IKBN



SERI ISKANDAR

 

BERITA

TERKINI

  • TEMUDUGA TERBUKA PEMASANGAN SMART METER TNB BERSAMA SYARIKAT NALURI RASA
    TEMUDUGA TERBUKA PEMASANGAN SMART METER TNB BERSAMA SYARIKAT NALURI RASA

    SERI ISKANDAR, 23 JULAI 2020 (KHAMIS) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama StrategiK, Hal Ehwal Pelajar telah mengatur satu temuduga Syarikat Naluri Rasa Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bumiputra beribu pejabat di Lembah Kelang yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerja-kerja wiring 1 fasa dan 3 fasa/construction/supplier /logistics dan sedang menjalankan projek mega bersama TNB Berhad.


    Seramai 10 orang calon luar dari seluruh daerah negeri Perak dan 14 orang Pelajar Elektrik 2/2018 (PW2 semester 4) IKBNSIP hadir ke temuduga tersebut.

    Perjumpaan mesra tuan pengarah En Md Isa Bin Ibrahim sebelum temuduga bersama Pengarah Urusan En Mohd Khairul Idlan Bin Dato Mohd Noor dan Ir Haji Hamdan Bin Mohamed Head of Execution & Supply Chain bersama di bilik CHIKS IKBNSIP. Temuduga berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

     

    Disediakan oleh

    Mahani Binti Hashim

    Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik

    Written on Jumaat, 24 July 2020 14:40
  • PROGRAM SANITASI DAN DISINFEKSI BANGUNAN BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT SERI ISKANDAR
    PROGRAM SANITASI DAN DISINFEKSI BANGUNAN BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2020 - Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar melakukan operasi sanitasi di institut ini pada 17 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Astaka. Program ini melibatkan anggota bomba unit khas dan dibantu warga ikbn seri iskandar.


    Fokus utama program sanitasi ini melibatkan kawasan bangunan terbabit meliputi bangunan, makmal, bengkel, cafe dan kemudahan terdapat di bangunan tersebut. Usaha sanitasi ini mengambil masa satu hari untuk disiapkan sepenuhnya

    Dalam operasi itu, petugas terlibat menggunakan kaedah semburan cecair pembasmi kuman iaitu clorox dan campuran air dengan sukatan 1:10. Ia dilakukan secara manual menggunakan tong penyembur racun dan penyembur tangan.

    Operasi ini turut disertai Tuan Pengarah, Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama Kakitangan, Syarikat Pembersihan dan Keselamatan. Dalam menjayakan program ini, semua terlibat diberi tunjuk ajar kaedah penyemburan sanitasi betul dengan kadar campuran bahan digunakan oleh anggota bomba tersebut.


    Semoga program ini dapat memberi keyakinan kepada semua warga IKBN Seri Iskandar termasuk pelajar dan ibu bapa bahawa pihak institut sentiasa memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

    Written on Isnin, 20 July 2020 16:05
  • KURSUS STAR@U DANDANAN RAMBUT LELAKI
    KURSUS STAR@U DANDANAN RAMBUT LELAKI

    IKBN SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2020 (JUMAAT) – Program Star@U bagi tahun 2020 dibuka tirai dengan pelaksanaan Kursus Dandanan Gaya Rambut Lelaki. Pada tahun ini, kursus ini diselia oleh Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti.


    Kursus ini dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 15 Julai sehingga 17 Julai 2020 di Makmal Automasi dan Kuliah Umum, IKBN Seri Iskandar. Seramai 10 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada belia yang berumur diantara 15 tahun hingga 30 tahun.

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk terus memperkasakan belia negara melalui Program Star@U atau Skill Training At Risk @ Youth yang mempunyai tiga (3) cabang utama program iaitu Reben KuningMy Future Youth dan MyFuture Youth Plus. Kursus ini memberi peluang kepada semua belia mendapatkan latihan kemahiran secara sambilan, Program Star@U merupakan program dibawah My Future Youth Plus yang menawarkan kemudahan latihan secara PERCUMA kepada semua belia tanpa sijil SPM untuk memperolehi sijil kemahiran dari Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) dan pusat latihan TVET. Peserta kursus akan layak menerima sijil penyertaan kursus modular dan seterusnya peserta program boleh meneruskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

    Antara pengisian program adalah seperti mengenal peralatan gunting rambut, fungsi dan penjagaannya.Teknik-teknik dan kaedah asas menggunting rambut dan mencukur. Mengenal fesyen rambut masa kini. Kaedah pengajaran adalah secara teori dan praktikal dengan mengamalkan etika penjarakan sosial.

    Program ini dirasmikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar Tuan Md Isa Bin Ibrahim dengan ucapan perasmian penutup dan acara penyampaian sijil kepada penceramah serta peserta yang terlibat.

     

    Disediakan oleh:

    Cawangan Hubungan Industri &

    Kerjasama Strategik IKBNSIP

     

    Written on Isnin, 20 July 2020 14:32
  • KURSUS PENYENGGARAAN PENCAHAYAAN IR 4.0
    KURSUS PENYENGGARAAN PENCAHAYAAN IR 4.0

    SERI ISKANDAR, 16 JULAI 2020 - Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti lain, kehidupan manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.


    Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

    Dengan ini, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Elektrik (JTKEE) telah mengadakan Kursus Penyenggaraan Pencahayaan Ke Arah IR 4.0 pada 16 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini merangkumi penerangan teori dan praktikal pemasangan komponen-kompenan peralatan projek ini disamping penggunaan aplikasi Google Assistant untuk kawal peralatan tersebut. Projek ini dipasang di Bilik Mesyuarat Utama sebagai model projek inovasi pelaksanaan penggunaan sistem IR 4.0.

    Turut hadir dalam kursus ini, Tuan Pengarah Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama kakitangan IKBN Seri Iskandar. Pengajar adalah dari kalangan Jabatan itu sendiri iaitu Encik Raja Mudazam Syah Bin Raja Mohd Noor dibantu tenaga pengajar lain iaitu Encik Mohd Faize Bin Masstapar dan Encik Abu Yazid Bin Mustaffa.  

    Objektif utama kursus ini adalah untuk pengenalan mengenai corak industri dan keperluan pekerjaan dalam era 4IR.

    Written on Jumaat, 17 July 2020 16:07
  • KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA MELALUI MEDIA SOSIAL
    KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA MELALUI MEDIA SOSIAL

    SERI ISKANDAR, 9 JULAI 2020 – Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP merasakan satu keperluan bagi memberikan pendedahan teknik penulisan berita dan seni fotografi kepada semua ahli Jawatankuasa tersebut bagi menyalurkan maklumat program jabatan dan info terkini kepada masyarakat dan pengguna khususnya kepada belia di laman media sosial.


    Seramai 20 Ahli Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP menyertai Kursus Penulisan Berita dan Rencana Melalui Media Sosial yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP bertempat di Makmal Komputer Jabatan Pengajian Umum (JPU) baru-baru ini.

    Media sosial adalah salah satu platform yang digunakan terus secara atas talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta kandungan meliputi blog, rangkaian sosial, dan forum kepada masyarakat di seluruh dunia.

    Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Amir - Kharul bin Daud, kursus ini sangat signifikan memandangkan penyebaran maklumat di media sosial yang begitu pantas dicapai oleh semua pengguna yang mempunyai akaun seperti facebook dan instagram.

    “Dengan penganjuran kursus seperti ini setiap ahli Jawatankuasa dapat diberi panduan dan teknik berkaitan penulisan ringkas di media sosial, dan teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Saya berharap dengan pendedahan ini setiap ahli Jawatankuasa akan menggunakan peluang yang ada untuk menyalurkan perkembangan aktiviti yang dijalankan untuk penyiaran berita IKBNSIP melalui media massa dan elektronik untuk dikongsikan kepada  komuniti di luar sana”, jelas Encik Amir-Kharul.

    Kursus yang berlangsung selama dua hari ini iaitu 8 hingga 9 Julai 2020 telah disampaikan oleh penceramah Encik Mohd Nabil Majdi bin Arip dan Encik Muhammad Suhail bin Ahmad.

    Written on Khamis, 09 July 2020 14:18
  • KURSUS DALAMAN JURUAUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
    KURSUS DALAMAN JURUAUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

    SERI ISKANDAR,  30 JUN 2020  – Kursus telah diadakan di Makmal Komputer pada 29-30 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dengan lebih terperinci kepada ahli jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar supaya dapat menjalankan tugas audit dengan cara dan etika yang betul. Penceramah adalah Cik Yeow Ying Ying merupakan Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam pengauditan ini.


    Seramai 20 orang juruaudit dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang terlibat dalam kursus tersebut. Topik ini melibatkan kriteria-kriteria audit EKSA mengikut kehendak dari MAMPU. Para peserta kursus di bawa setiap zon dan tempat bagi melihat dan praktikal tatacara pengauditan dijalankan.

    Pada hari kedua, para peserta dibawa ke bilik mesyuarat untuk pembentangan dan perbincangan setiap penemuan yang ada. Seterusnya majlis penutuapan kursus diadakan. Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikan semasa menjalankan pengauditan mengikut kehendak EKSA MAMPU

    Written on Selasa, 30 June 2020 11:02
  • BENGKEL E-KAMPUS BAGI PEMILIK MODUL BARU
    BENGKEL E-KAMPUS BAGI PEMILIK MODUL BARU

    SERI ISKANDAR,  26 JUN 2020  – Kursus Sistem E-Kampus telah diadakan di Makmal Komputer pada 25-26 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pelaksanaan sistem e-kampus kepada pemilik modul baru dan sedia ada agar sistem e-kampus dapat berjalan lancar di samping juga menangani sebarang isu yang timbul semasa menggunakan sistem ini.


    Penceramah adalah Pn. Hjh. Adaniah Bt Muhamad Radzai merupakan Pengajar Sistem E-kampus IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh pemilik-pemilik modul. Seramai 26 orang yang terlibat dalam kursus tersebut merangkumi semua pemilik modul.

    Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pemilik modul agar sistem e-kampus berjalan lancar

    Written on Jumaat, 26 June 2020 10:57
  • PERTUKARAN PEGAWAI IKBN SERI ISKANDAR
    PERTUKARAN PEGAWAI IKBN SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 18 JUN 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 18 Jun 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.


    Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Sharimah Bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Gred – N32 diatas pertukarannya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2020.

    Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat selama 2 tahun di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

    Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.

    Written on Khamis, 18 June 2020 10:55
  • PROGRAM GOTONG-ROYONG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
    PROGRAM GOTONG-ROYONG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

    SERI ISKANDAR, 17 JUN 2020  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.


    Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 17 Jun 2020 jam 08.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

    Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat batu bahu jalan di bahagian pintu masuk utama hingga kawasan Dewan Dato Maharajalela.

    Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

    Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim.

    Written on Rabu, 17 June 2020 10:53
  • PENJENAMAAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
    PENJENAMAAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

    SERI ISKANDAR,  10 JUN 2020  – EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.


    Sehubungan dengan itu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar mengambil aniasitif dengan membuat penjenamaan semula EKSA di organisasi ini untuk membolehkan ianya dapat meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau, memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

    Gimik pelancaran pelaksanaan EKSA baru telah dilancarkan pada 10 Jun 2020 dengan penonjolan imej baru EKSA menandakan pelaksanaan amalan EKSA berkongsep baru bermula. Diharapkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar meneruskan pengamalan ini agar organisasi akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang selamat, bersih dan memenuhi kepuasan pelanggan.

    Written on Rabu, 10 June 2020 10:48
  • PENILAIAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) TAHUN 2020
    PENILAIAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) TAHUN 2020

    SERI ISKANDAR, PERAK, 16 MAC 2020  – Barisan panel Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2020 yang diketuai oleh Tn Hj Zahari Bin Jusoh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan Penilaian AIT 2020 hari ini ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak.

    Written on Isnin, 16 March 2020 16:42 Read more...
  • LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI IKBN SERI ISKANDAR
    LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI IKBN SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 12 MAC 2020 – Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi samada di dalam sektor kerajaan atau swasta. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran IKBN Seri Iskandar telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan pada 11 Mac 2020 dan ini merupakan latihan yang tahunan.

    Written on Khamis, 12 March 2020 15:46 Read more...
  • AUDIT PENGAWASAN (TAHUN KE-2) ISO 9001:2015 IKBN SERI ISKANDAR, PERAK
    AUDIT PENGAWASAN (TAHUN KE-2) ISO 9001:2015 IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

    SERI ISKANDAR, 3 MAC 2020 – Audit Pengawasan ISO 9001:2015 bagi tahun ke-2 di IKBN Seri Iskandar, Perak telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2020. Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat merupakan Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk melaksanakan keseluruhan proses penilaian terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBN Seri Iskandar, Perak pada tahun yang ke 2 ini.

    Written on Rabu, 04 March 2020 15:42 Read more...
  • CERAMAH AGAMA – AKHLAK PEMANGKIN JATI DIRI MUSLIM
    CERAMAH AGAMA – AKHLAK PEMANGKIN JATI DIRI MUSLIM

    SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI)  telah mengadakan Program Ceramah Agama pada 28 Februari 2020 Jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama kakitangan dan pelajar sambil membaca surah Yassin dan tahlil bagi mukadimah majlis.


     

    Program ceramah ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Sahsiah Dan Kerohanian, Cawangan Pengurusan Pelajar.

    Objektif program ialah untuk memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan serta para pelajar menerusi aktiviti ceramah, memantapkan keberkesanan aktiviti dakwah kepada pegawai dan kakitangan awam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan integriti dalam perkhidmatan awam melalui ceramah agama Islam dan melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai Islam agar terus ditingkatkan dengan licin, teratur dan sempurna.

    Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nurul Kamal Bin Zulkarnain yang merupakan pendakwah bebas. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah berkaitan “Akhlak Pemangkin Jati Diri Muslim”. 

    Written on Jumaat, 28 February 2020 15:54
  • PERHIMPUNAN BULANAN BULAN FEBRUARI 2020
    PERHIMPUNAN BULANAN BULAN FEBRUARI 2020

    SERI ISKANDAR, 27 FEBRUARI 2020 (SELASA) - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Februari 2020 telah diadakan pada 27 Februari 2020 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU), Cawangan Penyelerasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (CHIKS).


    Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh pihak penganjur, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo selaku ketua Jabatan Pengajian Umum. Beliau mengkongsikan teknik-teknik mengucapkan salam kepada orang lain dan berharap warga IKBNSI boleh mengamalkan budaya salam mesra.

    Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau menekankan kepentingan penggunaan masa dan peluang dengan bijaksana.  

    Satu gimik perasmian Program Amalan Membaca Peringkat IKBNSI yang bertema “We Read, We Learn” telah dijalankan oleh Ketua Pengarah, En Md Isa Bin Ibrahim diiringi Timbalan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman dan Ketua Jabatan Pengajian Umum, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo.

    Pada majlis tersebut juga, Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2020 telah dianugerahkan kepada Pn Norhazalinan Binti Noraini dan En Faize Bin Masstapar. Penyampaian hadiah untuk program-program sukan telah dijalankan. Di samping itu, satu pertandingan KAHOOT telah dijalankan sempena kempen membaca bulan ini.

    Seterusnya, pihak penganjur menjemput En Arshad Ahmad dari Cuepacs Living Care untuk memberikan taklimat tentang Cuepacs. Slot yang terakhir perhimpunan ialah taklimat ISO yang diberikan oleh Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman.

    Written on Khamis, 27 February 2020 14:47
  • PENYERTAAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN PITCHING SEMPENA AGROFEST 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH”
    PENYERTAAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN PITCHING SEMPENA AGROFEST 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH”

    SERI MANJUNG, PERAK, 23 FEBRUARI 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak telah menyertai Peringkat Saringan Pertandingan Pitching Agrofest 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH” yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Bahagian Pembangunan Usahawan) pada 23 Februari 2020 bertempat di Arena Square, Taman Samudera  Seri Manjung, Perak.


    IKBN Seri Iskandar Perak telah menghantar tiga (3) projek untuk dipertandingkan iaitu Rechargeable Grass Cutter (RGC), Solartent dan Multipurpose Safety Helmet. Projek inovasi yang pertama, Rechargeable Grass Cutter (RGC) telah diwakili oleh pelajar-pelajar daripada jurusan Elektronik Industri iaitu Khairin bin Azman dan Muhammad Redzuan bin Abdul Wahab. Manakala projek inovasi Solartent pula dibentangkan oleh pelajar-pelajar jurusan Rangkaian Komputer dan diwakili oleh Nazrul Naim bin Khairuddin, Mohammad Azim bin Yasin dan Muhammad Yusuf bin Mohammad Lazim.  Projek inovasi ketiga iaitu Multipurpose Safety Helmet diwakili oleh seorang pengajar jurusan Pendawaian Elektrik 1 Fasa, PW2 Mohd Faize bin Masstapar bersama pelajar-pelajar beliau iaitu Muhammad Nabil Faiq bin Azman, Mohammad Asyrul Asymawi bin Mahidin dan Mohamad Akmal Haziq bin Azri.

    Sebanyak 12 projek telah dibentangkan oleh peserta-peserta pertandingan yang terdiri daripada orang perseorangan dan juga daripada wakil-wakil syarikat serta institut. Walaubagaimanapun ketiga-tiga projek inovasi IKBN Seri Iskandar yang dipertandingkan hanya menerima sijil penyertaan.

    Written on Isnin, 24 February 2020 14:44
  • PROGRAM KEMPEN TVET SEBAGAI KERJAYA DAN MOTIVASI PERDANA
    PROGRAM KEMPEN TVET SEBAGAI KERJAYA DAN MOTIVASI PERDANA

    TG. TUALANG, PERAK 21 FEBRUARI 2020 – Program Kempen TVET sebagai Kerjaya dan Motivasi Perdana telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang. Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan dan menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dan bukan lagi cabang alternatif bagi golongan belia untuk melangkah ke alam kerjaya yang lebih cemerlang dan proaktif. Ia juga merupakan salah satu strategi utama bagi memperkasakan bidang TVET di Malaysia.


    IKBN Seri Iskandar turut sama menjayakan program ini dengan membuka ‘booth’ pameran serta memberi khidmat fotografi dan cetakan gambar untuk pengunjung yang hadir. Program ini telah diselaraskan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Alumni SMK Dato Bendahara CM Yusuf dengan kerjasama pelbagai agensi lain seperti KEMAS, Giatmara, MIDAS, PESDEC, UniKL dan Kolej Komuniti.

    Semoga dengan terlaksananya program ini, seluruh warga belia dan anak muda dapat melihat bidang TVET ini sebagai satu entiti tunggal yang besar dan seragam, tidak berpecah-belah dan sekali gus berkongsi satu sistem yang kuat serta menyeluruh.

    Written on Isnin, 24 February 2020 14:38
  • BENGKEL PEMBANGUNAN SOALAN PENILAIAN SISTEM LATIIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PROGRAM SLDN RMK-11 TAHUN 2019 PENGAMBILAN NOVEMBER
    BENGKEL PEMBANGUNAN SOALAN PENILAIAN SISTEM LATIIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PROGRAM SLDN RMK-11 TAHUN 2019 PENGAMBILAN NOVEMBER

    SERI ISKANDAR, 21 FEBRUARI 2020 (JUMAAT) – Program SLDN RMK-11 Tahun 2019 pengambilan November telah dilaksanakan diantara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik dengan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batu Gajah Perak, Perak. Peserta yang terlibat terdiri daripada pengajar,coach Tahap 2 dan Tahap 3 dan penyelaras yang  mengubal soalan peperiksaan selama 3 hari bermula 19 Februari hingga 21 Februari 2020 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia(APBM) Batu Gajah Perak.


    Antara pengisian program adalah EE-021-2:2012: Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik  dan EE-021-3:2012: Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik. Majlis Berakhir dengan sessi penyerahan dokumen soalan yang telah digubal serta cenderahati kepada Tuan Haji Jamil Bin Nan Penyelaras SLDN (KTMB)  yang disampaikan oleh Puan Nordalilah Binti Yusoff Penyelaras SLDN (IKBNSIP).

    Written on Sabtu, 22 February 2020 14:41
  • SESI ULASAN PEMBENTANGAN SLIDE/ PERSEMBAHAN POWER POINT UNTUK PENYERTAAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN PITCHING SEMPENA AGROFEST 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH”
    SESI ULASAN PEMBENTANGAN SLIDE/ PERSEMBAHAN POWER POINT   UNTUK PENYERTAAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN PITCHING SEMPENA AGROFEST 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH”

    SERI ISKANDAR, 21 FEBRUARI 2020 –Sesi ulasan pembentangan slide/ persembahan power point untuk Pertandingan Pitching Sempena Agrofest 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH” telah diadakan di Makmal Komputer JPU di Blok Giga IKBN Seri Iskandar Perak.


    Sesi ini melibatkan 8 orang pelajar dan 4 orang kakitangan termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Seri Iskandar. Sebanyak Tiga (3) projek yang akan dipertandingkan iaitu Rechargeable Grass Cutter (RGC), Solartent dan Multipurpose Safety Helmet.

    Sesi ulasan ini telah disemak oleh En. Asnoul bin Abdul Halim, wakil penganjur pertandingan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

    Written on Jumaat, 21 February 2020 14:34
  • PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2020/2021 IKBN SERI ISKANDAR
    PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2020/2021 IKBN SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 19 Februari 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan pilihanraya bagi urusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021. Pilihanraya ini telah diadakan pada 19 Februari 2021 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.


    Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP Sesi 2020/2021, proses pemilihan MPP telah dijalankan mengikut penyelarasan yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran.

    Beliau berkata proses pengundian yang diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berjalan lancar tanpa ada apa-apa perkara yang tidak diingini.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Puan Siti Hajar Bt. Sulaiman berkata, proses pengundian berjalan lancar walaupun tahun ini merupakan tahun pertama diuruskan sepenuhnya oleh pelajar.

    “Saya berharap dan saya mahu melihat saudara dan saudari yang terpilih ini menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menyampaikan suara dan pandangan pelajar kepada pihak pengurusan.

    “Jalankanlah tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,”

    Written on Khamis, 20 February 2020 15:53
 
Find us on Facebook
 
Find us on Facebook
Follow Us