IKTBN



TEMERLOH

 

MZM 9878

 

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, selawat dan salam keatas Rasulullah saw, keluarga dan sekelian sahabatnya.

Terima kasih dan selamat datang kepada semua pelawat laman sesawang Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh. Laman ini merupakan wadah bertujuan menyebarluaskan maklumat tentang peluang-peluang latihan, perkhidmatan dan kemudahan untuk masyarakat yang disediakan di Institut ini.

Pelaksanaan latihan kemahiran dalam melahirkan dan membangunkan golongan muda sebagai pekerja mahir negara yang kompeten, kompetitif dan berakhlak mulia merupakan peranan utama IKTBN ini. Kami menyediakan 15 kursus sepenuh masa diperingkat Diploma dan Sijil dalam bidang-bidang Automotif dan Mekanikal. Ianya terdiri daripada 6 program Diploma Teknologi     Kejuruteraan,

6 program Sijil Teknologi Kejuruteraan dan 3 program Sijil Kemahiran Malaysia. Para belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah digalakkan untuk memohon mengikuti program-program tersebut mengikut minat dan kecenderungan mereka sendiri.

Selain itu, program-program separuh masa bagi pekerja industri atau usahawan atau mana-mana individu yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka juga ada disediakan mengikut kesesuaian skop kemahiran yang diperlukan serta kelapangan masa mereka.

Kami berharap laman rasmi ini akan dapat menyampaikan maklumat yang terkini dan jelas mengenai institusi ini. Kami juga mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada semua pelawat yang dihormati sekelian. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucpan jutaan terima kasih.

 

DR. MOHD YUSOFF BIN ABU BAKAR

Pengarah

IKTBN Temerloh

(019 293 3500)

 
Find us on Facebook
Follow Us