini bertujuan untuk menitikberatkan kekemasan murid terutama bahagian rambut di samping membuat Job Order kepada guru dan kakitangan sekolah tersebut. Selain itu, program ini juga dapat mendedahkan pelajar jurusan Penggayaan Rambut kepada suasana salon sebenar disamping membuat khidmat awam kepada pelajar sekolah.

    Written on Jumaat, 15 March 2019 11:47 Read more...
  • PROGRAM GARAJ KERJAYA

    Garaj

    10 Mac 2019 (Ahad), Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu - Seramai 60 orang pelajar IKBN Peretak telah menyertai Program Garaj Kerjaya anjuran NGOs Team Selangor. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada tatacara dan etika semasa menghadiri temuduga dan pengucapan awam.

    Written on Jumaat, 15 March 2019 11:44 Read more...
  • PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI DAN KERJAYA 2019 DI SMK SERI KUNDANG, RAWANG

    seri Kundang

    23 Februari 2019 (Sabtu) – IKBN Peretak telah mengadakan pameran sempena Program Pendidikan Tinggi Dan Kerjaya 2019 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang, Selangor. Program pada kali ini lebih kepada penyampaian maklumat dan mempromosikan IKBN Peretak. Selain itu juga, Job Oder Peretak adalah antara tumpuan kepada para pengunjung. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Salehudin Bin Amirudin, Adun Kuang.

    Sumber: Unit Promosi, CHI

    Written on Isnin, 25 February 2019 15:15
  • TAKLIMAT SKIM KREDIT KEMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) DAN PENARAFAN BINTANG

    SKKM

    IKBN Peretak, 22 Februari 2019 (Jumaat) – Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah mengadakan sesi taklimat mengenai pelaksanaan Skim Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) dan Penarafan Bintang bertempat di Makmal Komputer 2, IKBN Peretak.

    Written on Isnin, 25 February 2019 15:04 Read more...
  • VISIT BY TEACH FOR MALAYSIA & MY READERS

    EEI 1

    EEI 2

    EEI 3

    18 February 2019, Monday: IKBN Peretak received a visit from Ministry of Youth & Sports (KBS) lead by Mr. Hafez Fikri Bin Md. Reza, Mr. Mohd Azreen Bin Abd Aziz and the representative from myreaders.org, Mr. Alex Lim and Miss Tay Sue Yen. The visit entitles ‘Teach for Malaysia & My Readers’, is to observe how and what are the teaching methodology used by the instructors at IKBN Peretak in order to enhance the English proficiency among the students as well as, to tackle the techniques used by the instructors to overcome the fear of learning English Language among the students. This visit focused on F&B students from the Hospitality Department.

     

    Prepared by : Mdm. Nurashima Bt Zainal Othman, Vice Secretary of EEI IKBN Peretak.

    Written on Selasa, 19 February 2019 12:09
  • KURSUS PENGURUSAN RISIKO SPK MS ISO 9001:2015

    risiko ISO

    IKBN PERETAK, 15 Februari 2019 (Jumaat) – Kursus Pengurusan Risiko SPK MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan pada 14 hingga 15 Februari 2019 bertempat di Bilik Kuliah 3, IKBN Peretak. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Zailan binti Yussoff dari Laluan Minda Consult. Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutup bagi kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iaitu Pn. Siti Muhariah Binti Untong dengan menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan sijil penyertaan kepada wakil peserta.

    Written on Isnin, 18 February 2019 17:44
  • KURSUS AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

    audit ISO 

    IKBN PERETAK, 13 Februari 2019 (Rabu) – Kursus Audit Dalaman ISO 9001:2015 telah dilaksanakan pada 11 hingga 13 Februari 2019 bertempat di Bilik Kuliah 3, IKBN Peretak. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Zailan binti Yussoff dari Laluan Minda Consult dan telah dihadiri oleh 25 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri dari juruaudit dalaman dan  pemegang prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 IKBN Peretak.

    KURSUS PENGURUSAN RISIKO SPK MS ISO 9001:2015

     

    IKBN PERETAK, 15 Februari 2019 (Jumaat) – Kursus Pengurusan Risiko SPK MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan pada 14 hingga 15 Februari 2019 bertempat di bilik kuliah 3, IKBN Peretak. kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Zailan binti Yussoff dari Laluan Minda Consult. Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutup bagi kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iaitu Pn. Siti Muhariah Binti Untong dengan menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan sijil penyertaan kepada wakil peserta.

    Written on Isnin, 18 February 2019 17:41
  • PROGRAM JOM SEMBANG USAHAWAN

    sembang

    Tamarind Square, Cyberjaya, 16 Februari 2019 (Sabtu) – Kelab Usahawan IKBN Peretak telah menghantar penyertaan bagi 'Program Jom Sembang Usahawan' anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Panel jemputan adalah dari Kementerian Pembangunan Usahawan, TEKUN, MPM dan Suruhanjaya Koop. Seramai 5 orang peserta menghadiri program ini yang mana objektif program ini adalah memberi pendedahan berkaitan senario semasa perniagaan koperasi di Malaysia. Antara aktiviti menarik yang disusun oleh pihak penganjur seperti forum, booth pameran, panel profesional dan perkongsian pengalaman usahawan berjaya.

    Disediakan oleh : Puan Fazila Binti Ramli

    Written on Isnin, 18 February 2019 16:54
  • PROGRAM SMART INSAN

    SMART

    IKBN PERETAK, 16hb Februari 2019 (Sabtu) – Unit Hal Ehwal Islam IKBN Peretak bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor telah berjaya melaksanakan program SMART Insan yang telah diadakan pada 15 hingga 16 Februari 2019 di sekitar lokasi IKBN Peretak. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar wanita daripada pelbagai jurusan telah menyertai program tersebut.

    Written on Isnin, 18 February 2019 16:52 Read more...
  • TAKLIMAT KEWANGAN DAN PERKHIDMATAN KAUNTER MOBILE TEAM OLEH KWSP

    KWSP

    IKBN PERETAK, 15 Februari 2019 (Jumaat) - Bertempat di Auditorium IKBN Peretak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Rawang telah mengadakan Taklimat Kewangan dan perkhidmatan Kaunter Mobile Team kepada para pelajar IKBN. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan produk dan perkhidmatan KWSP serta mempromosikan kesedaran berkaitan kepentingan perancangan kewangan / persaraan kepada umum.

    Written on Isnin, 18 February 2019 16:49 Read more...
  • TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2018 IKBN PERETAK

    APC

    IKBN PERETAK, 12 FEBRUARI 2019 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkankan majlis bagi meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 di Royal Ballroom Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan hari ini. Seramai 6 orang kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah dianugerahkan APC yang disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Para penerima anugerah dari IKBN Peretak adalah terdiri daripada Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff, Pn. Nurul Asyikin Binti Azhar, En. Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir, Pn. Norazilah Binti Abdul Rahman, Pn. Zanzurina Binti Bakri dan En. Azizan Bin Ali. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

    Written on Selasa, 12 February 2019 12:31
  • PROGRAM PERTANDINGAN MASAKAN KAMPUNG DAN GUNTING RAMBUT PERCUMA

    semenyih

    10 Februari 2019 (Ahad). Program Pertandingan Masakan Kampung dan Gunting Rambut Percuma telah diadakan di Masjid Jamek Kg Pasir,Ulu Semenyih bersempena lawatan rasmi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman. Program melibatkan penyertaan pertandingan memasak disertai seramai 20 pasukan yang diadili oleh pengajar IKBN Peretak iaitu Pn.Harmayah dan Pn. Shazila dari Jabatan Hospitaliti. Selain itu, En.Fairuz pengajar bidang pastri juga menunjukkan demo pembuatan dan persembahan mendeko kek. Manakala, Pn. Janefer dari Jabatan Personel bersama pelajar jurusan Perekaan Gaya Rambut turut memberikan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada masyarakat setempat. Sambutan pada kali ini amat meriah dengan kehadiran YB Menteri Belia dan Sukan yang turut beramah mesra dengan pengunjung dan penduduk setempat.

    Disediakan Oleh: Unit Promosi IKBN Peretak

    Written on Selasa, 12 February 2019 10:57
  • PERBINCANGAN DAN SESI LAWATAN TAPAK CADANGAN PENANAMAN NANAS DI IKBN PERETAK

    nanas

    16 Januari 2019, IKBN Peretak – Satu Perbincangan dan sesi lawatan tapak cadangan penanaman nanas telah diadakan bersama Lembaga Peridustrian Nanas Malaysia (LPNM) Cawangan Negeri Selangor. LPNM telah diwakili oleh En. Rosmizan bin Mohd Noor, Pengarah LPNM Negeri Selangor dan En. Amhaarizal bin Mohd Amin.

    Written on Jumaat, 01 February 2019 13:37 Read more...
  • PERBINCANGAN BERSAMA UNIT KAWALAN VEKTOR, PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR

    PKD

    15 Januari 2019, IKBN Peretak - Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Unit Kawalan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor. PKD telah dihadiri oleh Dr. Shuhaida binti Mohd Sidek, Pegawai Epidemologi bersama Puan Azren, Inspektor Kesihatan PKD.

    Written on Jumaat, 01 February 2019 13:33 Read more...
  • KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN DI BOOTH IKBN PERETAK SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KBS BIL 1/2019

    KBS

    17 Januari 2019 (Khamis) - Kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan Saudara Syed Saddiq di booth IKBN Peretak sempena perhimpunan bulanan KBS Bil 1/2019 yang telah di adakan di lobi Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Terkenal dengan julukan 'Bro SS' turut mengambil peluang mencuba rasa biskut Tart Nenas iaitu produk Hospitaliti IKBN Peretak. Turut mengiringi iaitu Dato' Lokman Hakim Bin Ali, KSU KBS, TKSU (P) Dato M Noor Azman Bin Taib, TKSU (S) Puan Ramona Binti Mohd Ramli serta tidak ketinggalan Ketua Pengarah BPKP Dato' Dr Hajjah Wasitah Binti Mohd Yusuf. Selesai melawat booth IKBN Peretak beredar ke booth ILKBS seterusnya.

    Disediakan oleh : Puan Suellen Binti Muhamad Sharif

    Written on Jumaat, 18 January 2019 17:26
  • MINGGU PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 1/2019

    MIPAR 19

    11hb. Januari 2019 - Jumaat, IKBN Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar Baru bermula 7hb. Januari hingga 11hb. Januari 2019. Pelajar baru yang melapor diri adalah seramai 19 orang dan MIPAR ini juga dihadiri oleh seramai 43 orang pelajar lama Sesi 2/2018 (Kemasukan Ke 2) yang belum pernah mengikuti Minggu Paradigma Pelajar.

    Written on Rabu, 16 January 2019 12:18 Read more...
  • LAWATAN PANEL PENILAIAN PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) JPK

    PPK

    IKBN Peretak, Selasa 08 Januari 2019 – Panel Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) telah mengadakan lawatan ke IKBN Peretak pada hari ini bertugas untuk menilai permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Kemahiran yang akan tamat tempoh pentauliahan program pada penghujung bulan Januari 2019.

    Written on Rabu, 09 January 2019 09:03 Read more...
  • PROGRAM IN HOUSE TRAINING -THE ART OF FRENCH PASTISSERIE

    coklat

    IKBN Peretak, 18 Disember 2018 – Program In House Training bagi Tajuk The Art Of French Pastisserie telah diadakan pada 18 Disember 2018 (Selasa) bertempat di Bengkel Dahlia, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Program ini melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar dari pelbagai bidang di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak.

    Written on Jumaat, 04 January 2019 17:21 Read more...
  • KURSUS INHOUSE – PENYELENGGARAAN MESIN JAHIT

    selenggara MJ

    IKBN Peretak, 21 Disember 2018Bertempat di Bengkel DKM, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Kursus Penyelenggaraan Mesin Jahit secara ‘inhouse training’ yang disampaikan oleh Pn. Rofizah Binti Ibrahim, Ketua Jabatan Tekstil, IKBN Peretak. Kursus ini merupakan perkongsian pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada Kursus Peningkatan Kemahiran (PPK) yang telah dianjurkan oleh IKBN Wakaf Tapai. Seramai enam (6) orang pengajar daripada Jabatan Tekstil dan dua (2) pengajar VTO telah mengikuti kursus ini. Kursus ini dimulakan pada pukul 08.00 pagi dan tamat pada pukul 05.00 petang.

    Disediakan oleh: Puan Rofizah Binti Ibrahim

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:46
  • PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER 2018 SERTA PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK 2019 IKBN PERETAK

    12 2018

    IKBN PERETAK, 20 Disember 2018 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember 2018 serta pembentangan Pelan Strategik 2019 IKBN Peretak bertempat di Auditorium IKBN Peretak.

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:44 Read more...
  • PROGRAM MOTIVASI KERJAYA 2018

    kerjaya

    14hb. Disember 2018 - Jumaat, IKBN Peretak, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan program motivasi kerjaya untuk pelajar-pelajar yang akan ke Latihan Industri pada Januari 2019 nanti. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri.

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:43 Read more...
  • BENGKEL PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK IKBN PERETAK 2019

    Pelan strategik

    IKBN PERETAK, 18 November – Bengkel Penyediaan Pelan Strategik IKBN Peretak 2019 telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 17 dan 18 November 2018. Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md.Shariff telah merasmikan bengkel tersebut serta menyampaikan amanat kepada para peserta yang hadir. Objektif penganjuran bengkel tersebut adalah untuk membincangkan hala tuju serta merangka Pelan Strategik IKBN Peretak 2019.

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:40 Read more...
  • TAKLIMAT USAHAWAN BERSAMA PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

    PUNB

    7hb Disember 2018, IKBN Peretak. Program Taklimat Usahawan Bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah diadakan di Auditorium, IKBN Peretak.

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:36 Read more...
  • PERTANDINGAN MEMASAK DAN UKIRAN BUAH-BUAHAN

    MAWIP

    KUALA LUMPUR, 24 November 2018 (Sabtu) – Satu pertandingan memasak dan ukiran buah-buahan telah diadakan Institut Kemahiran Baitumal (IKB) MAWIP Kuala Lumpur pada 24 November 2018.

    Written on Jumaat, 28 December 2018 17:34 Read more...
  • MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN BACAAN YASIN PERINGKAT IKBN PERETAK

    Maulid

    30hb November 2018 - Jumaat, IKBN Peretak – Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Bacaan Yasin peringkat IKBN Peretak bagi tahun 1440H bersamaan tahun 2018M telah disertai seramai 70 orang pegawai dan 330 orang pelajar IKBN Peretak.

    Written on Selasa, 04 December 2018 15:33 Read more...
  • PENYERTAAN DALAM BEBERAPA PERTANDINGAN DI MAHA 2018

    MAHA2

    MAEPS Serdang - Bersempena Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2018, IKBN Peretak telah menyertai beberapa kategori pertandingan bermula 22 hingga 28 November.

    Written on Selasa, 04 December 2018 15:29 Read more...
  • PENYERTAAN PERTANDINGAN SAJIAN MAKANAN & MINUMAN MALAYSIA 2018 SEMPENA MAHA 2018

    MAHA

    22 November 2018 (Khamis), MAEPS Serdang - IKBN Peretak telah menyertai Pertandingan Sajian Makanan & Minuman Malaysia 2018 dalam Kluster Agrokulinari sempena MAHA 2018.

    Written on Jumaat, 23 November 2018 14:40 Read more...
  • SESI TEMUDUGA DI LAS VACAS SDN BHD

    las vacas

    19hb Nov 2018 bertempat di Las Vacas Desa Seri Hartamas Kuala Lumpur. Seramai 15 orang pelajar semester akhir bagi jurusan Penyediaan Roti Institut Kemahiran Belia Negara Peretak menghadiri sesi temuduga bagi melayakkan menjalani latihan industri di syarikat tersebut.

    Written on Khamis, 22 November 2018 11:09 Read more...
  • PROGRAM CITRA IBADAH, CINTAI KELUARGA SIRI 2

    cintai keluarga

    11hb November 2018 - Ahad, IKBN Peretak – Program Citra Ibadah, Cintai Keluarga Siri 2 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dilaksanakan bertempat di Auditorium IKBN Peretak yang melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2, 3 dan 6, IKBN Peretak.

    Written on Isnin, 12 November 2018 15:51 Read more...
  • PROGRAM CITRA IBADAH CINTAI SOLAT 2018

    solat

    12 November 2018, IKBN Peretak – Program Citra Ibadah Modul Cintai Solat telah dilaksanakan pada 9 dan 10 November 2018. Program ini berlangsung di Surau Nur Salam, IKBN Peretak yang diketuai oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hj. Hasuana. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak iaitu Puan Suraya Binti Sulaiman. Program ini mendapat kerjasama daripada Fasilitator Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI). Seramai 50 orang pelajar tahap 1 IKBN Peretak telah terlibat mengikuti program ini dan semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar dalam mempraktikkannya dalam solat 5 waktu.

    Disediakan oleh : Ustaz Shahrul Iman bin Hj. Hasuana

    Written on Isnin, 12 November 2018 11:25
  • KURSUS IN HOUSE TRAINING - HENNA ARTWORK DESIGN

    henna

    Jabatan personal - Kursus In house Training - Henna Artwork Design (cross bidang) selama 3 hari iaitu pada 7 – 9 November 2018 di Bengkel Lavender, Jabatan Personal. Kursus ini melibatkan seorang pengajar Penggayaan Rambut iaitu Puan Janefer Farida Bt Baharuddin dan seorang pengajar Terapi Kecantikan iaitu Puan Syazana Bt Dzulkefli sebagai penceramah jemputan. Kursus ini bertujuan untuk mempelajari seni lukis henna sebagai ilmu tambahan.

    Disediakan oleh : Pn Syazana Bt Dzulkefli

    Written on Khamis, 08 November 2018 16:55
  • PROGRAM PENYELIAAN & TEAM BUILDING

    Team building roti

    Ahad, 4 November 2018, Melaka - Jurusan Penyediaan Roti ,IKBN Peretak telah mengadakan Program Penyeliaan & Team Building yang dikendalikan oleh Puan Ros Azida Binti Jantan dan Encik Mohd Noor Al-Fahizam Bin Berahim, bertempat di Bayou Lagoon Resort, Bukit Katil, Melaka.

    Written on Khamis, 08 November 2018 16:51 Read more...
  • CERAMAH KESEDARAN BAHAYA ROKOK OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR

    rokok

    31hb Oktober 2018 - Rabu, IKBN Peretak. Bersempena Perhimpunan Bulanan bulan Oktober 2018, satu ceramah Kesedaran Bahaya Rokok oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diadakan di Dewan DAHA IKBN Peretak.

    Written on Jumaat, 02 November 2018 17:29 Read more...
  • KURSUS IN HOUSE TRAINING - BASIC HAIR CUTTING

    cross

    25 Oktober 2018. Kursus In House Training Basic Hair Cutting secara cross bidang telah dijalankan pada 22 hingga 26 Oktober 2018 bertempat di bengkel Avant Garde jurusan Penggayaan Rambut Jabatan Personal, IKBN Peretak.

    Written on Khamis, 25 October 2018 17:42 Read more...
  • PERTANDINGAN RAMBUT DI BEAUTY EXPO KLCC

    beauty

    KLCC Kuala Lumpur, seramai 3 orang pelajar iaitu Rushda Adiba, Natasha dan Tengku Danish dari jurusan Penggayaan Rambut Semester 2 telah menyertai Pertandingan International Mastery Award IMA Passion Runway Upstyle Hair Competition di Pameran Beauty Expo KLCC pada 8 Oktober 2018 yang lalu dan telah mendapat tempat saguhati.

    Written on Khamis, 25 October 2018 17:36 Read more...
  • PROGRAM ADVOKASI 'KLIK DENGAN BIJAK'

    klik

    Jumaat, 19 Oktober 2018. Pusat Internet Kuala Kubu Bharu dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah mengadakan Program Advokasi 'Klik Dengan Bijak' bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Program ini di hadiri seramai 132 orang pelajar dari semester dua meliputi jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Jahitan Pakaian Wanita, Pastri, Penyajian, Penyediaan Makanan, Perkhidmatan Gunting Rambut dan Terapi Kecantikan.

    Written on Isnin, 22 October 2018 10:15 Read more...
  • KUNJUNGAN PIHAK PENGURUSAN DARUL QURAN KE IKBN PERETAK

    DQ

    19 Oktober 2018, IKBN peretak - IKBN Peretak hari ini menerima kunjungan daripada pihak pengurusan Darul Quran. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menjalinkan hubungan disamping bertukar pandangan serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cara pengurusan asrama yang bersistematik dan kursus yang bersesuaian dengan unit kolej kediaman.

    Written on Isnin, 22 October 2018 10:10 Read more...
  • KURSUS ASAS KECEMASAN (EMERGENCY RESPOND TEAM)

    ERT

    Khamis, 18 Oktober 2018 - Unit Perubatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Pelajar telah berjaya mengadakan Kursus Asas Kecemasan (Emergency Respond Team) yang di adakan di Auditorium IKBN Peretak.

    Written on Jumaat, 19 October 2018 15:46 Read more...
  • JEMPUTAN DARI SMK PROTON BAGI MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA

    Proton

    18 Okt 2018, Rabu. Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak, telah menerima jemputan dari Unit Bimbingan Kerjaya & Kaunseling SMK Proton City bagi Minggu Pendidikan Kerjaya.

    Written on Khamis, 18 October 2018 17:06 Read more...
  • FORUM CENDEKIA UMMAH KOMPONEN IPTA/IPTS – CINTA VS CITA

    cendekia

    12hb Oktober 2018 - IKBN Peretak. Program berbentuk forum perdana iaitu Cendekia Ummah Komponen IPTA/IPTS Peringkat Negeri Selangor anjuran bersama IKBN Peretak & Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah berjaya dilaksanakan. Program ini menjadi sangat menarik dengan kehadiran para panel dan moderator yang hebat iaitu, Imam Muda Asyraff, Da'i Wan dan Ustaz Anwar Afiq dengan dengan tajuknya Cinta VS Cita.

    Written on Selasa, 16 October 2018 16:25 Read more...
  • KURSUS PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK) DAN LATIHAN SEMULA TENAGA PENGAJAR 2018

    kursus PPK

    Jumaat, 12 Oktober 2018. Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) Peretak telah berjaya melaksanakan Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Dan Latihan Semula Tenaga Pengajar 2018 dalam bidang Tetapi Kecantikan. Kursus 'Body Electrical Treatment - Anatomy, Physiology & Body Electrotherapy' telah dijalankan di pusat latihan swasta, Issamay School of Beauty, Dataran Prima Petaling Jaya.

    Written on Isnin, 15 October 2018 17:14 Read more...
  • PERTANDINGAN INOVASI - JACKFRUIT SEEDS CRACKER

    Jackfruits

    10 Oktober 2018, Kuantan - IKBN Peretak telah menghantar penyertaaan dari Jurusan Penyediaan Roti yang diketuai oleh Puan Ros Azida Binti Jantan dan empat orang pelajar bagi Pertandingan Inovasi sempena Festival Agro Makanan dan Bioteknologi 2018 (FAMB2018) anjuran Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Polieknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

    Written on Khamis, 11 October 2018 09:42 Read more...
  • SEMINAR PASAK AKIDAH PERKASA SYARIAH

    PAID

    9 Oktober 2018 , IKBN Peretak - Satu seminar ilmu anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor dengan kerjasama IKBN Peretak bertajuk Pasak Akidah Perkasa Syariah.

    Written on Khamis, 11 October 2018 09:39 Read more...
  • PROGRAM CITRA IBADAH SIRI 1 (CINTAI KELUARGA)

    citra

    7 Oktober 2017 Kundang/ Rawang - Program Citra Ibadah siri 1 (Cintai Keluarga), telah diadakan di Pusat Perlindungan Remaja Wanita Rahdatul Sakinah (RS). Kehadiran kami telah disambut oleh pihak pengurusan Rahdatul Sakinah Berhad, iaitu Puan Siti Aini bt Jamil. Antara pengisian program adalah seperti demo masakan iaitu cara membuat biskut coklat chips oleh Chef Fairuz bin Abd Gafar, pengajar dari Jabatan Hospitaliti, perkhidmatan mengunting rambut oleh pelajar jurusan Perekaan Gaya Rambut, Jabatan Personel serta aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama pelatih RS. Program berakhir pada pukul 1.30 petang.

    Disediakan oleh : Noor’Azah binti Ali@Ahmad

    Written on Selasa, 09 October 2018 12:01
  • PROGRAM GEGAR 10,000 LANGKAH MERDEKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

     

    10000

    6 Oktober 2018 - IKBN PERETAK, Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka sempena Hari Sukan Negara telah diadakan di perkarangan Padang Kawad IKBN Peretak, anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kubu Bharu dan IKBN Peretak dengan kerjasama agensi kerajaan di Daerah Hulu Selangor.

    Written on Selasa, 09 October 2018 11:57 Read more...
  • KURSUS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) IKBN PERETAK

    AUDIT EKSA

    IKBN PERETAK, 9 OKTOBER 2018 – Kursus Pengauditan EKSA telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2018, bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Champion EKSA iaitu Sr. Rabiulkhair Bin Mohd Nor selaku Juru Ukur Gred 48 dari INSTUN, Tanjung Malim, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merupakan penceramah yang telah dipilih dalam membimbing peserta berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ini.

    Kursus yang berlangsung selama sehari ini dapat memperbaiki pemahaman warga IKBN Peretak pada pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan hala tuju ke arah persijilan semula. Seramai 31 orang peserta di kalangan jawatankuasa EKSA yang dilantik telah menyertai kursus ini. Banyak manfaat yang diperolehi oleh para peserta di samping memperbaiki pengetahuan masing-masing pada amalan EKSA. Kursus ini berakhir dengan majlis penutupan oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman selaku Pengerusi EKSA IKBN Peretak, penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan sesi bergambar secara berkumpulan.

    Disediakan/ Disunting Oleh: Rohaya Binti Mamat

    Written on Selasa, 09 October 2018 10:27
  • PERTANDINGAN FACE PAINTING DAN SPECIAL EFFECT MAKEUP

    face

    29 September 2018 - Mydin Pulau Sebang Melaka, Pertandingan Kemahiran Terbuka Peringkat Kebangsaan Kolej Komuniti 2018 "Let's Deco 2.0 Beauty Galore". IKBN Peretak dijemput untuk menyertai Pertandingan Face Painting dan Special Effect Makeup. Seramai 2 orang peserta dihantar untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dirasmikan oleh YB Mohd Rafiq Bin Naizamohideen, Exco Perindustrian, Perdagangan & Perlaburan Melaka merangkap ADUN Kawasan Paya Rumput. Pelbagai aktiviti yang berlangsung antaranya Pertandingan Mewarna, Henna Art, Nail Art, Bridal Makeup serta Persembahan Tarian SK Kemuning. Siti Nurul Izzah Binti Samsubahari telah menjuarai pertandingan Special Effect Makeup dan Nur Syazira Binti Mohd Hanafi telah mendapat Saguhati.

    Disediakan oleh : Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman

    Written on Isnin, 01 October 2018 15:44
  • PAMERAN SEMPENA HARI UNESCO MALAYSIA

    Unesco

    29hb -30hb September 2018. Bulatan Aman Jaya Ipoh Perak, Hari Unesco Malaysia di anjurkan oleh Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM). IKBN Peretak berbesar hati turut dijemput menjayakan sambutan tersebut yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato Azumu sebentar nanti. Sebanyak 39 agensi turut mengambil bahagian dalam pameran interaktif yang diadakan.

    Written on Isnin, 01 October 2018 15:18 Read more...
  • PROGRAM CERAMAH PEMBASMIAN NAJIS DADAH PERINGKAT IKBN PERETAK

    dadah2

    IKBN Peretak - 21hb September 2018, Jumaat. Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Ceramah Pembasmian Najis Dadah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor.

    Written on Isnin, 24 September 2018 10:51 Read more...
  • KURSUS MEN UPPERCUT & POMPADOUR (SKIN FADE, LOW FADE, MEDIUM FADE & HIGH FADE)

    salon

    Isnin, 24 Sept 2018. Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) Peretak telah melaksanakan Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Dan Latihan Semula Tenaga Pengajar 2018 dalam bidang Perekaan Gaya Rambut.

    Written on Isnin, 24 September 2018 10:39 Read more...
  • PERKHIDMATAN SOLEKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS PERASMIAN SPA IDOL & SPA MONTH

    puspanita KBS

    20 September 2018, Wakil pelajar Nurul Izzah Bt Samsurbahari yang telah menghadiri program K-Beauty Vocational Training di Korea pada Mac hingga Mei 2018 yang lalu dari Jurusan Terapi Kecantikan Jabatan Personal telah memberi perkhidmatan solekan kepada Pengerusi Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Puan Chan Jo Rin sempena pelancaran Majlis Perasmian SPA IDOL & SPA month. Selain itu Jabatan Personal & Jabatan Tekstil turut membuat perkhidmatan job order serta tempahan baju korporat.

    Disediakan oleh : Puan Shaliza Binti Ahmad Powab

    Written on Khamis, 20 September 2018 17:16
  • LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DELIGASI KEMBOJA KE IKBN PERETAK

    kemboja

    19 September 2018, Rabu. Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) Peretak dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima lawatan kunjungan hormat Deligasi Kemboja seramai 20 orang yang bertujuan melihat pembangunan belia yang diamalkan di Institut Latihan Kemahiran Belia Sukan Malaysia.

    Written on Khamis, 20 September 2018 14:46 Read more...
  • PERKHIDMATAN MELUKIS HENNA DAN RAWATAN MANICURE SEMPENA SPA MONTH DIBAWAH PUSPANITA CAWANGAN KBS

    SPA KBS

    13 September 2018, Jabatan Personel IKBN Peretak telah melakukan perkhidmatan melukis henna dan rawatan manicure sempena SPA Month dibawah Puspanita Cawangan KBS di Ruang Lobi KBS, Putrajaya.


    Disediakan oleh : Puan Syazana Binti Dzulkefli

    Written on Khamis, 20 September 2018 14:42
  • TEAM BUILDING KEPIMPINAN MPP IKBN PERETAK 2018

    WhatsApp Image 2018 09 08 at 10.39.45 AM

    Team

    20 September, Kuala Kubu Bharu – Bagi memantapkan tahap motivasi diri pada setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2/2018 – 2/2019 dalam tugasan harian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Alumni ILKBS telah mengambil inisiatif menganjurkan kursus Team Building Kepimpinan (MPP) IKBN Peretak pada 8 hingga 9 September 2018.

    Written on Khamis, 20 September 2018 14:38 Read more...
  • TAKLIMAT LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT OLEH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

    LMM1

    LMM2

    13 September 2018, Khamis, Bertempat di Auditorium IKBN Peretak telah berlangsung Taklimat Literasi Media dan Maklumat anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dengan kerjasama Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (BGLM) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

    Written on Rabu, 19 September 2018 10:26 Read more...
  • PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL INSTITUT MAKLUMAT DAN ANALISIS PASARAN BURUH, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

    KSM

    06 September 2018. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak telah berlangsung pertemuan dan perbincangan pihak pengurusan IKBN Peretak bersama wakil Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, Kementerian Sumber Manusia. Objektif utama taklimat dari kedua-dua pihak adalah berdasarkan Kajian Pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Ke Arah Negara Maju dan Halatuju sehingga 2050. IKBN Peretak telah dipilih sebagai salah sebuah institusi perintis bagi tujuan kajian tersebut.

    Disediakan oleh : Encik Abdul Rashid Bin Hj. Mohd. Munir

    Written on Khamis, 06 September 2018 17:42
  • SEMI FINAL PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2018

    semi Hendon

    IKBN Peretak pada 25 - 26 Ogos 2018, bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur berlangsungnya Peringkat Semi Final Pertandingan Piala Seri Endon 2018. Seramai 27 penyertaan bagi Fesyen Kategori telah terpilih bagi peringkat ini daripada hampir 100 penyertaan yang menyertai dan hanya 12 peserta yang akan dipilih ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 9 September 2018 bertempat di KLCC. Jabatan Tekstil, yang diketuai oleh Pn.Norfarizan Binti Jawahir bersama ahli kumpulannya Pn.Zainab Bt Majid, Pn.Norazlina Bt Nasron dan Pn.Syarifah Khairani Bt.Shaari telah menyertai pertandingan ini.

    Disediakan oleh : Puan Norfarizan Binti Jawahir

    Written on Khamis, 06 September 2018 17:35
  • JURUSOLEK DAN PENDANDANAN RAMBUT BAGI KONTIJEN PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN

     

    solek

    31 OGOS 2018 –Jabatan Personal, IKBN Peretak telah ditugaskan sebagai jurusolek dan pendandanan rambut untuk 190 orang peserta yang memakai pakaian etnik bagi Kontijen Perbarisan Hari Kemerdekaan ini bertema “Sayangi Malaysiaku” bertempat di Kementerian Belia & Sukan, Putrajaya. Seramai 6 orang pegawai dan 27 orang pelajar bertugas seawal Jam 3.30 pagi sebagai jurusolek dan pendandan rambut. Selain itu, Puan Janefer Binti Baharuddin merupakan pengajar Penggayaan Rambut telah ditugaskan untuk melakukan dandanan rambut Timbalan ketua Setiusaha Puan Ramona Binti Mohd Razali.

    Disediakan oleh : Puan Hafizah Binti Rumli

    Disunting oleh : Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman

    Written on Khamis, 06 September 2018 10:42
  • SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT IKBN PERETAK

    merdeka 61

    30hb Ogos 2018. IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu.  Sambutan Hari Kemerdekaan disambut meriah oleh warga Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 turut dirasai apabila warga IKBN cantik berpakaian jalur gemilang yang dimonopoli oleh warga Jabatan Tekstil. Seawal jam 7.30 pagi acara memanaskan badan sebelum pelepasan Fun Run Merdeka IKBN Peretak dilepaskan oleh Puan Normahsyuri binti Md.  Shariff. Warga IKBN berlari bersama -sama tanda penyatuan antara Warga IKBN Peretak sejauh 1.5km. Acara diakhiri dengan cabutan nama bertuah serta pakaian paling kreatif bagi kategori pelajar dan pegawai. Kategori pelajar dimenangi oleh saudara Mohamad Sharul Nizam Bin Sharil & saudari Siti Syafiqah Binti Roslaini. Manakala kategori pegawai dimenangi oleh Puan Rofizah binti Ibrahim dan Encik Mohd Fairuz bin A. Ghaffar. Hadiah disampaikan oleh pengarah IKBN Peretak.

    Disediakan oleh : Puan Suellen Binti Muhamad Sharif

    Written on Khamis, 30 August 2018 14:08
  • KURSUS ENGLISH EMPOWERMENT INITIATIVE (EEI) 20:50 KEPADA TENAGA PENGAJAR

    BM EEI

    29 Ogos 2018, Kursus English Empowerment Initiative (EEI) 20:50 kepada Tenaga Pengajar IKBN Peretak telah berlangsung pada 28 -29 Ogos 2018 bertempat di Bilik Kuliah 3. Kursus ini melibatkan tenaga pengajar sebanyak 28 orang yang terdiri daripada Jabatan Personal, Jabatan Tektil, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Pengajian Umum dan Cawangan Pengurusan Pelajar (Bina Insan). Tenaga Pengajar menjalankan aktiviti Sharing Talk 20:50 seperti Let's Learn Grammar "Preposition" dan Explore the World of Grammar WH-Question bersama-sama dengan penceramah. Selain itu, Pertandingan English Language Game telah diadakan diakhir slot bertempat di Auditorium iaitu Spell It Right yang melibatkan semua peserta kursus ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Azaeen Binti Abd Aziz bagi tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Puan Zaleha Binti Arshad dan Puan Salimah Binti Abdul Latif. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff.

    Disediakan oleh : Puan Syazana Binti Dzulkefli

    Written on Khamis, 30 August 2018 13:53
  • SHARING KNOWLEDGE- “ENGLISH EMPOWERMENT INITIATIVE 20:50 COURSE FOR IKBN PERETAK EDUCATORS”

    EEI 1EEI 2

    EEI 3EEI 4

    NATIONAL YOUTH SKILLS INSTITUTE OF PERETAK, August 29 2018 – The committe of English Empowerment Initiative Programme (EEI) National Youth Skills Institute of Peretak has taken one step close to achieve the vision of 2020 by hosting an English Course known as EEI 20:50 for the IKBN Peretak Educators. This programme took place at IKBN Peretak.

    Written on Khamis, 30 August 2018 13:41 Read more...
  • KURSUS IN-HOUSE TRAINING :FROZEN FOOD

    frozen

    IKBN Peretak, 20.08.2018 - Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak telah mengadakan kursus in-house training : Frozen Food yang melibatkan 10 orang tenaga pengajar Jabatan Hospitaliti. Kursus secara hands-on ini dikendalikan oleh En.Mohd Fairuz bin A.Ghaffar, tenaga pengajar pakar bidang penyediaan Pastri berkongsi ilmu yang beliau perolehi semasa menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang lepas. Objektif kursus ini ialah pengajar boleh mengetahui teknik sejukbeku makanan dan teknik pembungkusan. Antara produk sejukbeku yang dihasilkan adalah karipap, donut, pau kacang dan kuih bakar.

    Disediakan oleh : Puan Maraini Binti Mat Isa

    Written on Khamis, 30 August 2018 13:28
  • PROGRAM MENTOR-MENTEE BIDANG TERAPI KECANTIKAN - RAWATAN MANICURE

    manicure

    PERETAK, 17 OGOS 2018 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Rawatan Manicure di bawah program Mentor-Mentee bagi bidang Terapi Kecantikan Kursus ini diadakan pada 13 sehingga 17 Ogos 2018 di Bengkel Lavender, Jabatan Personal. Puan Shaliza Binti Powab yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun dalam bidang Terapi Kecantikan ini bertindak sebagai mentor kepada Puan Syazana Binti Dzulkefli. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi ilmu dalam rawatan manicure kepada pengajar lain yang tidak mempunyai kepakaran dan mengasah kemahiran pengajar untuk lebih mahir pada masa akan datang. Kursus ini juga merangkumi beberapa aktiviti lain seperti melakukan kikir kuku, buffer kuku, mencantikkan dan mewarnakan kuku pelanggan.

    Disediakan oleh : Puan Syazana Binti Dzulkefli

    Written on Isnin, 27 August 2018 17:42
  • PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PESERTA K-BEAUTY VOCATIONAL TRAINING FOR ASEAN YOUNG WOMEN DI KOREA

    korea

    PERETAK, 16 OGOS 2018 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah menganjurkan program perkongsian ilmu pada 14 hingga 16 Ogos 2018 oleh salah seorang pelajar mereka, Siti Nurul Izzah Binti Samsurbahari yang telah menghadiri Program K-Beauty Vocational Training anjuran University Gwangju, Korea selama dua (2) bulan pada 22 Mac hingga 15 Mei 2018 yang lalu. Pelajar tersebut telah berkongsi ilmu dalam bidang penggayaan rambut bersama pengajar dan pelajar jurusan Penggayaan Rambut. Perkongsian ilmu juga merangkumi beberapa modul iaitu dandanan rambut, jalinan dan sanggul, rebonding dan hair colouring.

    Disediakan oleh: Puan Janefer Farida bt Baharuddin

    Disemak oleh: Puan Syazana bt Dzulkefli

    Written on Isnin, 27 August 2018 17:39
  • PELEPASAN KONTINJEN SUKAN IKBN PERETAK KE KEJOHANAN SUKAN ILKBS

    sukan

    IKBN Peretak, 17 Ogos 2018Pelepasan Kontijen Sukan IKBN Peretak ke Kejohanan Sukan ILKBS yang akan berlangsung di IKBN Pekan bermula daripada 18 – 20hb Ogos 2018. Kontinjen terdiri daripada 37 orang pelajar dan 9 orang pegawai selaku jurulatih serta pegawai pengiring. Acara ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Muhariah binti Untong selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak bagi mewakili Pengarah yang sedang berkursus di Melaka. Selain itu, para pegawai dan pelajar IKBN Peretak turut hadir bagi memberi sokongan serta menaikkan semangat para kontijen. Acara ini berakhir dengan bacaan doa agar perjalanan kontijen dan pegawai selamat ke destinasi serta pulang membawa kejayaan. 

    Disediakan oleh : Aimi Bazilah Binti Mat Yusof

       Disunting oleh : Noor Azah Binti Ali@Ahmad

    Written on Jumaat, 17 August 2018 16:21
  • VISITING LECTURER- “THE IMPORTANCE OF ENGLISH AT WORKPLACE”

    Visiting

    NATIONAL YOUTH SKILLS INSTITUTE OF PERETAK, August 09 2018 – In collaboration with the vision 2020, 50% of the teaching and learning process at National Youth Skills Institutes will be conducted using English Language. Therefore, as a step closer to achieve the vision, National Youth Skills Institute of Peretak has taken the initiative with the collabaration of Department of General Studies, Department of Industrial Relation and English Empowerment Inssiative Programme Commitee by organising A Visiting Lecturer Programme.

    Written on Jumaat, 10 August 2018 14:44 Read more...
  • KURSUS PERSEDIAAN PENGAJAR BAGI PERLAKSANAAN PROGRAM 20:50

    TN

     

    IKBN Peretak, 19 Julai 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah selesai melaksanakan keempat-empat modul Kursus Persediaan Pengajar bagi Perlaksanaan Program 20:50  untuk Kumpulan 3 bermula pada bulan  April  2018 hingga Julai 2018.

    Written on Jumaat, 27 July 2018 11:36 Read more...
  • KURSUS FOLK’S ART PAINTING FOR OCCASIONAL CAKE MINIATURE AND BUBBLE CAKE (PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN LATIHAN SEMULA TENAGA PENGAJAR TVET 2018)

    pastri

    14 Julai 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah berjaya melaksanakan Kursus Folk’s Art Painting For Occasional Cake Miniature and Bubble Cakebermula pada 10 Julai 2018 hingga 13 Julai 2018 di bawah Program Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET 2018. Program kursus ini telah dilaksanakan di Bengkel Paradise, Jabatan Hospitaliti dengan melibatkan 10 orang peserta dikalangan tenaga pengajar bidang Pembuatan Pastri dari IKTBN Alor Gajah, IKTBN Bachok, IKBN Kemasik, IKBN Bandar Penawar dan IKBN Peretak.

    Written on Isnin, 23 July 2018 17:59 Read more...
  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI 2018 DAN SAMBUTAN HARI RAYA IKBN PERETAK

    raya

    IKBN PERETAK, 13 JULAI 2018 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak (IKBN Peretak) kali ini dianjurkan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Personel IKBN Peretak bertempat di Dewan DAHA IKBN Peretak yang dirasmikan oleh Puan Pengarah, Normahsyuri Binti Md.Shariff.

    Written on Isnin, 23 July 2018 17:56 Read more...
  • HARI PENGHARGAAN PELANGGAN IKBN PERETAK 2018

    HPP

    IKBN Peretak, 13 Julai 2018 – Program Hari Penghargaan Pelanggan julung kali telah diadakan di Dewan DAHA IKBN Peretak. Program ini merupakan synergy diantara semua pegawai IKBN Peretak dengan Jabatan lain, pelajar, pembekal dan kontraktor perkhidmatan serta komuniti setempat dalam memacu kecemerlangan IKBN Peretak.

    Written on Isnin, 23 July 2018 17:51 Read more...
  • PROGRAM MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SESI 2/2018

    MKKK2 2018

    IKBN PERETAK: Jumaat, 13 Julai 2018, Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 2/2018, anjuran Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 10 Julai hingga 12 Julai 2018.

    Written on Jumaat, 20 July 2018 16:30 Read more...
  • PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA

    D.Darah2 2018

     

    IKBN PERETAK: Selasa, 10 Julai 2018 Satu sesi program derma darah telah diadakan pada 10 Julai 2017 bertempat di Perpustakaan IKBN Peretak Sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 2/2018, yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 10 Julai hingga 12 Julai 2018.

    Written on Jumaat, 20 July 2018 16:22 Read more...
  • LAWATAN DAN PENGAUDITAN AIT & PLIT DI IKBN PERETAK

    audit ILKBS

     

    Kuala Kubu Bharu, 4 Julai 2018 – Lawatan dan pengauditan Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) & Pengurusan Latihan ILKBS Terbaik (PLIT) sedang berlangsung pada 4 – 5 Julai 2018 di IKBN Peretak. Ia bertujuan bagi mengiktiraf institusi dan juga bidang-bidang latihan di ILKBS yang mencapai tahap pencapaian yang sangat cemerlang.

    Written on Rabu, 04 July 2018 15:44 Read more...
  • MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 2/2018

    mipar

    KUALA KUBU BHARU, 2 JULAI 2018 IKBN Peretak telah selesai melaksanakan Minggu Paradigma bagi sesi Julai 2018 dan pada pengambilan kali ini kemasukan pelajar melibatkan seramai 85 orang pelajar baru yang terdiri daripada jurusan Penyajian, Penyediaan Roti, Penyediaan Pastri, Jahitan Pakaian Lelaki, Jahitan Pakaian Wanita Dan Diploma Rekaan Fesyen, bermula 25 hingga 29 Jun 2018.

    Written on Selasa, 03 July 2018 16:38 Read more...
  • PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR ILKBS SESI 1/2018 BAGI IKBN PERETAK

    exam

    08 Jun 2018 - Peperiksaan Akhir Pelajar ILKBS Sesi 1/2018 bagi IKBN Peretak telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 28 Mei 2018.

    Written on Rabu, 27 June 2018 17:49 Read more...
  • HASIL PROJEK AKHIR PELAJAR DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA TEKNOLOGI REKAAN FESYEN

    akhir DRF

    Sebahagian daripada hasil projek akhir pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Rekaan Fesyen yang dibentangkan oleh pelajar semester 6 sesi pengambilan 1/2017 pada 06 hingga 07 Jun 2018 bertempat di Perpustakaan IKBN Peretak.

    Written on Rabu, 20 June 2018 17:46
  • PROGRAM INFAQ BARANG KEPERLUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF SEKITAR KUALA KUBU BHARU

    asnaf

     

    1 Jun 2018, Jumaat - IKBN Peretak telah menyemarakkan lagi Program Ihya Ramadhan dengan amal kebajikan melalui sumbangan bahan mentah kering kepada 20 keluarga asnaf di sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Program ini anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Peretak(KSKK). Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak telah turun padang bersama pelajar MPP serta Pengerusi KSKK utk menyampaikan sumbangan tersebut. 

    Written on Rabu, 13 June 2018 17:42 Read more...
 
Find us on Facebook
Follow Us