KURSUS
-
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA)
Personel di dalam bidang ini berkeupayaan melaksanakan pelbagai aktiviti kerja teknikal yang kompleks atau professional dengan tahap tanggungjawab individu dan autonomi yang tertentu.
Personel juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja pihak di bawah tanggungjawab dan berkebolehan unutk mengagihkan sumber-sumber kerja di dalam melaksanakan sesuatu projek.
Personel HVAC(Heating Ventilation Air Conditioning) yang dipersijilkan dengan tahap ini kompeten dalam melaksanakan perkara-perkara berikut;
• HVAC Layout Design
• HVAC Piping System Design
• HVAC Ducting System Design
• HVAC Electrical System Design
• HVAC Tender Document Preparation
• HVAC Project Planning
• HVAC Project Monitoring
• HVAC Handing Over Process
Peluang kerjaya :
1. Pembantu Jurutera / Penyelia Tapak Projek / Jururekabentuk/ Pembantu Teknikal/ Juruteknik bidang Penyejukbekuan & Penyaman Udara.
2. Tenaga Pengajar dalam bidang berkaitan.
-
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA - KOMERSIAL)
Melatih pelajar dengan kemahiran memasang, mengendalikan dan menyelenggara semua jenis penghawa dingin yang digunakan secara komersial penghawa dingin (Water Cooled Chiller, Air Cooled Chiller, Water Cooled Package Unit, Air Cooled Package Unit & Variable Refrigerant Volume/Flow(VRV) Unit).
Antara komponen-komponen yang akan dipelajari adalah :
• Penyelenggaraan kipas pengalihudaraan(3 fasa)
• Penyelenggaraan Air Cooled Split Unit
• Penyelenggaraan Roof Top Package
• Penyelenggaraan Water Cooled Package
• Penyelenggaraan Water Cooled/Air Cooled Small Package(<100TR)
• Penyelenggaraan Air Handling Unit(AHU)
• Penyelenggaraan Water Pump
• Penyelenggaraan Cooling Tower
Peluang Kerjaya
1. Juruteknik/Penyelia/Pembantu Jurutera bidang Penyamanan Udara Komersial.
2. Tenaga Pengajar dalam bidang berkaitan.
3. Usahawan perkhidmatan penyelenggaraan & pemasangan. -
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA - DOMESTIK)
Melatih pelajar dengan kemahiran memasang, mengendalikan dan menyelenggara semua jenis penghawa dingin yang digunakan secara domestik (split unit dan window unit)
Antara komponen-komponen yang akan dipelajari adalah :
• Penilaian risiko dan bahaya
• Fabrikasi logam
• Fabrikasi tiub
• Pengendalian refrigeran
• Pemasangan & penyelenggaraan kipas pengalihudaraan(fasa tunggal)
• Pemasangan & penyelenggaraan Window unit
• Pemasangan & penyelenggaraan Air Cooled Split Unit
Peluang Kerjaya
1. Juruteknik/Penyelia/Pembantu Jurutera bidang Penyamanan Udara Domestik.
2. Tenaga Pengajar dalam bidang berkaitan
3. Usahawan perkhidmatan penyelenggaraan & pemasangan.
-
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PERKHIDMATAN PENYEJUKBEKUAN)
Bidang kerja Pekhidmatan Penyejukbekuan Domestik dan Komersial melibatkan kompetensi teras dan elektif seperti berikut:
Kompetensi teras bagi Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik dan Komersial Tahap 2 adalah:
i. Domestic Refrigeration Installation
ii. Refrigerant Retrofitting and Emission Control
iii. Refrigeration Piping Works
iv. Domestic Refrigeration Electrical Works (Single Phase)
v. Domestic Refrigeration Repair
Kompetensi elektif bagi Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik dan Komersial Tahap 2 adalah:
i. Mist Cooling / Fan Installation
Kompetensi teras bagi Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik dan Komersial Tahap 3 adalah:
i. Cold Storage Refrigeration Installation
ii. Pre-fabricated Refrigeration Installation
iii. Refrigeration Piping Layout Drawing
iv. Commercial Refrigeration Maintenance
v. Commercial Refrigeration Electrical Works (Three Phase)
vi. Commercial Refrigeration Repair
Peluang kerjaya :
i. Juruteknik/ Penyelia/ Pembantu Jurutera bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.
ii. Tenaga Pengajar dalam bidang berkaitan.
-
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI PERTANIAN (PENGELUARAN MAKANAN)
Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan bermatlamat untuk melahirkan individu yang kreatif dan berkemahiran di dalam 4 kluster bidang pemprosesan makanan iaitu :
* Cook Chill & Cook Freeze and Ready To Serve Meals
* Cookies, Cakes And Pastry
* Fruit Sauces, Topping, Jams & Spreads
* Selected Meat And Fish Products : Burger, Sausage, Nugget
Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti di peringkat pemprosesan, pengeluaran dan pengendalian dari segi aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan HALAL, GMP, MESTI dan HACCP.
Peluang Kerjaya
1. Usahawan
2. Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan
3. Operator Industri Pemprosesan Makanan
4. Industri Perhotelan
5. Tenaga Pengajar bidang pemprosesan makanan