IKBN



NAKA

 

PERUTUSAN KETUA AGENSI

 

 

 

 

Assalammualaikum W.B.T dan Salam 1 Belia 1 Malaysia…

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia dan izinNya Laman Web Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah berjaya dibangunkan. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua yang melayari laman web ini. Adalah diharapkan agar laman web ini memberi manfaat dan menjadi satu sumber maklumat yang efektif kepada semua pihak.


IKBN Naka salah satu daripada Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tujuan utama penubuhan IKBN adalah untuk menyediakan latihan kemahiran selaras dengan keperluan tenaga mahir negara. Oleh itu, melalui laman web ini adalah diharapkan agar masyarakat umum dan bakal pelatih mendapat gambaran awal mengenai aspek latihan kemahiran yang dijalankan disini.

Melalui portal ini juga dapat disebarkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan di IKBN Naka serta kemudahan infrastruktur dan kepakaran dari aspek teknikal yang ada disini untuk dimanfaatkan bersama.


Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan membangunkan dan menjayakan laman web ini.

Sekian, wassalam.


Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Naka Kedah Darul Aman.

 

 
Find us on Facebook
Follow Us