Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PENGENALAN

Matlamat utama jabatan ini adalah melahirkan tenaga mahir dalam bidang senggaraan dari segi mekanikal dan elektrikal dengan melatih Pelajar dalam bidang berkenaan. Pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka boleh bekerja di industri perkilangan, bangunan untuk tujuan senggaraan dalam organisasi kerajaan atau swasta.

 

Pelajar-pelajar akan dilatih bagi memperolehi kemahiran teori dan amali didalam bidang kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, sistem pam, sistem penghantaran (Conveyor system), penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik serta “Programming Logic Control” (PLC). Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alat ganti dengan menggunakan mesin kisar, mesin larik, mesin canai dan mesin gerudi. Selain daripada itu, mereka juga akan mempelajari kaedah melukis dan interpretasi lukisan kejuruteraan.

 

Terdapat dua kursus ditawarkan iaitu Operasi Penyenggaraan Mesin Industri Tahap 3 (ME-010-3:2012), Kejuruteraan Penyenggaraan Mesin Industri Tahap 4 (ME-010-4:2013) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.

 

KURSUS DITAWARKAN

 

Operasi Penyenggaraan Mesin Industri Industri Tahap 3 (DMU03)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (ME-010-3:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

Kejuruteraan Penyenggaraan Mesin Industri Tahap 4 (DMU34)

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (ME-010-4:2013) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

SKM 3 dengan bidang yang berkaitan

 

Tempoh Kursus

15 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Juruteknik Penyelenggaraan di sektor kerajaan, swasta, industri, perkapalan dan Industri Minyak & Gas.

 
Find us on Facebook
Follow Us