IKBN



WAKAF TAPAI

 

PERUTUSAN

PENGARAH

Assalamualaikum, Salam Sajahtera, Salam Perpaduan.

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Institut ini mempunyai halaman web untuk menyampaikan maklumat dan berita-berita semasa berkaitan Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) Wakaf Tapai, Terengganu.

Sehingga ke tahun 2019, Institut ini telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program kemahiran serta bina insan bagi melahirkan belia-belia yang berketerampilan dan berbudi pekerti mulia. Selain daripada itu, IKBN Wakaf Tapai turut menekankan disiplin dan pembentukan integriti sebagai budaya kerja yang menjadi amalan warga pelajar dan kakitangan. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua warga kerja Institut ini serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program-program yang diatur sepanjang tahun.

IKBN Wakaf Tapai adalah merupakan salah satu Pusat Latihan Pelopor Belia Negara yang terdahulu dibina kerajaan. Oleh itu, InsyaAllah Institut ini akan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan serta latihan kemahiran belia dengan lebih berkesan dan dinamik. Segala hasrat dan cita-cita murni kerajaan melalui IKBN Wakaf Tapai untuk melahirkan warga kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan tercapai tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua pihak.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kepada semua pihak yang terbabit dalam memberikan kerjasama membina laman web ini serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan segala program yang dilaksanakan selama Institut ini dibina dan ditubuhkan.

Sekian.

 

MOHD FAUZI BIN HAJI ARIFFIN

Pengarah

Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai,Terengganu

 
Find us on Facebook
Follow Us