IKBN



WAKAF TAPAI

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu atau nama lamanya Pusat Latihan Belia Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 2 November 1979 oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Ia diwujudkan atas kesedaran Kerajaan Negeri betapa pentingnya belia-belia lepasan sekolah didedahkan kepada latihan kemahiran. Juga bertujuan untuk menampung permintaan tenaga kerja separuh mahir akibat dari usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedar akan terhadnya peluang dan tempat latihan yang sedia ada untuk belia lepasan sekolah.

Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada ketika itu telah diminta oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan khidmat nasihat dan bantuan bagi memulakan operasi dari segi tenaga pengajar dan ko-kurikulum.

Pengambilan pertama pada 2 November 1979 adalah seramai 70 orang pelatih dalam 3 jurusan iaitu Kursus Jahitan, Kimpalan dan Binaan Bangunan. Pada tahun 1983, 2 lagi jurusan telah ditambah iaitu Tukang Paip dan Juru Elektrik. Corak latihan pada ketika itu adalah Latihan Pembina-Pelopor. Kemudian pada tahun 1985, corak latihan telah bertukar kepada Sistem Latihan Bersepadu ( Intergrated Approach ) dimana komponennya 70 % Latihan Kemahiran dan 30 % Latihan Pembangunan Insan.



VISI

Untuk Menjadikan Organisasi Perlaksanaan Dalam Pembangunan Sumber Tenaga Kerja Mahir Yang Berdaya Saing Bagi Memenuhi Sebahagian Keperluan Guna Tenaga Negara

MISI

Untuk Melahirkan, Memimpin Dan Menginovasi Golongan Belia Melalui Penyebaran Ilmu Kemahiran Teknikal Dan Disiplin, Memupuk Belia Ke Arah Kecemerlangan Vokasional Dan Perkembangan Individu Serta Berdaya Saing Dalam Perniagaan & Industri Dan Komitmen Terhadap Aspirasi Masyarakat Dan Pembangunan Negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI


Objektif Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai (IKBNWT) ialah :

  1. Memberi latihan vokasional dan teknikal untuk membolehkan para belia mendapat pekerjaan dan bekerja sendiri.
  2. Memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara.
  3. Memberi latihan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja individu dan berdaya saing.
  4. Memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif.


PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti;
  2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam masa empat belas (14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap;
  4. Memastikan program kerohanian dan jati dilaksanakan sekurang-kurangnya dua belas (12) kali setiap bulan.
 
Find us on Facebook
Follow Us