LATARBELAKANG


Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua terletak 25km di sebelah tenggara Kuala Lumpur dengan keluasan 81 ekar. Dari tahun 1941 hingga 1944 semasa pemerintahan Jepun, kawasan ini digunakan sebagai Markas Hospital askar-askar Jepun.

Kemudian ia diambil alih oleh British selama dua tahun sebagai tempat latihan askar British dituruti oleh askar Melayu selama lima tahun sebagai Kem Tentera. Selepas Perang Dunia Kedua, ia dijadikan Kem LatihanPasukan Polis Hutan, Polis DiRaja Malaysia. Kemudian pada 22hb Jun 1966, ia diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada dan dikenali sebagai Angkatan Belia Pelopor Negara.

Ini adalah hasil daripada memorandum yang disampaikan kepada kabinet Perdana Menteri Yang Beramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj pada bulan Januari 1966 oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia dirasmikan oleh Dato' Senu Bin Abdul Rahman selaku Menteri Kebudayaan dan Sukan ketika itu.Pada Tahun 1969 hingga 1991 ia bertukar nama dan dikenali sebagai Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

Pada Tahun 1991, ia bertukar nama sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua dan dirasmikan oleh Dato' Annuar Musa bersempena dengan perayaan 25 tahun Jubli Perak.Pada masa kini terdapat 5 Jabatan Teknologi (Automotif, Mekanikal, Awam, Elektrik dan Elektronik) .

13 bidang kemahiran telah diwujudkan di Institut ini bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa pembangunan negara. Sekolah Pengajian Umum dan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti juga telah diwujudkan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pada Tahun 2015, institut telah naik taraf sebagai Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua dan mempunyai 5 Jabatan Teknologi (Automotif, Mekanikal, Awam, Elektrik dan Elektronik)



VISI

Menjadi institusi kemahiran terunggul menepati keperluan pembangunan Negara

MISI

Menghasilkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan pembangunan negara.

 



OBJEKTIF

INSTITUSI


Menyediakan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang mengikut piawaian kemahiran kebangsaan.Menyediakan latihan pembangunan insan ke arah melahirkan peribadi yang berakhlak mulia sesuai dengan aspirasi negaraMemberi latihan keusahawanan bagi melahirkan usahawan yang berinovatif dan berdaya saing di kalangan belia.

Menyediakan latihan jangka pendek, modular dan customised kepaa pekerja industri dan masyarakat setempat.Menghasilkan sumber tenaga kerja mengikut keperluan pasaran negara



PIAGAM

PELANGGAN


1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya manamatkan latihan dalam bidang yang diiikuti.

2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh (3) hari bekerja.

3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh (14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

4. Memastikan program kerohanian/ jati diri dilaksanakan sekurang-kuranmgnya (20) kali setiap bulan.

Find us on Facebook
Follow Us