PERUTUSAN PENGARAH
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TANAH MERAH KELANTAN
Assalamualaikum WBT
Golongan belia merupakan aset utama negara. Belia yang produktif merupakan tulang belakang dalam pembangunan negara. Justeru itu belia yang mempunyai pebagai kemahiran akan mampu untuk berhadapan dengan cabaran hidup yang sangat kompleks pada masa sekarang. Ditambah pula dengan penularan wabak COVID-19 yang belum berkesudahan yang telah memberi implikasi yang sangat dahsyat kepada seluruh dunia. Ramai yang menggangur akibat kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Tidak kurang juga graduan yang tamat pengajian namun tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Justeru itu bidang latihan kemahiran sangat penting sebagai alternatif bagi membolehkan belia meneruskan kehidupan dalam suasana penuh mencabar ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai sebuah agensi kerajaan yang menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan belia dalam pelbagai bidang menerusi Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah. Sebagai institut yang baharu beroperasi, IKBN Tanah Merah buat masa ini hanya menawarkan Kursus Jahitan Pakaian (Wanita) dan akan menambah kursus-kursus baru pada masa akan datang. Adalah diharapkan dengan beroperasinya IKBN Tanah Merah ini akan memberi manfaat kepada belia-belia setempat khususnya dan belia di negeri Kelantan amnya.
Salam dari belia untuk belia.
Asmadi bin Mohamad
Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah
Kelantan Darul Naim