IKTBN



BACHOK

 

PERUTUSAN

PENGARAH

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. 
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya laman web Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok berjaya dibangunkan dan menjadi sumber maklumat dan rujukan alternatif kepada masyarakat luar dan bakal pelajar mengenai latihan kemahiran yang dijalankan dan aktiviti-aktiviti semasa di Institut ini.


Adalah diharapkan melalui laman web ini, dapat disebarkan bahawa Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok merupakan sebuah institusi yang mempunyai kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan kepakaran tenaga pengajar yang bukan sahaja dapat membantu dari aspek menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia, malah boleh dijadikan sebagai satu pusat penyebaran ilmu kemahiran yang pelbagai. 
IKTBN Bachok juga perlu dilihat sebagai satu saluran yang dapat membentuk usaha Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan berbagai aktiviti yang dapat membentuk minat didalam kerja tangan (kemahiran) khususnya kepada belia lepasan sekolah dan belia yang sedang bekerja bagi memantapkan kemahiran mereka.


Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak, pembangunan laman web ini dapat direalisasikan. Semoga dengan adanya laman web ini, ia akan dapat menjadi satu medium yang lebih efektif dalam memberi manfaat dan memberikan pendedahan kepada semua pihak mengenai kursus yang ditawarkan. Setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangun dan menjayakan laman web ini.

 

Sekian, terima kasih.

Wassalam. 



 

(MOHD FAUZI BIN HJ. ARIFFIN)

Pengarah

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok

Kelantan Darul Naim.  

 
Find us on Facebook