IKTBN



ALOR GAJAH

 

BERITA

TERKINI

  • PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SESI 1/2021

    Masjid Tanah 15 Februari 2021- Minggu Peperiksaan Akhir Semester sesi 1/2021 bagi pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah sedang dijalankan iaitu bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021). Pihak Institut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan mendoakan agar dapat menjawab soalan dengan jayanya.

     

    Gambar Menujukkan Tuan Pengarah IKTBNAG En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir Sedang Memantau Sesi Peperiksaan 

     

    Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

    Written on Selasa, 23 February 2021 16:49
  • PERTANDINGAN #TOPBORROWERS’

    Masjid Tanah 28 Januari 2021 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) telah mengadakan PERTANDINGAN #TOPBORROWERS’. Pertandingan ini bermula pada awal tahun 2020 bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga IKTBN Alor Gajah yang berilmu. Pemenang tempat pertama #TOPBORROWER’S bulan Disember 2020 peringkat IKTBN Alor Gajah bagi kategori pelajar ialah saudara Muhammad Alif Danial Yusni dari Jurusan SLW01 02/2019 dan tempat kedua pula ialah saudara Nasrun Faisa juga dari Jurusan SLW01 02/2019. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir. Semoga pertandingan ini mampu memberi semangat kepada pelajar dan kakitangan IKTBNAG untuk terus mengekalkan budaya membaca ini.