IKTBN



PAGOH

 

BERITA

TERKINI

  • MAJLIS PERASMIAN PENDIGITALAN I4.0@ILKBS DI IKTBN PAGOH

     

    21hb Februari 2019, Pagoh – Majlis perasmian pendigitalan I4.0@ILKBS berlangsung dengan jayanya di dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh dan disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan (KBS). Turut hadir bersama untuk memeriahkan lagi majlis adalah YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB).

     

    Ketibaan YB Menteri disambut dengan persembahan stormpers oleh pelajar-pelajar ARP IKTBN Pagoh. Seterusnya, beliau diiringi oleh VVIP yang hadir untuk masuk ke dalam Dewan Karisma dan di lobi dewan, YB Menteri menandatangani buku kehadiran pelawat dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah BPKB.

     

    Seterusnya, ditayangkan video montaj I4.0 yang menerangkan dan memberikan informasi berkenaan sejarah revolusi Industri 1 sehingga kepada revolusi Industri ke-4 , pelan strategik I4.0@IKTBN Pagoh, Inisiatif I4.0 yang sedang dan bakal dilaksanakan dan juga aplikasi I4.0@IKTBN Pagoh yang merangkumi Smart Industrial Automation Center (SIAC) dan Smart Machining Centre (SMC) setakat ini.

     

    Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan kepentingan anak-anak muda menguasai teknologi dan kemahiran berkaitan I4.0 supaya seiring dengan keperluan industri dan pembangunan teknologi pembuatan khususnya yang semakin berkembang. YB juga menyatakan untuk tahun 2019-2020 , pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak RM13 Juta untuk menaiktaraf peralatan dan menyediakan persekitaran latihan IR4.0 di ILKBS. Turut diucapkan tahniah dan syabas kepada pihak BPKB dan IKTBN Pagoh khususnya di atas majlis pertukaran dokumen kerjasama ,di antara pihak Robo CNC dengan IKTBN Pagoh. “Melalui persefahaman ini nanti akan menjadikan IKTBN pagoh sebagai hub latihan CNC Machining bagi mesin HAAS yang pertama di Asia Tenggara yang disambung dengan rangkaian I4.0 HAAS. Dengan adanya Pusat Latihan 5 Axis HAAS (HAAS 5 Axis Training Centre), lepasan IKTBN Pagoh mampu memperolehi Gaji dianatara RM 3~5 k “ katanya. Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran dokumen LOI di antara IKTBN Pagoh dan Robo CNC Sdn Bhd (HAAS Factory Outlet).

     

    YB Menteri bersama VVIP di bawa melawat Booth Pameran disediakan oleh IKTBN Pagoh (DIY 3D Printer), IKTBN Sepang ( Object Detector Robot, Sack Collector Robot etc),IKTBN Alor Gajah (Scan & Watch, Energator),IKTBN CHEMBONG (Smart Inspection Robot,Smart Safety Helmet) dan IKBN Bandar Penawar (Scaffolding). Setelah tamat sidang media bersama RTM, YB Menteri dan VVIP di jemput melawat Smart Industrial Automation Center (SIAC) di Jabatan Mekanik Industri dengan menaiki Buggy.

     

    Ketibaan YB Menteri dan VVIP disambut dan diiringi oleh 3 unit Robot dan ditunjukkan demonstrasi ‘Robot Rumble”. YB Menteri mengambil kesempatan yang diberikan untuk mengoperasikan sendiri Robot Tempur tersebut. Seterusnya, YB Menteri merasmikan Bilik Smart Industrial Automation Center (SIAC) dengan menandatangani Plak Perasmian. Di bilik SIAC, YB Menteri diberikan penerangan mengenai aplikasi perisian simulasi Animation Studio dan Factory I/O yang mampu mengawal litar pneumatic atau hydraulic yang berada di lab yang berasingan melalui wi-fi. Juga, informasi diberikan berkenaan Kit Smart Industrial Automation System ,iaitu model bagi sebuah industri ( merangkumi Production Area,Testing & Commissioning Area,Logistic area) dan dilengkapi dengan smart system seperti sensors, HMI,Robotic,RFID dan AGV/Mobile Robot, beserta dengan pillars I4.0 yang berkaitan iaitu IoT, AR, Autonomous System dan Simulation.

     

    YB Menteri dapat merasakan sendiri perjalanan Smart Industrial Automation Systems (SIAS) dari permulaan proses membuat pesanan produk melalui ‘Tab’ . Produk melalui Distribution Station, Testing & Commissioning, ware-house area, logistic area dan berakhir dengan penghantaran produk kepada pelanggan. YB Menteri dibekalkan Smart Glass untuk melihat operasi mesin sambil diberi penerangan oleh pegawai dari satu station ke station berikutnya , dimana Smart Glass memaparkan info-info berkenaan SIAS (aplikasi Augmented Reality).

     

    Lawatan YB Menteri dan VVIP diteruskan ke Smart Maching Centre . YB Menteri menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben dan menandatangani plak perasmian. Penerangan mengenai HAAS Factory Outlet diberikan oleh staff dari Robo CNC Sdn Bhd mengenai kelengkapan dan teknologi I4.0 yang dibekalkan kepada IKTBN Pagoh . Sambungan I4.0 secara maya (Real Time Monitoring) mesin 5 Axis HAAS ini, diberikan kepada IKTBN Pagoh selain negara Amerika dan China. Seterusnya,turut dibekalkan informasi mengenai aplikasi I4.0 (Retrofit Mesin sedia ada) untuk tujuan Predictive Maintenance, aplikasi VIDA (Virtual Informative Display Application) iaitu satu sistem pembelajaran secara maya dan TOMS (Training Output Management System) . TOMS dapat mengukur keupayaan pelajar melaksanakan proses mesin mereka dan melakukan analisis dari segi produktiviti dan efisiensi kerja. YBM juga ditunjukkan pengeluaran piala Anugerah Perdana Belia KBS di mana rekacipta dan rekabentuk piala adalah hasil usaha pelajar dan pengajar IKTBN Pagoh dan telah didaftar hak cipta.

     

    Majlis berakhir dengan sidang media . Kepulangan YB Menteri diiringi dengan persembahan Stormpers pelajar dengan lirik khas dicipta pelajar untuk YB Menteri.

     

    Ditulis Oleh : Kesavan A/L Kaniapan

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Isnin, 25 February 2019 14:59
  • GOTONG-ROYONG PERDANA IKTBN PAGOH

     

    17 Januari 2019, Pagoh – Satu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan melibatkan seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan persekitaran IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan ceria dan kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

     

    Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti aktiviti pembersihan, mengecat dinding bengkel, membaiki lanskap dan menyusun atur peralatan bengkel serta asrama. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh penyelaras gotong-royong iaitu En. Shah Ramle bin Sohop serta diikuti dengan pembahagian pelajar mengikut kawasan yang ditugaskan.

     

    Program ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pelajar dan pengajar sepanjang ianya dijalankan. Program ini dijalankan secara berkala setiap tahun. Dengan melaksanakan aktiviti ini secara berkala dapat memastikan persekitaran kawasan IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga disamping dapat memberikan warganya IKTBN Pagoh suasana yang selesa dan menyeronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Isnin, 21 January 2019 16:44
  • BENGKEL PEROLEHAN KERAJAAN MANTAPKAN STAF IKTBN PAGOH

    Peserta Bengkel Bergambar Bersama Pengarah IKTBN Pagoh (3 dari kiri)

     

    14 Januari 2019, Pagoh – Bertempat di Dewan Kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, pihak pengurusan IKTBN Pagoh telah menganjurkan bengkel penyediaan garis panduan proses penilaian perolehan sebut harga. Bengkel tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Januari 2019.

     

    Bengkel tersebut telah dihadiri oleh kakitangan kewangan dan pengajar serta pengarah IKTBN Pagoh. Fasilitator yang dijemput bagi membimbing bengkel tersebut ialah Encik Meor Saharizan bin Meor Idris dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Tujuan diadakan bengkel ini adalah bagi memastikan setiap staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan proses perolehan kerajaan dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman mereka terutamanya dengan kaedah, prosedur serta pekeliling yang terkini. Justeru, secara tidak langsung juga, ini dapat memastikan setiap proses perolehan yang dilakukan sentiasa mematuhi peraturan dan kaedah semasa.

     

    Sepanjang bengkel, pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsi oleh fasilitator kepada semua peserta bengkel khusus dalam menyelesaikan masalah serta cabaran berkaitan proses perolehan kerajaan. Diharapkan dengan pendedahan sepanjang bengkel ini dapat memperkukuhkan lagi daya saing dan kualiti perkhidmatan yang diberikan dalam pengurusan perolehan kerajaan di IKTBN Pagoh.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 17 January 2019 15:01
  • Perhimpunan Bulan Januari 2019

     

    13 Januari 2019, Pagoh – Perhimpunan bulanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh kali pertama bagi tahun 2019 telah diadakan dengan lancar bertempat di Dewan Karisma. Perhimpunan yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar bagi sesi pembukaan tahun ini telah dianjurkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pelajar-pelajar baru sesi 1/2019.

     

    Pada perhimpunan tersebut satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Hazmil bin. Hapaz berkaitan Revolusi Indsutri 4.0 (IR4.0) sebagai pendedahan ringkas kepada kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan ketua warden, En. Mohd Nasirwan bin Mohd Anas. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar pelajar dapat terus mematuhi disiplin serta hadir bagi bersolat subuh secara berjemaah pada setiap hari. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar menghindari perbuatan buli.

     

    Majlis kemudian diteruskan dengan agenda utamanya iaitu ucapan oleh tuan pengarah IKTBN Pagoh, Tn. Hj. Abu Sallehein bin Nordin. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar setiap warga IKTBN Pagoh dapat mengamalkan perilaku yang baik dan disiplin diri agar semua warganya dapat hidup dengan selesa dan harmoni serta kekal dengan matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan masing-masing. Beliau turut mengumumkan dalam ucapannya bahawa IKTBN Pagoh bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Revolusi Industri 4.0 di peringkat Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bakal diadakan pada bulan Februari ini.

     

    Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sijil pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia (ARPM) 2018 bagi pelajar IKTBN Pagoh yang layak. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan oleh pelajar-pelajar baru bagi sesi 1/2019.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Selasa, 15 January 2019 16:43
  • BENGKEL PEMANTAPAN WIM DAN PEMBANGUNAN SOALAN BARU

    Antara gambar bengkel pemantapan WIM dan pembangunan soalan

     

    8 Januari 2019, Pagoh – Bagi melahirkan pengajar yang berdaya saing dan berkualiti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah mengadakan bengkel khas selama 3 hari bertempat di Bilik Seminar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh. Kursus tersebut bermula pada 8 Januari sehingga 10 Januari 2019 yang melibatkan seramai 20 orang pengajar dari setiap jabatan di IKTBN Pagoh.

     

    Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh encik Mohd Ozahir bin Mat Palal dari Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST). Dalam bengkel tersebut para pengajar telah didedahkan dengan prosedur terkini dalam membangunkan “Written Instructional Material” (WIM) serta soalan peperiksaan. Para peserta bengkel turut diselitkan dengan tugasan membangunkan contoh WIM dan soalan peperiksaan secara berkumpulan mengikut jabatan masing-masing, ini bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasikan setiap kaedah yang dipelajari mengikut kesesuaian jabatan masing-masing. Dalam setiap sesi akhir tugasan, para peserta kemudian akan membentangkan hasil tugasan masing-masing bagi dibincangkan bersama penceramah.

     

    Pada akhir kursus tersebut, satu sesi penyampaian cenderahati serta sesi bergambar bersama penceramah turut diadakan bagi tujuan kenangan. Pelbagai pengalaman serta tip telah dikongsikan oleh penceramah bersama peserta sepanjang tempoh bengkel diadakan. Diharapkan agar setiap peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh seterusnya melahirkan para pelajar yang berkualiti serta berdaya saing tinggi.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 10 January 2019 12:02
  • MAJLIS TAKLIMAT KAKITANGAN IKTBN PAGOH BERSAMA PENGARAH

     

    Pagoh, 6 Januari 2019 - Seramai 113 kakitangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menghadiri majlis taklimat yang pertama diadakan pada tahun ini 2019. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Hj. Abu Sallehein bin Nordin yang bertempat di Dewan Kuliah.

     

    Taklimat tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh adalah berkaitan tentang perancangan IKTBN Pagoh bagi tahun 2019. Dalam amanat yang beliau sampaikan turut diselitkan peringatan buat semua untuk sentiasa melakukan tugasan dengan penuh taqwa dan ikhlas agar setiap perkara yang disampaikan dan diberikan kepada pelatih sentiasa penuh berkat.

     

    Malahan itu, turut dibentangkan adalah berkenaan pelan strategik dan inisiatif revolusi industri (IR 4.0) bagi IKTBN Pagoh. Dalam ucapannya, tuan pengarah menerangkan bahawa Industri 4.0 membawa transformasi yang begitu meluas mengikut perkembangan teknologi terkini. Terdapat 4 strategik yang telah dimaklumkan iaitu, pertama ialah peningkatan fasiliti latihan berkaitan Smart Machine dan Aplikasi VIDA. Kedua ialah perluasan kurikulum latihan yang menerangkan tentang fasa-fasa elemen Industri 4.0 yang dapat memberi pendedahan kepada pengajar dan pelajar.

     

    Seterusnya, strategi ketiga ialah pemerkasaan keupayaan pengajar yang mengutamakan pembelajaran mengikut kemahiran asas seperti pengaetahuan berkaitan rangkaian ICT dan sekuriti siber yang boleh menganalisa setiap data. Keempat ialah pembangunan infrastruktur ICT di mana menekankan Smart Building bagi memudahkan pengaksesan internet dan data dapat dikawal secara automatik.

     

    Penutup kata yang disampaikan oleh tuan pengarah adalah mengenai Transformasi Ekosistem Industri 4.0 yang mengutamakan sistem TOT pengajar, lawatan penanda aras serta peringkat asas untuk kemahiran dan pengetahuan selama 3 tahun dari 2018 sehingga 2020 kelak. Perancangan Industri 4.0 ini sedikit sebanyak telah membantu penyelarasan pelajaran yang lebih cemerlang.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Rabu, 09 January 2019 14:58
  • SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

     

    Pagoh, 23 September 2018 – Pejabat Kesihatan Daerah Muar dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bersama-sama dalam penganjuran majlis sambutan hari kesihatan mental sedunia dan minggu kesedaran penyakit tidak berjangkit peringkat negeri Johor yang bertempat di Dewan Karisma IKTBN Pagoh.

     

    Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Sahruddin bin Jamal, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut seperti kuiz, pertandingan mencipta logo, ujian fizikal,,ujian saringan DASS dan kesihatan, demonstrasi teknik relaksasi serta ceramah kesihatan mental.

     

    Dengan penganjuran program seperti ini, para hadirin telah didedahkan dengan maklumat yang lebih luas dan terperinci berkaitan penyakit mental yang jarang sekali didedahkan dan dibicarakan berbanding penyakit fizikal tetapi tetap memberi impak yang besar kepada kehidupan dan aktiviti seharian manusia.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 27 September 2018 12:00
  • SEMINAR TECHNOLOGY UPDATE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0

     

    Pagoh, 19 September 2018 - Satu seminar telah diadakan yang bertempat di dewan kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh berkenaan Revolusi Industri 4.0. Ia melibatkan pengajar dan pelajar semester lima jabatan Mekanik Industri. Selain itu, turut dijemput tenaga pengajar dari IKTBN Sepang, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang serta ILP Marang .

     

    Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin dalam ucapan aluannya menerangkan bahawa pada masa hadapan sistem robot bakal mengambil alih sebahagian besar pekerjaan. Oleh itu, beliau mengingatkan kepada semua pelajar dan pengajar untuk bersedia meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan bidang robot dan industri 4.0 iaitu bagi menghadapi teknologi yang lebih canggih dan terkini pada masa hadapan.

     

    Seminar tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada pihak syarikat Festo Malaysia. Dalam seminar tersebut, pihak Festo telah memberi penerangan berkaitan aplikasi sistem pneumatik dan hidraulik yang terkini. Seminar tersebut turut diselitkan dengan tayangan video berkaitan produk keluaran Festo dalam bidang pendidikan teknikal. Di akhir sesi seminar tersebut, pihak Festo telah menunjukkan demonstrasi kit pembelajaran berkaitan teknologi Revolusi Industri 4.0.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Selasa, 25 September 2018 14:32
  • KURSUS RADIOGRAPHI INSPECTION DI JABATAN KIMPALAN

     

    Pagoh, 18 September 2018 – Bertempat di Jabatan Kimpalan telah diadakan kursus Radiographi Inspection (RI). Seramai 20 orang pengajar dari Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) yang terdiri daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, IKTBN Dusun Tua, IKBN Jitra, IKBN Miri dan IKBN Bandar Penawar yang hadir. Penceramah pada kursus tersebut adalah En Mazlan Bin Jaafar daripada Flawmaxs Technologies.

     

    Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari, yang bermula pada 17 dan berakhir pada 19 September 2018. Kursus tersebut memberikan pendedahan kepada proses melakukan pemeriksaan terhadap filem yang dihasilkan daripada ujian sinar X. Pada kursus tersebut juga turut diajar pengunaan alatan kelengkapan ujian pemeriksaan radiografi. Kesimpulannya dari kursus tersebut, bukan sekadar teori yang diperolehi tetapi amali juga dapat memberikan pengalaman buat semua pengajar yang hadir .

     

    Ditulis & disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Isnin, 24 September 2018 14:20
  • GOTONG – ROYONG PERDANA (EKSA) IKTBN PAGOH 2018

     Sekitar gotong royong perdana (EKSA) yang dilaksanakan di IKTBN Pagoh

     

    Pagoh, 6 September 2018 – Satu gotong-royong perdana telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh melibatkan semua kakitangan dan pelajar. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Jawatan Kuasa EKSA IKTBN Pagoh dalam memastikan persekitaran institut sentiasa dalam keadaan bersih, kondusif dan ceria. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama warga IKTBN Pagoh di samping melahirkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap institut.

     

    Antara kerja-kerja yang dilakukan dalam program ini adalah mengecat bangunan dan membersih persekitaran kawasan bengkel, kawasan masjid, asrama serta longkang-longkang yang terdapat dalam kawasan institut. Menurut penyelaras EKSA IKTBN Pagoh merangkap koordinator program gotong-royong ini, En. Shah Ramle Bin Sohop aktiviti ini merupakan program penting dalam EKSA dalam memastikan IKTBN Pagoh sentiasa konsisten dalam mengekalkan pengiktirafan kategori ‘Cemerlang’ EKSA yang diberikan oleh pihak MAMPU.

     

    Seluruh warga IKTBN Pagoh didapati memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Diharapkan dengan usaha murni seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak IKTBN Pagoh dalam menjadi institut yang berdaya saing serta cemerlang dalam setiap pengiktirafan yang diberikan.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Isnin, 10 September 2018 05:26
  • KIBARAN JALUR GEMILANG TERPANJANG PERINGKAT IKTBN PAGOH

     Kakitangan dan Pelajar IKTBN Pagoh bergambar bersama Jalur Gemilang

     

    Pagoh, 30 Ogos 2018 – satu perhimpunan bulanan bertemakan sambutan hari kebangsaan telah dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar bertempat di Dewan Karisma Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Perhimpunan tersebut telah dianjurkan dalam suasana sambutan hari kebangsaan yang amat meriah. Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein Bin Nordin dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan mengetuai perarakan Hari Kebangsaan. Selain itu, beliau turut mengungkap kembali kisah perjuangan mereka yang terdahulu ketika zaman penjajahan dan kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai kemerdekaan.

     

    Oleh itu, beliau berharap golongan belia pada masa kini dapat mengambil iktibar dan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh nenek moyang kita dalam mencapai kemerdekaan. Tuan pengarah juga turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perbarisan IKTBN Pagoh yang bakal menyertai perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri Johor yang akan diadakan di bandar Muar. Dalam perhimpunan tersebut juga turut diadakan sesi penyerahan kad ucapan kemerdekaan hasil karya pelajar oleh wakil pelajar kepada tuan pengarah. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan sijil bagi Pertandingan Bola Sepak, Bilik Tercantik, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Nasyid 2018, Hadiah Hari Lahir Staf IKTBN Pagoh serta Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan.

     

    Majlis perhimpunan kemudian diakhiri dengan acara yang amat menarik iaitu tayangan video bertemakan hari kemerdekaan dan disusuli dengan sesi bergambar kakitangan dan pelajar bersama bendera ‘Jalur Gemilang’ sepanjang 55 meter yang juga merupakan hasil karya para pelajar IKTBN Pagoh. Bendera ‘Jalur Gemilang’ ini juga merupakan yang terpanjang pernah dihasilkan oleh para pelajar IKTBN Pagoh. Diharapkan dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat menerapkan rasa cinta terhadap negara yang lebih mendalam terhadap jiwa dan semangat warga IKTBN Pagoh.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Isnin, 03 September 2018 14:58
  • PERHIMPUNAN BULANAN IKTBN PAGOH

     

    Pagoh, 6 Ogos 2018 – Perhimpunan bulanan kakitangan bersama para pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh kali ini telah dianjurkan oleh bahagian pengurusan bertempat di Dewan Karisma IKTBN Pagoh. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa johor diikuti dengan lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar dengan bacaan daripada surah Al-Mulk ayat 1 hingga 6.

     

    Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin dalam ucapannya pada majlis tersebut telah membuat sedikit perkongsian berkaitan surah yang telah dibaca oleh pelajar. Antara isi pengajaran dalam ayat tersebut Allah s.w.t menjelaskan bahawa kualiti amalan seseorang itu lebih penting berbanding kuantiti amalannya. Untuk itu pengarah berharap agar warga kerja serta para pelajar dapat mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian.

     

    Pengarah seterusnya memaklumkan agar setiap warga kerja dapat bersiap - sedia untuk menghadapi audit ISO 9001 : 2015 oleh pihak SIRIM. Selain itu, pengarah dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa IKTBN Pagoh bakal menerima 120 buah komputer baru dengan tujuan mempersiapkan para pelajar dalam menghadapi cabaran revolusi industri IR4.0. Begitu juga para pengajar yang turut akan diberikan latihan peningkatan kemahiran dan ilmu berkaitan IR4.0. Perancangan hal ini amat penting menurut beliau berikutan IKTBN Pagoh bakal mempelopori IR4.0 bagi keseluruhan ILKBS.

     

    Turut diserikan lagi dalam perhimpunan kali ini ialah pencapaian hadiah pembaca buku terbanyak, Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Jun dan Julai serta Penyampaian Hadiah Hari Lahir Kakitangan IKTBN Pagoh. Majlis perhimpunan diakhiri dengan persembahan video pendek bertemakan ‘Hari Merdeka’ yang bakal menjelma serta nyanyian ‘Jalur Gemilang’.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 09 August 2018 15:09
  • LAWATAN AUDIT PENSIJILAN ISO 9001:2015

     

    Pagoh, 7 Ogos 2018 – Satu lawatan audit oleh pihak SIRIM telah dilaksanakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh melibatkan 3 orang juruaudit dan seorang pemerhati yang diketuai oleh Encik Muhammad Fadhlullah Rahmat. Proses pengaudit melibatkan keseluruhan bahagian dan jabatan yang terdapat di IKTBN Pagoh. Audit tersebut berlangsung selama dua hari bermula 7 Ogos sehingga 8 Ogos 2018. Proses audit kali ini melibatkan pensijilan ISO yang telah dinaik taraf daripada ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015.

     

    Dalam mesyuarat penutup, ketua juruaudit telah membentangkan hasil dapatan audit kepada seluruh pihak IKTBN Pagoh yang terlibat dan turut memberi beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan IKTBN Pagoh. Seterusnya audit tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh tuan pengarah kepada setiap juruaudit. Diharapkan dengan pelaksanaan ISO 9001:2015 ini akan dapat membantu seluruh warga kerja IKTBN Pagoh melaksanakan kerja dengan lebih sistematik dan lancar dalam menjadi sebuah institut yang sentiasa berdaya saing dan berkualiti.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 09 August 2018 16:47
  • MAJLIS PERUJIAN AL-QURAN, NASYID DAN HAFAZAN 2018

     

    Pagoh, 14 Ogos 2018 – Program ini yang melibatkan penyertaan para pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah diadakan di Dewan Karisma dengan dihadiri oleh seluruh kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh. Antara tujuan utama diadakan pertandingan seperti ini adalah bagi memilih pelajar yang layak bagi mewakili IKTBN Pagoh ke pertandingan peringkat IKBN / IKTBN Se-Malaysia serta menerapkan semangat budaya Islam dikalangan warga IKTBN Pagoh. Terdapat tiga kategori yang dipertandingan dalam majlis ini iaitu tilawah Al-Quran, hafazan dan nasyid.

     

    Setiap syarat dan kategori yang dipertandingkan adalah selaras dengan syarat pertandingan yang digunapakai pada peringkat IKBN / IKTBN Se-Malaysia. Majlis dimulai dengan Perujian Tilawah Al-Quran, diikuti dengan pertandingan hafazan dan seterusnya pertandingan nasyid. Pertandingan yang diadakan melibatkan wakil pelajar antara setiap jabatan di IKTBN Pagoh iaitu Jabatan Mekanik Industri, Kimpalan, Pemesinan Am dan Alatan Acuan. Acara penutup dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada murid-murid dari Tadika KEMAS Kampung Masyarakat Jasa.

     

    Walaubagaimanapun, keputusan bagi pertandingan tersebut hanya akan diumumkan pada masa perhimpunan bulanan pada September akan datang. Walau siapa pun pemenangnnya, peserta yang bertanding pada kali ini dilihat telah menunjukkan semangat dan komitmen yang padu dalam menjayakan pertandingan yang diadakan. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi ummah yang cemerlang dan terbilang di dunia serta di akhirat.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Rabu, 15 August 2018 14:34
  • IKTBN PAGOH MENYAHUT CABARAN COMBOT’18

     

    Bukit Mertajam, 28 Julai 2018 – 3 orang pengajar bersama 7 orang pelajar daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menyertai Combat Robot Tournament 2018 (COMBOT ’18) anjuran koperasi IKTBN Bukit Mertajam. Pertandingan tersebut telah diadakan bermula 28 hingga 29 Julai 2018 bertempat di Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam. Selain melibatkan penyertaan seluruh institusi pengajian di Malaysia, pertandingan tersebut turut disertai peserta dari luar negara, dari India dan Indonesia. Dalam pertandingan tersebut, IKTBN Pagoh telah menghantar sebanyak tiga penyertaan robot tempur iaitu PRCT 1, PRCT 2 dan PRCT 3.

     

    Dalam pertandingan tersebut, ketiga-tiga jentera robot IKTBN Pagoh berjaya melepasi saringan pertama dengan menewaskan pasukan daripada India. Perlawanan seterusnya diikuti dengan pusingan penyingkiran dan sekali lagi kesemua robot IKTBN Pagoh berjaya melalui cabaran tersebut. Secara keseluruhannya untuk pertandingan kali ini, IKTBN Pagoh berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Diharapkan dengan pengalaman yang diperoleh pada kali ini, dapat memantapkan lagi persiapan robot tempur IKTBN Pagoh untuk menghadapi pertempuran seterusnya sekaligus memperbaiki kemahiran dan aplikasi ilmu para peserta dalam teknologi robotik pada masa kini.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Selasa, 31 July 2018 15:00
  • LAWATAN PENANDAARASAN IR4.0 KE JMTI & PSDC

     

    P.Pinang, 19 Julai 2018 – 3 orang pengajar daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menyertai Lawatan Penandaarasan revolusi industri 4.0 (IR4.0)ke JMTI & PSDC anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan. Lawatan ini turut disertai oleh wakil pengajar daripada IKTBN Sepang, IKBN Bukit Mertajam serta IKBN Jitra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai suatu inisiatif bagi memastikan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sentiasa relevan dan mengikuti keperluan semasa, antaranya dengan menyediakan ILKBS ke arah IR4.0. Lawatan ini juga diadakan bertitik tolak hasil daripada mesyuarat jawatankuasa pemandu pemerkasaan transformasi ILKBS pada 10 Januari 2018.

     

    Lawatan tersebut melibatkan dua lokasi iaitu di Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) pada 19 Julai 2018 dan diikuti pula dengan lawatan ke Penang Skill Development Centre (PSDC) pada 20 Julai 2018. Antara intipati lawatan tersebut adalah meneliti kaedah latihan berkaitan IR4.0 yang dilaksanakan di JMTI dan PSDC. Selain itu juga, lawatan ini juga adalah untuk mengenalpasti jenis sistem dan maklumat berkaitan hardware dan software bagi persediaan prasarana ke arah pelaksanaan IR4.0. CEO PSDC, Encik Muhamed Ali Hajah Mydin dalam ucapan pembentangannya berkata perkara utama dalam memastikan IR4.0 tercapai, kepakaran sumber manusia perlulah dibangunkan terlebih dahulu berbanding dengan pembelian kelengkapan dan peralatan.

     

    Ini kerana jika kepakaran sumber manusia tidak selari dengan tahap kemampuan peralatan dan kelengkapan bercirikan IR4.0, kemungkinan besar boleh mewujudkan projek ‘Gajah Putih’. Justeru, diharapkan dengan lawatan yang telah diadakan ini dapat memberikan gambaran serta idea kepada para peserta dalam persiapan menghadapi revolusi industri 4.0 (IR4.0)

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Rabu, 25 July 2018 14:38
  • MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

     

     

    Pagoh 12 Julai 2018, Majlis sambutan Aidilfiri peringkat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh Telah diadakan di dewan Karisma IKTBN Pagoh. Majlis tersebut telah dianjurkan secara bersama mengikut Jabatan dan pentadbiran IKTBN Pagoh. Majlis tersebut bermula pada jam 12.30 tengahari. Pada majlis sambuatn aidilfitri tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar-pelajar IKTBN Pagoh.

     

    Majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan setahun sekali tersebut dihadiri Pengarah, Tuan Haji Abu Sallehin, kakitangan dan semua pelajar-pelajar IKTBN Pagoh. Pada majlis sambutan Aidilfitri tersebut juga turut diadakan pertandingan gerai kreatif dan tercantik. Setiap gerai juga menghidang pelbagai juadah berlainan. Juadah yang disediakan pada majlis sambutan Aidilfitri tersebut adalah, nasi beriani, nasi himpit, rending, bubur kacang, rojak buah, mee sup, bihun sup, kuey teow sup, ayam golek, rojak buah dan pelbagai kuih muih. Majlis sambutan Aidilfitri berakhir pada jam 2.15 petang

    Written on Isnin, 16 July 2018 15:12
  • TAKLIMAT KENAIKAN PANGKAT BERASASKAN KRITERIA KECEMERLANGAN

     

    Pagoh, 10 Julai 2018 - Satu taklimat bersama wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah disampaikan oleh Puan Dalila Binti Sharingat Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua yang telah diadakan di bilik kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Taklimat tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Pekara yang disampaikan pada taklimat tersebut merupakan tatacara permohon seorang Penolong Pengawai Latihan Vokasional (PPLV) untuk kenaikan pangkat berasaskan kriteria kecemerlangan, yang mana pegawai tersebut mesti mempunyai pengalaman sekurang-kurang 8 tahun dalam bidang masing-masing.

     

    Selain itu juga Puan Dalila juga menerangan bahawa sistem ini juga merupakan sistem yang telah digunakanpakai di universiti-universiti dan politekni yang mana sistem ini merupakan sistem yang baru untuk digunapakai bagi PPLV dan PLV. Selain itu juga sesi taklimat di selang-selikan dengan sesi soaljawab bersama PPLV dan PLV IKTBN Pagoh. Taklimat bersama wakil JPK tersebut berakhir pada jam 11.30 tengahari dan majlis bersurai.

    Written on Isnin, 16 July 2018 10:58
  • PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2018 IKTBN PAGOH

     

    PAGOH, 25 JUN 2018 – Seramai 200 orang pelajar baru telah melaporkan diri di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 Pagi yang bertempat di Dewan Kharisma IKTBN Pagoh. Sesi pendaftaran kali ini melibatkan melibatkan empat bidang iaitu Mekanik Industri, Pemesinan Am, Alatan dan Acuan dan Kimpalan. Turut diselitkan adalah sesi taklimat bersama penjaga berkenaan IKTBN Pagoh yang turut dihadiri oleh pengarah, timbalan pengarah dan ketua-ketua jabatan setiap bidang.

     

    Dalam taklimat tersebut Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin terlebih dahulu mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan para pelajar yang telah terpilih untuk meneruskan pengajian di IKTBN Pagoh. Beliau juga turut menerangkan serba sedikit info berkaitan IKTBN Pagoh. Turut diselitkan dalam taklimat itu adalah perkongsian pengalaman dan kejayaan salah seorang bekas pelajar IKTBN Pagoh dari bidang Mekanik Industri, saudara Muhammad Ikhmal B. Rasul sehingga berjaya menaja ibunya menunaikan umrah hasil berkat usaha meneruskan pengajian seterusnya beroleh pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

     

    Setelah selesai sesi pendaftaran tersebut, aktivit para pelajar baru kemudian diteruskan dengan sesi orientasi selama seminggu yang dinamakan sebagai ‘Minggu Paradigma’ bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan cara hidup di IKTBN Pagoh dan sebagai sesi suai kenal antara satu sama lain.

     

    Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Khamis, 28 June 2018 15:18
  • MAJLIS KHATAM QURAN 2018

     

    Pagoh, 7 Jun 2018, Bertempat di masjid At-Taqwa Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, Telah diadakan program khatam Al-Quran dimana Seramai 21 orang pelajar IKTBN Pagoh telah menyertai majlis khatam Quran tersebut. Majlis khatam Quran tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Zharif bin Ahamad selaku ustaz di IKTBN Pagoh.

     

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Ad-duha sehingga surah An-Nas. Majlis khatam Quran tersebut merupakan acara tahunan yang mana diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Majlis penutup khatam Quran ini telah dirasmikan oleh Tuan Abu Sallehein Bin Nordin selaku pengarah IKTBN Pagoh dan turut serta En Hafdzam Bin Osman, Timbalan Pengarah IKTBN Pagoh.

     

    Majlis tersebut telah dihadiri kesemua pelajar dan kakitangan IKTBN Pagoh yang bersama-sama di dalam Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati berupa bunga telur dan kurma kepada semua yang telah terlibat didalam majlis tersebut.

    Written on Isnin, 11 June 2018 14:45
 
Find us on Facebook
Follow Us