LATAR BELAKANG


Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh (IKBNP) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Di dalam RMK 7 menepati keperluan semasa di sektor industri.


Institut ini mula dibina pada 23 Oktober 1999 dan disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 di atas keluasan 30 ekar. Institut ini terletak di Pagoh Muar Johor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Bandar Muar dan kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.


Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan BIna Insan dan latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%).


Institut ini juga merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Penubuhan IKBN adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 1200 orang apabila beroperasi sepenuhnya. Institut ini mula beroperasi pada bulan Januari 2003.



VISI

Menjadi institut kemahiran yang terunggul menepati keperluan pembangunan negara

MISI

Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan dasar pembangunan negara.



PIAGAM

PELANGGAN


    - Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus peperiksaan setiap semester bagi melahirkan pelajar berkemahiran
    - Memaklumkan pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
    - Mengeluarkan transkrip akademik dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Jawatankuasa Peperiksaan peringkat Kementerian Belia dan Sukan
    - Memastikan pembayaran elaun bulanan pelajar dibuat selewat-lewatnya pada 10 haribulan pada setiap bulan
    - Memastikan bayaran bil dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
    - Memastikan semua pertanyaan dan aduan diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh pertanyaan dan aduan diterima

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Pencapaian 2019

 

Find us on Facebook
Follow Us