IKTBN



PAGOH

 

PERUTUSAN

PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Selamat melayari laman web IKTBN Pagoh, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Melalui laman web ini, adalah diharapkan akses maklumat berkenaan IKTBN Pagoh menjadi lebih mudah dan pantas. Sejajar dengan usaha yang berterusan untuk membangunkan IKTBN Pagoh sebagai institusi latihan dan pembelajaran yang berorientasikan kemahiran, kecekapan IKTBN Pagoh dalam mengurus maklumat adalah penting bagi memastikan maklumat yang tepat, terkini dan relevan dapat disediakan sebagai akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan IKTBN Pagoh.


Pelbagai program dalam bidang kemahiran ditawarkan secara sepenuh masa di IKTBN Pagoh merangkumi kemahiran dalam bidang Pemesinan Am, Alatan dan Acuan, Mekanik Industri dan Kimpalan. IKTBN Pagoh juga dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang selesa dan kondusif serta kelengkapan latihan lengkap dan terkini. Maka diharapkan agar ianya menjadi pendorong kepada semua bakal pelajar kepada usaha menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan berdisiplin.


Selain pengukuhan institusi, sumbangan dan hubungan kepada komuniti juga tidak diketepikan. IKTBN Pagoh sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada komuniti setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang dianggap boleh memberi manfaat. IKTBN Pagoh juga berazam menjadi pusat rujukan dalam bidang mekanikal untuk komuniti setempat.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Pembangunan Laman Web ini yang terdiri daripada Jawatankuasa Portal Unit ICT IKTBN Pagoh. Terima kasih juga kepada semua jabatan dan unit di IKTBN ini yang pastinya banyak membantu Pasukan Pembangunan Laman Web IKBN Pagoh.


Akhir kata, diharapkan laman web ini dapat memberi maklumat dalam membantu bakal pelajar merencana program kemahiran yang ingin diikuti dan seterusnya menjadikan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) sebagai tempat melengkapkan diri bagi menjadi seorang yang kompeten dalam bidang kemahiran untuk kecemerlangan kerjaya di masa hadapan. Terima kasih dan selamat melayari laman web kami.

Sekian dan salam hormat.


ABU SALLEHEIN BIN NORDIN

Pengarah,

Institut Kemahiran Belia Negara pagoh, Muar, Johor

 

 
Find us on Facebook
Follow Us