IKTBN



BUKIT MERTAJAM

 

LATARBELAKANG

Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam atau IKBNBM ialah institusi latihan kerajaan yang berfungsi menghasilkan pekerja-pekerja yang mahir dan separuh mahir untuk keperluan Negara yang pesat membangun khususnya, di bidang perindustrian. Bagi mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berkualiti tinggi, sejumlah sembilan buah IKBN telah dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh. Salah satu daripadanya adalah IKBN Bukit Mertajam, di Pulau Pinang dengan kos pembinaaannya sebanyak RM61,694,000.00.

  Kampus Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam Pulau Pinang dibina di atas tanah seluas 19.5 ekar. Lot-lot yang terlibat di dalam rancangan pembangunan ini iaitu lot 128, 129, dan 130 Mukim 18 Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tapak rancangan pembangunan ini terletak di antara perjalanan dari Berapit ke Mengkuang Titi iaitu 6.8 km. ke utara Pekan Bukit Mertajam dan lebih kurang 13.5 km. ke barat Butterworth. Tapak ini dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.

 

LATIHAN KEMAHIRAN

Institut ini merupakan pusat kecemerlangan dalam bidang Elektrik dan Elektronik yang boleh menampung pelajar purata 950 orang pelatih semasa. Institut ini juga menjalankan beberapa kursus jangka pendek dan jangka panjang.

Terdapat empat (4) sekolah kemahiran yang mempunyai beberapa kursus di dalam bidang kemahiran dari SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan peringkat Diploma (DKM 4)yang diiktiraf oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) dan SURUHANJAYA TENAGA (ST). Terdapat empat buah sekolah iaitu:-

 

JABATAN ELEKTRIK

  • Ø  Jurusan Pendawaian Elektrik (sesi pertama Julai 2003)
  • Ø  Jurusan Penjaga Jentera Elektrik (sesi pertama Julai 2004)

 

JABATAN ELEKTRONIK

  • Ø  Jurusan Teknologi Elektronik Industri (sesi pertama Julai 2003)
  • Ø  Jurusan Teknologi Elektronik Audio Visual (sesi pertama Januari 2005)

 

JABATAN MEKANIKAL

  • Ø  Jurusan Pembuat Acuan & Perkakasan (Alat Tekan)(sesi pertama Julai 2003  dan telah ditamatkan)
  • Ø  Jurusan Penyenggaraan Industri(sesi pertama Julai 2003)
  • Ø  Jurusan Pemesinan CNC (sesi pertama Julai 2003 dan telah ditamatkan)
  • Ø  Jurusan Mekatronik (sesi pertama Julai 2018)

 

JABATAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA

  • Ø  Jurusan Penyejukbekuan & Penyaman Udara (Domestik)(sesi pertama Julai 2003  dan telah ditamatkan)
  • Ø  Jurusan Penyejukbekuan & Penyaman Udara (Komersial)(sesi pertama Julai 2004  dan telah ditamatkan)

 

MISI

  • Ø  Menghasilkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara.

 

OBJEKTIF INSTITUSI

  • Ø  Memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir yang berwawasan mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Ø  Memberi khidmat nasihat dan meningkatkan disiplin di kalangan pelajar supaya menjadi belia yang berhemah tinggi dan patuh dengan arahan.
  • Ø  Memberi pengetahuan keusahawanan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing.
  • Ø  Menyediakan latihan jangka pendek kepada syarikat-syarikat dalam bidang tertentu bagi meningkatkan kemahiran pekerja.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Ø  Memastikan sekurang-kurangnya 95% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.
  • Ø  Memastikan sekurang-kurangnya 93% pelajar mencapai sasaran kebolehpasaran 
  • Ø  Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  • Ø  Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan

 

PRESTASI PIAGAM PELANGGAN