IKTBN



ALOR GAJAH

 

 

LATARBELAKANG

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBN Alor Gajah) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada Jun 1987. Ia merupakan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke tujuh.

IKTBN Alor Gajah terletak di atas Lot 641 dan 644, Mukim Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka dengan keluasan 50 hektar. Bangunan institut ini siap dibina pada 16 Mei 2002. Terdapat 12 buah bangunan telah dibina iaitu Blok Pentadbiran, Dewan Serba guna, Rumah Kerajaan, Blok Hospitaliti, Surau, Kafeteria, Blok Asrama Lelaki dan Wanita, Dewan Makan, Blok Pusat Sumber, Blok Penjaga Jentera Elektrik dan Blok Elektrik dan Elektronik.

Institut ini telah memulakan operasinya pada 16 Ogos 2002. Jumlah keseluruhan perjawatan ialah 94 yang terdiri daripada 38 perjawatan pengurusan dan 56 perjawatan kemahiran. Institut ini berperanan memberi latihan berbentuk kemahiran kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebanyak 2 bidang yang ditawarkan iaitu Bidang Teknologi Hospitaliti dan Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan jumlah keseluruhan jurusan yang ditawarkan adalah sebanyak 10 jurusan. Tempoh kursus dijalankan adalah di antara 12 hingga 36 bulan bergantung pada keperluan jurusan sama ada di peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan. IKTBN Alor Gajah merupakan Pusat Kecemerlangan Hospitaliti.

 

VISI

" Membentuk dan melahirkan Generasi belia yang Berkemahiran, Berdisiplin, Berbudaya saing dan berakhlak mulia bagi mengisi pembangunan negara "

MISI

" Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara "

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan latihan kemahiran dalam bidang Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Elektrik mengikut piawaian kemahiran kebangsaan.
  2. Menyediakan latihan pembangunan insan ke arah menzahirkan peribadi yang berakhlak mulia mengikut modul yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  3. Menyediakan latihan jangka pendek dalam bidang yang berkaitan bagi keperluan industri atau awam.

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 95% pelajar memperolehi sijil penuh dan berjaya menamatkan latihan di dalam kursus yang diikuti.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 93% kebolehpasaran graduan bagi pelajar IKTBN Alor Gajah.
  3. Menjalinkan kerjasama sekurang-kurangnya dengan sebuah syarikat / industri yang menyediakan peluang kerjaya kepada pelajar.

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

 Prestasi Tahun 2019

 
Find us on Facebook
Follow Us