Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die mengajar pelajar-pelajar tentang asas-asas penggunaan mesin konvesional seperti mesin larik, kisar dan canai serta mesin CNC seperti CNC Lathe, CNC Milling, CNC EDM Wire Cut, CNC EDM Die Shinker dan CNC Grinding. Pelajar juga akan diajar cara-cara membuat Die dari peringkat merekabentuk, pembuatan, pemasangan, mengenalpasti kecacatan atau kerosakkan sehinggalah penghasilan produk. Selain itu juga pelajar akan didedahkan tentang keadah-kaedah pengukuran seperti CMM.

 

KURSUS DITAWARKAN

 

Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC) – SMC03

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (MC-024-3:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit

 

Tempoh Kursus

24 Bulan (sepenuh masa di Institut)

 

Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM) – DMC04

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (MC-050-4:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

Lulus SPM atau setaraf, Lulus Bahasa Malaysia, Kredit Matematik atau Sains atau mana-mana mata pelajaran teknikal

 

Tempoh Kursus

39 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM) – DMC34

Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (MC-050-4:2012) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh.

 

Kelayakan

SKM 3 dengan bidang yang berkaitan

 

Tempoh Kursus

15 Bulan (sepenuh masa di Institut + 3 bulan OJT)

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan bidang Teknologi Pembuatan Pemesinan berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti penolong jurutera, juruteknik pemesinan dan CNC, programmer CNC. Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Manufacturing, Maintenance dan Penyelenggaraan mesin.

 
Find us on Facebook
Follow Us