IKTBN



ALOR GAJAH

 

PERUTUSAN

PENGARAH

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Perpaduan kepada semua para pengunjung ke laman Web IKTBN Alor Gajah. Laman web ini diwujudkan, sejajar dengan kehendak kemajuan bidang ICT pada masa kini. Tidak dinafikan, laman web adalah merupakan salah satu saluran utama yang efektif dalam memperkenalkan institut dan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan institut. Dalam era siber di mana konsep ‘Maklumat Di hujung Jari’, adalah diharapkan institut dapat mendekatkan diri dengan para pelanggan dan masyarakat melalui medium ICT yang terkini.

Walaupun laman web yang dibina ini adalah sebagai perantara antara masyarakat dan IKTBN Alor Gajah, kami sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat-maklumat yang mungkin tidak sampai kepada pengunjung-pengunjungnya. Tuan-tuan dan Puan-puan bolehlah menghubungi kami di talian yang disediakan dan kami sentiasa akan cuba memberikan layanan terbaik buat semua.

Akhir kata, semoga laman apa yang dipaparkan di laman web ini, dapat memberikan manfaat kepada semua pengunjung. Selamat melayari laman web IKTBN Alor Gajah dan kami mengalu-alukan segala komen dan cadangan anda semua. Sekian, terima kasih.


SYAMSUL TAHRIN BIN MOHD TAHIR
Pengarah
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
Alor Gajah, Melaka