IKBN



TANAH MERAH

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah, Kelantan (IKBN Tanah Merah) merupakan salah satu daripada 22 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. Ia merupakan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malayasia Kesembilan (RMK9).

 

IKBN Tanah Merah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan teknikal kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor industri, swasta, kerajaan ataupun bekerja sendiri.

 

Selain daripada itu, sukatan pembelajaran bagi kursus sentiasa dikemaskini dan dilengkapi dengan teknologi serta peralatan yang selaras dengan keperluan industri semasa. Tenaga pengajar yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program latihan kemahiran ini adalah terdiri daripada kalangan tenaga pengajar yang merupakan pemegan Ijazah dan Diploma yang terlatih dan berpengalaman.

 

Ia terletak kira-kira 33 km dari Kota Bharu Kelantan di Jalan Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan dengan keluasan 52.38 hektar dan merupakan ILKBS yang kedua dibina di Kelantan. Ia mampu menampung sehingga 500 orang pelatih pada satu masa dan telah memulakan sesi pengambilan pada September 2018. Pada masa ini bidang yang ditawarkan adalah Bahagian Jahitan Wanita. Bangunan institut siap dibina pada 6 Februari 2017.

 

Kemudahan dan fasiliti yang disediakan adalah Blok Pentadbiran, Dewan Serbaguna, Surau, Kafeteria, Makmal Komputer, Asrama, Dewan Makan, Bengkel Mekanikal, Bengkel Tekstile dan Appareal, Bengkel Elektrik, Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Takraw, Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Jaring untuk kegunaan pegawai dan kakitangan, pelajar IKBN Tanah Merah serta bagi sewaan orang ramai.

 

IKBN Tanah Merah telah disempurnakan perasmiannya oleh Yb Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan pada 30 Mac 2019, iaitu pada hari Jumaat. Institut telah beropersi sepenuhnya mulai 1 Mac 2017.



VISI

Untuk Menjadikan Organisasi Perlaksanaan Dalam Pembangunan Sumber Tenaga Kerja Mahir Yang Berdaya Saing Bagi Memenuhi Sebahagian Keperluan Guna Tenaga Negara.

MISI

Untuk Melahirkan, Memimpin Dan Menginovasi Golongan Belia Melalui Penyebaran Ilmu Kemahiran Teknikal Dan Disiplin, Memupuk Belia Ke Arah Kecemerlangan Vokasional Dan Perkembangan Individu Serta Berdaya Saing Dalam Perniagaan & Industri Dan Komitmen Terhadap Aspirasi Masyarakat Dan Pembangunan Negara.



OBJEKTIF

INSTITUSI

 

  1. Memberi latihan vokasional dan teknikal untuk membolehkan para belia mendapat pekerjaan dan bekerja sendiri.
  2. Memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara.
  3. Memberi latihan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja individu dan berdaya saing.
  4. Memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif.


PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti;
  2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam masa empat belas (14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap;
  4. Memastikan program kerohanian dan jati dilaksanakan sekurang-kurangnya dua belas (12) kali setiap bulan.