LATAR BELAKANG


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka merupakan salah sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) yang bernaung sepenuhnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Institut ini yang terletak 40KM dari bandaraya Alor Setar, Kedah telah mula beroperasi pada Oktober 2010. Institut yang dibina di atas tanah dengan keluasan 58 ekar turut dilengkapi dengan kemudahan Blok Pentadbiran, Bangunan Bengkel, Dewan Serbaguna, Surau, Dewan Makan serta Asrama Lelaki dan Perempuan yang mampu menampung kapasiti pelajar seramai 500 orang pada satu-satu masa.


Institut Kemahiran Belia Negara Naka ditubuhkan bertujuan menyedia dan melaksanakan program latihan kemahiran kepada para belia lepasan sekolah dan pekerja sektor perindustrian supaya berpeluang mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu untuk memenuhi permintaan pasaran.



VISI

Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

MISI

Melahirkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara.



OBJEKTIF

INSTITUSI


Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia melalui pelbagai pendekatan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan Negara.



PIAGAM

PELANGGAN


Kami berjanji untuk:-

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.
  2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
  3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap
  4. Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan.

http://www.ikbnnaka.gov.my/images/piagam_pelanggan_oktober.pdf

http://www.ikbnnaka.gov.my/images/prestasipiagampelanggan/november_2014.pdf

http://www.ikbnnaka.gov.my/images/prestasipiagampelanggan/disember_2014.pdf

http://www.ikbnnaka.gov.my/images/prestasipiagampelanggan/januari_2015.pdf

 

Find us on Facebook
Follow Us