IKTBN



PAGOH

 

LATARBELAKANG



Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh (IKBNP) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Di dalam RMK 7 menepati keperluan semasa di sektor industri.


Institut ini mula dibina pada 23 Oktober 1999 dan disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 di atas keluasan 30 ekar. Institut ini terletak di Pagoh Muar Johor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Bandar Muar dan kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.


Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan BIna Insan dan latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%).


Institut ini juga merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Penubuhan IKBN adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 1200 orang apabila beroperasi sepenuhnya. Institut ini mula beroperasi pada bulan Januari 2003.



VISI

Menjadi institut kemahiran yang terunggul menepati keperluan pembangunan negara

MISI

Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara.



PIAGAM

PELANGGAN


  1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti
  2. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja
  3. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukan adalah lengkap
  4. Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan
 
Find us on Facebook
Follow Us