IKBN



KINARUT

 
Isnin, 01 March 2021 10:52

IKON MEMBACA PERPUSTAKAAN IKBN KINARUT TAHUN 2020

Written by

 

KINARUT 25 Februari 2021;  Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar kerana ia merupakan salah satu aspek atau pencetus utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembentukan peribadi yang baik.

 

Melalui amalan membaca juga, dapat meningkatkan keyakinan para pelajar dalam membincangkan isu-isu terkini dengan pihak luar. Perkara itu dinyatakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut semasa berlangsungnya sesi penyerahan hadiah kepada Ikon Membaca IKBN Kinarut pada Khamis.

 

Program yang dilaksanakan pada tahun 2020 itu merupakan inisiatif Perpustakaan IKBN Kinarut. Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 pada tahun 2020 terutamanya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), program ini tetap dilaksanakan dalam suasana norma baharu yang mana para pelajar masih dibenarkan untuk mengunjungi Perpustakaan IKBN Kinarut untuk meminjam buku.

 

Setiap pelajar yang meminjam dimohon untuk mengisi borang ulasan buku dan diserahkan kepada pihak perpustakaan untuk direkodkan.Program Ikon membaca adalah inisiatif oleh Perpustakaan IKBN Kinarut dalam usaha menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda.

 

Menurut Puan Zuarini binti Jumai, program ini akan dilaksanakan secara berterusan setiap tahun bagi mewujudkan budaya membaca dalam kalangan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

Buat julung kalinya, Saudari Julia binti Nordin, pelajar Jurusan Pelukis Pelan Senibina Semester 3 telah dipilih sebagai Ikon Membaca IKBN Kinarut bagi tahun 2020. Beliau menerima hadiah berbentuk wang tunai dan buku.

 

 Turut menerima hadiah adalah Saudari Nurul Amirah Syahirah Binti Abdul Basir dan Saudara Azrul Bin Armin juga pelajar Jurusan PPS Semester 3. Hadiah disampaikan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Muhammad Nazri bin Tumin, Ketua Cwangan Hubungan Industri dan Puan Sopiah binti Kasnan,  Pembantu Perpustakaan IKBN Kinarut Sabah.

Last modified on Isnin, 01 March 2021 12:22