IKTBN
BACHOK
TERKINI
Bachok, 22 November 2020 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah mengadakan Perlawanan Bola Tampar Tertutup pada 7 November 2020 jam 8.30 pagi di Gelanggang Bola Tampar, IKTBN Bachok.
Bachok,16 November 2020 – Persatuan Autism Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila menerima peserta emas ARPRM daripada IKTBN Bachok bermula 01-05 November 2020.
Bachok, 25 Oktober 2020 – Puan Hazmanita Binti Che Hamid (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok ) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bola Jaring dan Bola Sepak Tertutup Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat IKTBN Bachok pada 24 Oktober 2020 bertempat di Padang Astaka IKTBN Bachok.
Bachok, 29 September 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib telah mengadakan lawatan kerja ke IKTBN Bachok pada 24 September 2020 (Khamis). Lawatan ini juga disertai oleh En Mohd Asdi bin Zainudin (Ketua penolong Setiausaha, Pejabat SUB Pembangunan), Dr. Ir. Azmi bin Ahmad (Timbalan Ketua Pengarah, BPKB) dan En. Azli bin Mohamed (Penolong Pengarah Kanan, BPKB).
Bachok, 17 September 2020 – IKTBN Bachok menerima kunjungan hormat daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Wilayah Timur pada 08 September 2020.
IMPAK ILKBS@KOMUNITI IKTBN BACHOK
Bachok , 13 Julai 2020 – IKTBN Bachok telah melaksanakan Program Impak ILKBS pada 7 Julai 2020 di Madrasah Darul Ulum Bukit Gedombak Pasir Putih Kelantan.
Bachok, 12 Julai 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok (IKTBNBC) telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang bagi Tahun 2019 secara tertutup di Restoran Sri Bayu, Jabatan Teknologi Hospitaliti pada 06 Julai 2020 (Isnin) . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan, mengiktiraf sumbangan serta jasa bakti pegawai dan kakitangan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
PERKHEMAHAN DAN PENGEMBARAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKTBN BACHOK KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK
IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019
Bachok, 02 Mac 2020 – Satu majlis telah diadakan pada 27 Februari 2020 (Khamis) bagi mengutip sumbangan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Asnaf IKTBN Bachok. Program ini adalah merupakan satu pogram kerjasama antara Yayasan Raja Shamri dan Jabatan Teknologi Hospitaliti IKTBN Bachok.
Bachok, 23 Februari 2020 - Semua pelajar serta Pegawai dan Kakitangan IKTBN Bachok telah menyertai Ceramah Motivasi Pelajar IKTBN Bachok bertajuk hidup untuk Allah sayang kita.Ceramah ini telah disampaikan Oleh Ustaz Muhammad Iddin Bin Ramli yang merupakan anak didik Ustaz Ebit Lew.
Bachok, 19 Februari 2020 - Seramai 32 orang pegawai IKTBN Bachok terlibat Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP) di Pusat Latihan FAMA Kota Bharu Kelantan.
Bachok, 12 Januari 2020 – Selesai sudah Minggu Paradigma Pelajar dan satu Majlis Penyerahan Pelajar kepada 05 bengkel yang mengambil pelajar pada sesi ini telah diadakan pada hari ini 12 Januari 2020 dengan disaksikan oleh pegawai, kakitangan dan semua pelajar Baru IKTBN Bachok.
Bachok, 12 Januari 2020- IKTBN Bachok telah selesai menjalankan Minggu Paradigma Pelajar baru bagi Sesi Januari 2020 yang telah berakhir pada hari Jumaat 10 Januari 2020.
Bachok, 12 Januari 2020 - Pada hari Isnin 06 Januari 2020 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima Pelajar baru bagi Sesi Januari 2020 seramai 56 orang pelajar.
Bachok, 15 Disember 2019– Minggu ini merupkan menggu peperiksaan Akhir bagi semua pelajar IKTBN Bachok. Peperiksaan ini merupakan penentu masa depan mereka dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Bachok, 17 Oktober 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok melalui cawangan Pembangunan Sahsiah telah mengadakan Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/20 pada 15 Oktober 2019 (Selasa).
Bachok, 17 Oktober 2019 - Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring Lelaki IKTBN Bachok kerana berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupun gagal melepasi peringkat kumpulan Kejohanan Netto 2019 Open Netball Tournament.
Bachok, 13 Oktober 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok melalui cawangan Pembangunan Sahsiah telah mengadakan program gotong royong ini bagi memenuhi salah satu modul subjek umum Kepimpinan 3.
Bachok, 13 Oktober 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah mengadakan Gotong Royong memasak bubur asyura pada hari selasa 08 Oktober 2019 sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat dibawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan