IKTBN



TEMERLOH

 

LATAR BELAKANG

 

 
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh merupakan IKBN baru generasi ketiga yang mula dibina pada 20 Disember 2002 dan telah siap pada 07 Jun 2006

 

  • Jumlah keseluruhan IKBN sedia ada adalah 21 buah diseluruh negara.

 

  • IKBN Temerloh dengan nilai kontrak RM132 juta dibina di atas tanah seluas 40.46 Hektar iaitu bersamaan 60 Ekar.

 

  • IKBN Temerloh dibina di atas LOT PT 4223, KG BONGSU, MUKIM SEMANTAN, DAERAH TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR. Kira-kira 26 km dari Karak, 29 km dari Temerloh dan 10 km dari tol Lanchang.

 

 

 

 OBJEKTIF

  • Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran teknikal, Automotif dan Pembungkusan bagi memenuhi permintaan industry negara atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
  • Melahirkan Tenaga Kerja di kalangan belia yang berperibadi mulia, berdisiplin, berbudaya saing, dan berpengetahuan sesuai dengan peranan mereka sebagai agen pembangunan negara.

 

 

 

VISI

 

Menjadi institut terbaik dalam menyediakan latihan kemahiran untuk belia bagi mencapai keperluan pembangunan negara.

 

MISI

Menghasilkan dan menyediakan seramai mungkin belia yang berkemahiran, juga individu yang berdisiplin, patriotik, berwawasan dan berakhlak mulia demi memenuhi keperluan tenaga kerja sejajar dengan dasar pembangunan negara.

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar Berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.

 

  • Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

  • Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

 

  • Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap bulan.

 

     PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN IKTBN TEMERLOH 2020 jan

 

 
Find us on Facebook
Follow Us