IKBN



SERI ISKANDAR

 

PERUTUSAN PENGARAH

gambar Pengarah

MD. ISA BIN IBRAHIM
PENGARAH
IKBN SERI ISKANDAR
 
 
 

Assalamulaikum wbt.,

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

            Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Portal Rasmi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak. Dunia telah boleh diterokai dengan mudah dan pantas dengan menggunakan teknologi dan pengetahuan ICT segala maklumat berada dihujung jari . IKBN diamanahkan untuk menjadi pelaksanaan pendidikan dan latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi aspirasi negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

            Sektor pekerjaan vokasional yang kompeten dan mahir telah menjadi agenda penting negara dalam memberikan impak kepada kesejahteraan eknomi belia dengan peluang kerjaya yang lebih luas dalam pasaran pekerjaan. IKBN memberi keutamaan dalam usaha pembangunan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta emosi bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri. Keluaran IKBN dipastikan lengkap berkualiti tinggi secara holistik merangkumi kemahiran hands-on, nilai murni, kemahiran soft-skills, sikap dan jati diri.

Adalah menjadi matlamat IKBN untuk memastikan semua warga kerja memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. Usaha penambahbaikan secara berterusan menjadi budaya di IKBN agar mampu menjadi agen perubahan dan menjadi perintis kepada elemen baru yang unik dan istimewa. Dengan misi melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan lengkap dengan ciri-ciri peribadi positif agar diterima majikan dalam industri seterusnya diharap menerima habuan yang tinggi. 

Pada akhirnya, IKBN bertekad akan terus komited memegang amanah agar kaedah  penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan berada di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti. Diharap natijahnya dapat dinikmati oleh seluruh warga Malaysia seperti digariskan dalam aspirasi Transfomasi Negara.

 

“ Belia Seimbang Negara Terjulang”

 
Find us on Facebook
Follow Us