Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PENGENALAN

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

 

KURSUS DITAWARKAN

 

Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) – SMW03

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (MC-024-3:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) – SMT03

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (MC-026-3:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

Pembantu Jurutera Kimpalan Fabrikasi (DMF34)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (MC-024-4:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

SKM 3 dengan bidang yang berkaitan

 

Tempoh Kursus

15 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

PROSPEK KERJAYA

Peluang pekerjaan yang meluas, antaranya di sektor Minyak dan Gas, Industri Pembuatan dan pembinaan logam,loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan.