IKBN



NAKA

 

BERITA

TERKINI

  • Program Explorasi Minda

    IKBN NAKA- Jabatan teknologi pertanian IKBN Naka melalui bengkel hasilan ikan dan bengkel pemprosesan produk bakeri dan pastri telah menjalankan program explorasi minda yang melibatkan dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Jeniang dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang. Program Explorasi Minda ini yang dijalankan pada 01 hingga 03 Julai 2019 ini melibatkan seramai 27 orang dai SMK Batu 5 dan 26 orang dari SMK Sungai Tiang. Program ini diajar sendiri oleh 5 orang pengajar berpengalaman di jabatan teknologi pertanian IKBN Naka yang mana melibatkan 3 orang pengajar dari bengkel pemprosesan hasilan surimi dan 2 orang pengajar dari bengkel pemprosesan produk bakeri dan pastri. Selama 3 hari program ini dijalankan, para pelajar ini dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama seramai 13 orang pelajar dari SMK Batu 5 telah mempelajari kaedah penghasilan produk Otoshimi dan penghasilan keropok lekor rangup. Kumpulan kedua dari SMK batu 5 juga, serami 14 orang telah mempelari kaedah penghasilan produk bakeri dan pasti iaitu menghasilkan produk Blueberry Cheese Tart dan Pastry Puff, manakala kumpulan ketiga seramai 26 orang dari SMK Sungai Tiang telah mempelajari kaedah penghasilan aneka pizza.

    Tujuan utama program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah adalah untuk membantu golongan pelajar menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan TVET umumnya dan dapat menambah ilmu pengeahuan dalam penghasilan produk hasilan surimi serta produk bakeri dan pastry khususnya. Dengan tamatnya proram ini, sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar sekolah menegah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang aliran kemahiran terutamanya dalam Pengeluaran makanan. Selainitu juga, program seumpama ini membantu mempromosikan IKBN Naka sendir supaya lebih dikenali.

    Dengan berakhirnya kursus ini, IKBN percaya semua pelajar yang terlibat lebih bersemangat untuk mempelari bidang kemahiran setelah tamatnya pengajian di sekolah menegah. Pihak IKBN Naka juga berharap dapat terus menjalinkan serta mengadakan lebih banyak program seumpama ini dengan pihak sekolah SMK Batu 5 dan SMK Sungai Tiang, malah mengharap lebih banyak penglibatan dari sekolah sekitar yang ingin menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak IKBN. Program ini telah dirasmikan oleh tuan pengarah En. Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi. Turut hadir bersama semasa majlis perasmian adalah guru-guru pengiring dari dua buah sekolah tersebut, ketua-ketua jabatan serta ketua bahagian.

    Written on Isnin, 08 July 2019 09:47
  • KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-33 TAHUN 2019

    IKBN NAKA – Pada 28 April 2019 sehingga 30 April 2019 Institut Kemahiran Belia Negara Naka telah menyertai Kejohanan Sukan ILKBS kali Ke-33 yang telah diadakan di IKTBN Sepang. IKBN Naka telah terlibat dalam beberapa acara seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan ping pong. IKBN Naka berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Ping pong. Selain itu, Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin berjaya meraih tempat kedua dalam acara bowling wanita bagi kategori pegawai.

     

     

    Seterusnya, Johan keseluruhanKejohanan Sukan ILKBS kali Ke-33 telah dimenangi oleh IKTBN Sepang. Di samping itu, majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Dato’ Dr Hajah Wasitah binti Hj Mohd Yusof pada 30 april 2019.

     

     

     

    Written on Selasa, 14 May 2019 08:26
  • HARI TERBUKA @ IKBN NAKA

    IKBN NAKA – Institut Kemahiran Belia Negara Naka telah mengadakan program Hari Terbuka @ IKBN Naka pada tanggal 17 April 2019. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program berlansung seperti lawatan ke bengkel IKBN Naka, fun run (5km), Senamrobik Perdana, cabutan bertuah, persembahan buskers, servis aircond kereta percuma, pengambilan pelajar sesi 2/2019 (walk in interview), membaiki barangan elektrik, booth jualan dan pameran Kelab, tendangan penalti, mencuci kereta dan netball best shooter.

     

    Selain itu, terdapat 4 buah sekolah yang telah terlibat dalam acara fun run (5km) untuk program ini iaitu SMK Naka, SMK Pedu, SMA Al-Khairiah dan SMA Assidiqiah Al-Islamiah. Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan lagi IKBN Naka kepada orang luar dan pelajar sekolah khususnya selain memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri bengkel-bengkel pembelajaran yang ada di IKBN Naka itu sendiri. Di samping itu, program ini juga dapat menarik minat pelajar dan orang ramai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang latihan kemahiran.

     

     

    Written on Ahad, 12 May 2019 11:22
  • MYFuture Youth Plus

    IKBN NAKA - Jabatan teknologi pertanian IKBN Naka melalui bengkel hasilan daging telah menjalankan kursus yang bertajuk MYFuture Youth Plus kepada golongan belia sekitar daerah Kuala Nerang. Kursus yang mula dijalankan pada 9 hingga 13 April 2019 ini melibatkan seramai 10 orang golongan belia tercicir. Kursus ini diajar sendiri oleh pengajar berpengalaman di jabatan teknologi pertanian IKBN Naka.

     

    Selama 3 hari kurus nin dijalankan, golongan belia yang terlibat dapat mempelajari kaedah penghasilan produk hasilan daging iaitu seperti Chicken Chop set, Lamb Chop set serta homemade chicken frankfurter. Kursus ini ditawarkan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui kementerian belia dan sukan.

     

    Tujuan utama kursus ini dianjurkan adalah untuk membantu golongan belia yang menganggur untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penghasilan produk daging. Dengan tamatnya kursus ini, perserta kursus yakin bahawa mereka mampu memhasilkan sendiri produk yang telah dipelari serta mampu menjana pendapatan dengan berniaga produk tersebut.

     

    Dengan berakhirnya kursus ini, IKBN percaya belia yang terlibat dapat menambah pendapatan mereka dengan berniaga produk-produk yang dipelajari. Program ini telah dirasmikan oleh tuan pengarah En. Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi. Turut hadir bersama semasa majlis perasmian adalah ketua-ketua jabatan serta ketua bahagian. Selepas majlis perasmian, tuan pengarah berbesar hati untuk turut serta merasa produk yang telah dihasilkan oleh peserta.

     

     

     

    Written on Isnin, 15 April 2019 14:14
  • PROGRAM BAKTISISWA MANIES CLUB 2019

    Alor Setar (06 april 2019) – Kelab MANIES dengan kerjasama Jabatan Pengajian Umum dan Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan satu program yang berb entuk khidmat masyarakat di mana ia merupakan sebahagian daripada elemen yang terdapat dalam Anugerah Remaja Perdana (ARP). Program ini dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Setar yang disertai oleh 35 orang ahli Kelab MANIES dan 27 orang warga PAWE. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan dalam program tersebut dan ahli MANIES merupakan penggerak utama dalam program tersebut sebagai fasilitator bersama penyelaras-penyelaras kelab. Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti sukaneka, senamrobik, DIY contest, Karaoke, musang berjanggut, lipatan kain batik dan anyaman ketupat.  

     

     

    Written on Ahad, 14 April 2019 08:58
  • PERLAWANAN PERSAHABATAN PING-PONG DAN TAKRAW

    SUNGAI PETANI 8 APRIL - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka telah menyertai Perlawanan Persahabatan Ping-Pong dan Takraw dengan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani. Pasukan IKBN Naka diwakili oleh 5 atlet Ping-Pong dan 6 atlet takraw. Pengalaman perlawanan diambil sebagai langkah persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia pada penghujung April nanti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah iaitu IKM SP di atas kerjasama dan layanan erat pada pasukan kami.

     

    Written on Rabu, 10 April 2019 14:32
  • PERTANDINGAN DART JEMPUTAN JTM & ILKA UTARA

    PERAI, 2 Mac 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka telah menghantar 2 pasukan untuk mewakili institut ini dalam Pertandingan Dart Jemputan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai. Pertandingan ini telah disertai oleh 39 pasukan yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, ILKA dan juga kelab-kelab berdaftar. Wakil IKBN Naka hanya mampu bertahan hingga ke suku akhir Silver Plate sahaja. Walau bagaimanapun, pihak institut berharap agar pengalaman yang diperolehi melalui pertandingan ini dapat digunakan kembali di masa hadapan khususnya sebagai penganjur dan juga peserta pertandingan.

     

     

    Written on Khamis, 07 March 2019 09:34
  • CAMPUS AMAZING RACE 4.0 (CAR 4.0)

    On the 21st of February 2019 (Thursday), JPU in collaboration with Manies Club had organized CAR 4.0 for 1/2019 session. This event is divided into 2 section that were the Campus Amazing Race 4.0 in the early morning session (8.00 a.m.-10.00 a.m.) and the Relay Walkthrough session (10.30 a.m.-12.30 p.m.). There were 46 participant involved in this race that includes all Semester 1 students from various courses; SGP03,SLD03 and SLK03. Participant were divided into 5 groups and will compete among each group to seize the champion title for the session of 1/2019.

     

    Written on Khamis, 28 February 2019 08:39
  • KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE ILLUSTRATOR

    Pada 18 – 20 Februari 2019, Jabatan Pengajian Umum (JPU) telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk pelajar dan staf IKBN Naka yang dirasmikan oleh Pengarah IKBN Naka. Kursus ini dilaksanakan secara berasingan antara staf dan pelajar di mana staf terlibat dengan Kursus Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator tanggal 18 Februari 2019 hingga 19 Februari 2019 manakala pelajar hanya terlibat dengan Kursus Adobe Photoshop pada 20 Februari 2019. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kefahaman staf dan pelajar dengan perisian yang sangat berguna ini untuk diaplikasikan dalam tugas seharian.

     

    Written on Ahad, 24 February 2019 15:10
  • MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN IKBN NAKA SIRI 1/2019

    IKBN NAKA - Minggu Keselamatan & Kesihatan adalah satu acara tahunan yang dijalankan 2 kali setiap tahun dan ianya diadakan susulan daripada penetapan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan melalui Arahan Tetap Ketua Pengarah. Program yang mula dijalankan pada 11 hingga 14 Februari 2019 ini melibatkan kerjasama sebanyak 8 agensi/jabatan antaranya adalah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan jalan Raya, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Jabatan Rela Daerah Padang Terap, Klinik Kesihatan Naka, Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap. Program/ aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk ceramah, pameran, demonstrasi dan latihan amali.

     

    Tujuan utama program ini diadakan kerana ianya merupakan salah satu usaha dan inisiatif pihak IKBN Naka untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan kepada pihak majikan sendiri, kepada pekerja serta memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dalam mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja mereka . Penganjuran program ini juga diharap akan dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mengenai kepentingan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja khususnya.

     

    Selain daripada itu, penganjuran program-program sebegini menjadi platform kepada agensi/jabatan yang terlibat untuk menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping mewujudkan perkongsian maklumat pintar diantara agensi berkaitan, majikan dan pekerja. Pihak IKBN amat percaya, pekerja yang sihat dan persekitaran kerja yang selamat akan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja.

     

     

    Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohammad Suhaimi Bin Md Saad, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Pengarah IKBN Naka. Turut hadir bersama semasa majlis pelancaran program adalah wakil daripada Balai Bomba Daerah Kuala Nerang.

     

     

     
    Aktiviti Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Ikbn Naka Siri 1/2019
    Written on Khamis, 21 February 2019 14:24
  • PROGRAM BAKTI ANAK MUDA IKBN NAKA BERSAMA PBSD SIK & JAWATANKUASA MASJID AL-SYAHIDIN KOTA AUR.

    SIK KEDAH, 15 JANUARI 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan kerjasama pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik & Jawatankuasa Masjid Al- Syahidin Kota Aur telah berjaya melaksanakan program Bakti Anak Muda yang merupakan salah satu daripada program Kesukarelawanan pada 11 Januari 2019.

    Program yang dijalankan sempena Minggu Paradigma Pelajar ini merangkumi aktiviti gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan kariah Kota Aur. Ianya melibatkan seramai 150 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN Naka serta penduduk setempat. Objektif pelaksanaannya adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kerjasama dapat melakukan kerja-kerja kebajikan.

    Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh wakil kepada Dato' Pegawai Daerah Sik iaitu Encik Hazriq Bin Zulkifli, Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Sik. Tidak ketinggalan juga kehadiran Pengarah IKBN Naka iaitu Encik Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi, Encik Muhammad Shamil Bin Roslee ,Penghulu Mukim Sok, Encik Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan Ustaz Abdul Azis Bin Hat, Imam Masjid Al-Syahidin. Pihak IKBN Naka merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat yang terjalin ini bakal diteruskan pada masa akan datang.

     

    Written on Khamis, 17 January 2019 12:02
  • PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JANUARI 2019

     

     

    Padang Terap – IKBN Naka telah menerima kemasukan pelajar baru bagi sesi kemasukan Januari 2019. Pelajar-pelajar baru mula mendaftar masuk ke IKBN Naka bermula jam 8.30 pagi tadi sehingga 12.30 tengahari. Sesi Pendaftaran diteruskan lagi dengan taklimat ringkas dan sesi soal jawab oleh En. Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi, Pengarah IKBN Naka serta penerangan ringkas berkaitan bidang yang ditawarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pada sidang ini, antara kursus yang ditawarkan meliputi Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Penyejukbekuan & Penyaman Udara - (Domestik), Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Penyejukbekuan & Penyaman Udara - (Komersial), Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Penrkhidmatan Penyejukbekuan, Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara) dan Sijil Lanjutan Teknologi Pertanian (Pengeluaran Makanan).Pengarah IKBN Naka sempat mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru serta beliau turut berharap komitmen daripada pelajar untuk memastikan mereka dapat mematuhi dan mengikuti setiap peraturan serta jadual pembelajaran yang telah ditetapkan sepanjang mereka mengikuti latihan kemahiran di IKBN Naka. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan Ibubapa menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan pelbagai soalan tentang kebajikan dan sistem pembelajaran di IKBN Naka. Majlis berakhir sekitar jam 12.45 tengahari dengan ucapan terima kasih daripada semua kakitangan IKBN Naka.

    Written on Ahad, 13 January 2019 12:28
  • PEPERIKSAAN AKHIR IKBN SESI 2/2018

    Seramai 170 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Naka terlibat dengan Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 2/2018 yang bermula pada 2 Disember 2016 dan berakhir pada 12 Disember 2018. Sesi peperiksaan dimulakan dengan peperiksaan teori subjek Umum dan berakhir dengan peperiksaan akhir subjek teknikal. Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 2/2018 dijalankan sepenuhnya di Dewan Gemilang IKBN Naka di mana ianya diselia oleh Pengawas Dalaman IKBN Naka. Manakala Peperiksaan Teori Subjek Teknikal dan Amali Akhir yang dijadualkan pada 9-12 Disember 2016 akan diselia sepenuhnya oleh Ketua Pengawas Luaran dan Pengawas Luaran yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Sistem Penilaian Kendiri.

     

    Written on Khamis, 20 December 2018 14:02
  • Taklimat Kerjaya

    Naka - Cawangan Hubungan Industri telah mengadakan dua program Taklimat Kerjaya kepada seramai 186 orang pelajar kursus Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan 53 orang pelajar kursus Pengeluaran Makanan pada 19 November 2018 yang lalu.

    Written on Rabu, 28 November 2018 14:40 Read more...
  • MAJLIS MENANDATANGANI MOU DAN PERTANDINGAN INCICOM IKBN NAKA 2018

    Naka - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka telah melaksanakan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) kategori Perak dengan dua buah syarikat iaitu Kilat Permata Enterprise dan Grand Platters Sdn. Bhd. yang berlangsung di Dewan Gemilang, IKBN NAKA. 

    Written on Ahad, 25 November 2018 16:08 Read more...
  • LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) TEMERLOH

    NAKA, 25 OKTOBER 2018 Institut Kemahiran Belia Negara Naka telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 18 Oktober 2018 jam 9.00 pagi bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh, Pahang. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi EKSA IKBN Naka bersama dengan 12 orang kakitangan. Antara pegawai yang terlibat dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha, Penolong Setiausaha, Ketua Zon dan Ketua Jawatankuasa Latihan, Promosi, Audit serta Inovasi.

     

    Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di IKBN Naka. sesi lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh berakhir kira-kira pukul12.30 tengah hari. 

     

     

    Written on Khamis, 01 November 2018 14:10
  • Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Naka

    Naka – Sempena Hari Sukan Negara yang disambut di seluruh negara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka juga tidak ketinggalan menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Naka bagi tahun 2018 pada hari Sabtu 13 Oktober 2018. Pada tahun ini sambutannya berlainan berbanding dengan tahun sebelumnya apabila melibatkan sukan di ketegori staff dan pelajar. Bagi ketegori staf sukan yang dipertandingkan ialah badminton dan futsal. Sementara ketegori pelajar pula melibatkan sukan bola sepak serta sukan rakyat seperti tuju tin dan congkak. Dalam masa yang sama Tuan Pengarah turut melancarkan perasmian Minggu Sukan IKBN Naka. Pada temasya sukan kali ini, semua kakitangan dibahagikan kepada 4 rumah iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Firuz.

     

    Hari Sukan Negara pada kali ini dimulakan dengan aktiviti senaman robik yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Naka serta dibimbing oleh En. Hasbullah bin Hashim. Selepas selesai senaman robik, semua kakitangan dan pelajar beredar ke vanue pertandingan masing-masing untuk memulakan acara. Semua acara sukan berakhir kira-kira pukul 5 petang. Tahniah diucapkan kepada yang menang bagi yang kalah boleh cuba lagi di lain masa.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Naka pada tahun ini. Semoga acara seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

     

     

     

    Written on Khamis, 01 November 2018 13:39
  • MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN IKBN NAKA SIRI 2/2018

     

    IKBN NAKA - Minggu Keselamatan & Kesihatan adalah satu acara tahunan yang dijalankan 2 kali setiap tahun dan ianya diadakan susulan daripada penetapan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan melalui Arahan Tetap Ketua Pengarah. Program yang mula dijalankan pada 13 hingga 16 Julai 2018 ini melibatkan kerjasama sebanyak 11 agensi/jabatan antaranya adalah Jabatan Penjara Pokok Sena, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Malaysian NPK Fertilizer, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, NGO Persatuan Cahaya Harapan Negeri Kedah/Perlis, Klinik Kesihatan Naka, Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Nerang. Program/ aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk ceramah dan juga demonstrasi.

    Tujuan utama program ini diadakan kerana ianya merupakan salah satu usaha dan inisiatif pihak IKBN Naka untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan kepada pihak majikan sendiri, kepada pekerja serta memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dalam mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja mereka . Penganjuran program ini juga diharap akan dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mengenai kepentingan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja khususnya.

    Selain daripada itu, penganjuran program-program sebegini menjadi platform kepada agensi/jabatan yang terlibat untuk menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping mewujudkan perkongsian maklumat pintar diantara agensi berkaitan, majikan dan pekerja. Pihak IKBN amat percaya, pekerja yang sihat dan persekitaran kerja yang selamat akan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja. Program ini telah dirasmikan oleh En. Haiza Nizam Bin Mohamad Hanif, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian yang mewakili Pengarah IKBN Naka. Turut hadir bersama semasa majlis pelancaran program adalah wakil daripada Balai Bomba Daerah Kuala Nerang.

    Written on Rabu, 05 September 2018 16:23
  • Pilihanraya Kampus

     

     

     

    Jawatankuasa Pilihan Raya Institut(JPRI) IKBN Naka telah berjaya mengadakan Pilihan Raya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar 2018 (PRMPP18) pada kali ini untuk mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang penting dalam MPP bagi Sidang Akademik 2018/2019. Antara jawatan yang menjadi rebutan pada pilihanraya kali ialah Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Pilihanraya pada kali ini turut dibantu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah. Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga IKBN Naka kerana telah berjaya dalam menghidupkan amalan demokrasi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini dan memastikan proses demokrasi ini sentiasa berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir. 

    Written on Khamis, 16 August 2018 14:58
  • PERUTUSAN PENGARAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2018

    NAKA - Satu perjumpaan diantara Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan Staf telah berlangsung di Perpustakaan IKBN Naka.

    Written on Rabu, 20 June 2018 16:08 Read more...
 
Find us on Facebook
Follow Us