IKTBN



BACHOK

 

LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok merupakan sebuah Institusi yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah memulakan operasinya pada 01 Ogos 2002.

Objektif utama penubuhannya ialah untuk memberi latihan kemahiran dan teknikal kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor Industri, swasta, kerajaan ataupun bekerja sendiri.

Konsep bina insan dan disiplin telah digabungkan bersama dengan Latihan Kemahiran supaya pelajar berupaya meneruskan pembangunan Negara di Era Globalisasi ini dengan semangat jati diri yang tinggi dan berupaya meneruskan kemahiran dan pembangunan Negara kea rah Negara Malaysia maju.

Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Sijil Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) yang mana telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.



VISI

Merancang, membentuk dan melahirkan generasi belia yang berwawasan dan berketrampilan dalam bidang kemahiran yang diceburi dan pembangunan insan serta berdisiplin kearah merealisasikan pembangunan agama, bangsa dan Negara.

MISI

Membuat kajian, perancangan dan pengendalian kursus berkaitan dengan Latihan Kemahiran dan Pembangunan Insan serta mewujudkan perhubungan mantap dan perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi menghasilkan keberkesanan dan kesesuaian untuk masa kini dan menepati kehendak pembangunan sumber manusia Negara.




OBJEKTIF

INSTITUSI

 

  1. Memberikan Latihan Kemahiran yang berkualiti dan berterusan kepada belia-belia lepasan sekolah bagi memenuhi kehendak tenaga mahir di Dalam Bidang Teknologi Awam, Automotif dan Hospitaliti.
  2. Melahirkan Belia Yang Berdisiplin , Bermoral, Jati Diri dan Berdaya Saing Menuju Wawasan Negara.
  3. Melahirkan Belia Yang Cergas dan Sedia Menghadapi Cabaran Di Alam Pekerjaan.
  4. Meningkatkan Tahap Kemahiran Selaras Dengan Inspirasi Negara.
  5. Menjadikan IKTBN Bachok Sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Kejuruteraan Awam.
  6. Mengkaji keberkesanan Latihan Kemahiran

PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memastikan Kebolehpasaran graduan bagi pelajar IKTBN Bachok adalah 93%.
  2. Memastikan Penarafan Bintang dari JPK bagi program-program di IKTBN Bachok (4 Bintang dan Keatas) adalah 50% keatas.
  3. Memastikan 95% Pelajar memperolehi sijil penuh dan berjaya menamatkan latihan di dalam kursus yang diikuti.
  4. Memastikan Kepuashatian Pelajar adalah 90%.
  5. Memastikan 50% pengajar terlibat dalam latihan peningkatan kompetensi
  6. Pencapaian Piagam Pelanggan
 
Find us on Facebook