Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PENGENALAN

Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould) merupakan satu program latihan kemahiran yang memberikan latihan asas dari segi teori dan amali kepada para pelajar dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik (Toolmaker - Plastic Injection Mould). Pelatih didedahkan dengan kemahiran dalam pemesinan am pada semester satu (General Machinist). Pada semester dua, pelajar akan terlibat dalam perekaan( design - menggunakan perisian AutoCADD dan SolidWork) dan pembuatan acuan plastik (2 Plate Mould dan 3 Plate Mould. Pada semester 3 dan 4 pelajar juga akan dilatih menggunakan mesin CNC seperti CNC Lathe, Milling, EDM Wire Cut dan EDM Sinker. Pelajar juga akan didedahkan dengan perekaan/design dan pembuatan Hot Runner Mould. Disamping latihan pengendalian mesin, pelajar dalam bidang ini juga akan diajar dan dilatih dalam pengujian dan pengukuran jitu. Antara alat-alat pengujian dan pengukuran jitu yang digunakan seperti Coordinate Measuring Machine(CMM), Surface Roughness Measuring Machine, Roundness Tester, Hardness Tester dan sebagainya lagi.

Modul latihan disusun dengan sebaiknya supaya pelajar dapat dilatih sehingga menjadi mahir agar dapat memenuhi keperluan industri di dalam bidang pembuatan acuan suntikan plastik khususnya

 

KURSUS DITAWARKAN

 

Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pembuat Acuan Plastik)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (MC-030-3:2015) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pembuat Alat Tekan)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (MC-031-3:2015) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

 

Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Acuan Plastik)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (MC-030-4:2014) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

SKM 3 dengan bidang yang berkaitan

 

Tempoh Kursus

15 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Alat Tekan)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (MC-031-4:2013) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

SKM 3 dengan bidang yang berkaitan

 

Tempoh Kursus

15 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan bidang Teknologi Pembuatan Pemesinan berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti penolong jurutera, juruteknik pemesinan dan CNC, programmer CNC. Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Manufacturing, Maintenance dan Penyelenggaraan mesin.

 
Find us on Facebook
Follow Us