PERUTUSAN

PENGARAH

 

  pengarah

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasul pilihan, keluarga, para sahabat dan tabi'in.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke Laman Web IKTBN Dusun Tua. Salam mesra kepada semua yang berkesempatan melayari Laman Web rasmi IKTBN Dusun Tua  yang disediakan ini sebagai penyebar dan pembekal maklumat mengenai program latihan, perkhidmatan dan kemudahan  terkini yang disediakan di Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara Dusun Tua .

Saya begitu yakin melalui Laman Web ini akan menarik perhatian lapisan masyarakat untuk mengunjunginya dan akan mengorak langkah yang baru dalam menyemarakkan semangat Warga IKTBN Dusun Tua untuk meningkat keupayaan menjadikan IKTBN Dusun Tua satu institut yang lebih cemerlang dan melahirkan belia-belia yang hebat dari segi pengetahuan, kemahiran dan daya saing.

Akhir kata, saya berharap Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua akan menjadi pendorong kepada belia-belia tempatan dalam mendapatkan kemahiran bagi masa depan diri, keluarga dan negara. Semoga anda semua dapat menikmati sajian informasi dan maklumat mengenai kami.


Selamat Melayari Laman Web Rasmi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua


Sekian Terima Kasih Wassallamualaikum w.b.t.

Puan Dalila Binti Sharingat

emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Find us on Facebook
Follow Us