IKBN



SERI ISKANDAR

 

LATARBELAKANG


Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di Km 36 dari Bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohamad Zabri Bin Min, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato™ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini menjalankan aktiviti latihan kemahiran dalam bidang elektronik dengan dua jurusan iaitu Elektronik Industri dan Elektronik Audio Visual. Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 3 mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ).


Institut ini juga telah menjalankan pembangunan fasa kedua yang melibatkan penambahan bidang Teknologi Maklumat dengan dua jurusan iaitu Rekabentuk Multimedia Pengarangan dan Rangkaian Komputer.


Pada masa ini kapasiti maksima pelatih yang boleh ditampung oleh institut adalah seramai 500 orang. Ketetapan kapasiti ini adalah berdasarkan kepada segala kemudahan yang disediakan secara percuma. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah asrama lelaki dan perempuan, makmal latihan kemahiran, bilik kuliah, perpustakaan, dewan makan, surau, padang permainan, pakaian seragam dan pengangkutan untuk aktiviti luar.



VISI

Membentuk dan melahirkan generasi belia yang berkemahiran , berdisiplin, berbudaya saing dan berakhlak mulia bagi mengisi pembangunan Negara

 

MISI

Menghasilkan seramai mungkin belia berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal, berdisiplin, berwawasan serta berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketerampilan  selaras dengan Dasar Pembangunan Belia



PIAGAM

PELANGGAN


Kami warga kerja IKBNSI dengan penuh tanggungjawab berjanji : Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti. Memastikan 83% pelajar mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap. Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 20 kali setiap bulan.

 
Find us on Facebook
Follow Us